Thursday, July 28, 2011

ToLoNg AnAk BuAt HomEwOrK ???

Saya ada memberi pandangan dalam ruangan tajuk seperti di atas dalam forum CARI...ada seorang ibu yang mengadudia confuse sama ada nak tolong anak siapkan homework yang melambak atau sebaliknya.

Bagi saya..
memang kadang2 kerja sekolah budak2 zaman sekarang sangatlah banyak dan punyalah payah nak di buat..bukan kerja matematik..bukan jugak menjawab soalan..tapi kadang2 kerja seni dan menyalin surah pendek bersama terjemahan ayatnya ..itu yang saya rasa paling mencabar untuk budak berumur 7 tahun.
end up anak akan jadi stress dan tidak berminat nak menyudahkan kerja tersebut..
seingat saya yang pernah masuk darjah satu ni jugak..tahn 1987 okkey..
takde pun buat kerja menyalin surah dan terjemahan ayat sekali...
tapi mungkin zaman dah berubah...yang pada saya..pelajaran mengenai agama sepatutnya menjadi lebih seronok dan senang...dan bukan menjadi satu bebanan.

Rutin harian di rumah saya sekarang...
Petang selepas sekolah agama...Feesa akan di beri sedikit masa untuk bermain di luar bersama kawan-kawan..itu pun bergantung kepada prestasi perangai dia untuk hari itu..kalau ada buat peel ngan mama jgn harap ko dapat main petang tu...
maka pukul 7 malam selepas selesai mandi. makan & terus buat ulangkaji.Biasanya matematik..sebab dia lemah bab-bab nombor ni...
pukul 730 stop kejap untuk sembahyang..
saya mulakan dengan sembahyang maghrib setiap hari selama 7 hari..Alhamdulillah..
dalam masa itu, dia dah hafal doa Iftitah dan tinggal sikit-sikit lagi nak hafal penuh bacaan tahiyat akhir...dan sembahyang maghrib sudah menjadi rutinnya.
semenjak takde Astro...no TV TV di rumah saya kecuali bila dah masuk bilik..itu pun sekitar 9 mlm...
well said..kami boleh hidup tanpa Astro!!

So..untuk menjawab soalan di atas....tolong anak buat homework??

Jawapan jujur saya : Ya..saya tolong anak saya buat homework..bukan sebab anak saya malas..tapi sebab saya tak mahu dia buat kerja kerana terpaksa..dalam keadaan strees hanya sebab nak siapkan kerja sahaja...tapi dengan pertolongan saya..dia dapat memahami dan belajar dengan seronok...(seronok ker belajar ngan mama....mama ko ni kan garang!!)

No comments:

Popular Posts