Monday, March 19, 2012

KeK GuLa HanGuS !!

Haaaa...
ini hasil kerajinan minggu lepas..
malas masak tapi sibuk nak buat kek...
kek ni memang kegemaranku..tapi sebelum ni tak pernah pun sibuk nak tau apa resepinya.
Sekali google la sana sini..
mak aiii..senang yang amat..sekali buat jer terus jadi...haaa, ni yang buat gembira lebih ni!







Buat satu loyang kek kecik jer...
lepas bakar habis setengah loyang..
esok paginya terus langsai lagi setengah..lepas ni kalau nak buat..wa pejam mata jer..
hahahahah!

Ini resepi saya cilok dari mana pun tak ingat..
kalau nak..
sila lah copy!

Bahan-Bahan:

1 cawan gula
1 cawan air panas
1 cawan tepung gandum
1 cawan susu pekat
2 camca teh soda bikarbonat
4 biji telur
2 camca besar mentega
1 sudu teh esen vanila

Cara Membuat:

1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus atau kekuningan. Masukkan air panas dan kacau hingga cair.Kemudian masukkan air, hati-hati sikit sebab gula tu akan meletup-letup.Tutup periuk untuk elakkan terkena percikan. Kemudian masukkan mentega.Sejukkan.

2. Pukul telur sehingga kembang dan pekat. Masukkan susu pekat dan kacau sebati.
3. Ayak tepung dan soda bikarbonat. Masukkan sedikit demi sedikit.
4. Akhir sekali, masukkan gula hangus dan esen vanita.Kacau rata.
Perap adunan selama 3-4 jam . (Aku tak perap pun)

5. Bakar dgn api sederhana 160 -180 selama 45 ke 1 jam

No comments:

Popular Posts