Friday, February 25, 2011

UmAr ZiDaN - 23 BuLaN !!


Salam Jumaat
Hari ini umur Umar Zidan meningkat lagi satu bulan..dah hampir 2 tahun usia anak bujang sorang ni.Perangai pun dah macam2 yang pasti semakin pelik dan mengjengkelkan.

Sekarang dapat idea baru ~ menjelir lidah pada orang lain kalau dia rasa nak buat..selalunya bila kita tegur perangai dia..dia akan balas balik dengan menjelirkan lidah!! Ewaaaahhhh!!
Jugak ada perangai ala ala pembuli...kalau dia agak2 (ntah la tak paham budak ni) tak puas hati ker..dia akan lepuk belakang kita dan terus berlalu tanpa rasa bersalah. Dalam erti kata lain "eeehhh..mana ada aku buat apa-apa".




Tapi satu perangai dia yang paling tak boleh tahan...tak boleh la duduk diam kalau pergi ke kedai makan.1st of all sure akan duduk di atas meja...lepas tu jatuhkan segala sudu & garfu dan kemudian turun dari meja untuk berlarian ke sana ke mari.
Tensionnya.....dan lagi satu..bila time kita nak nyopping groceries, dia dah tak mau duduk dalam troli.Nak berlarian ke sana sini jugak!!!! Sambil membeli belah tanpa rasa bersalah..semuanya di sumbat dalam troli.

Gigi atas sudah masuk 8 batang..gigi bawah sudah 6 batang.

Reaksi sejak nak dapat adik....konon macam paham dalam perut mak dia ada baby..so kadang2 usap & cium sambil cakap baby..selebihnya memang dia lepuk perut mak dia ni.Baru 2-3 hari lepas..boleh dia geget perut mak ..apa lagi...mak pun menyinga lah..siap ko kena lepuk sekali!!

Ini gambar sebelum dia potong rambut..masa tu hari Jumaat..kami bawak pegi minum pagi, dia nak sangat pakai baju Melayu pagi tu.sarungkan ajelah!

Harap2 Umar lebih cerdik lah lepas ni..kalau tak..cepatlah tua mak kamu ni nanti!!
huhuhuh!

No comments:

Popular Posts