Friday, May 15, 2009

TaKuT GiLeR!!

waaaaaa....lama tak update..
tetiba ni pulak ada cerita cuak giler nak kasi tau kat hangpa..
pagi ni pergi rumah mak dengan Umar..lepas ku baru jer keluar kereta, tetiba pintu kereta terapat & 'tap' terus terkunci...
lebih malang lagi anakku Umar ada kat car seat belakang dalam kereta.
Uwwaaaa..ku ni dah cuak giler..selamat dah sampai rumah mak, apalagi kecoh la satu rumah tu nak jadi ' McGuiver'. Actually pintu tu tak rapat sangat, tapi sebab main lock tu dah rosak, tetiba jer ter'lock' sendiri.
Haaaa...my emak yang masa tu berkemban siap keluarkan segala tukul, spanar, playar & pisau bagai..nak kopek getah kat cermin pintu tu. Tapi segala usaha tu tak menjadi, al maklum "McGuiver" bidan terjun semuanya!
Ku ni macam tak lalu dah nak buat apa..pulak tu Umar dah mula nangis, mula mula dia senyum untuk 3 minit pertama..akhirnya dia nangis, sebabnya dia nak tertidur, call Am..dia kat Puchong pulak. Ku panggil dia balik..bayangkan dia merempit dari Puchong sampai kat umah tak sampai 15 minit. Suruh dia carik kunci kat rumah...dah kecoh2 gini...semua pun tak jumpa.
Hhhmmmm...haku bertambah pening..jiran kat umah mak ni pun dah datang nak godek godek pintu..ikut haku nak aje ku pecahkan cermin..senang habis cerita. Tapi tunggu Am jugak..akhirnya Am datang dengan tak jumpa kunci spare kat umah..ntah macam mana laki haku tu godek tingkap kereta tu...terbuka jugak lock tu.Fuuuhhh!!!! Lega giler!! Umar pulak dah tidur pun time tu...sian dia berpeluh - peluh...adalah 15 minit dia dalam tu. Sian anakku.
Geram jugak dengan Am sebab sebelum ni ku dah remind dia suruh betulkan lock tu..tak buat jugak. Bila kena kat anak sendiri..baru dia tau!! Geramnya aku!!!! Heeeee..selamat haku tak pecahkan cermin kereta tu..
dalam kepala hotak ku nak pecah cermin depan tau..sebab yang depan tu cover insurance. Poyo tak???

Alhamdulillah..selamat segalanya di permudahkan. Amin!!

Moralnya..lepas ni kalau nak keluar kereta dengan anak bukak dulu cermin tingkap tu, kot lah ku kat luar sendiri..mau tak bercermin kereta si Am ni!!

4 comments:

adex-aieda said...

uik kak..
nasib bg peringatan..
adex selalu cenggituh...
mesti tinggalkan anak kat carseat..
bukak pintu bagai..
br amik dia...

thanks bg peringatan..
nasib x jd apa2 eik..
alhamdulillah

Some1...somewhere...somehow... said...

Mi...seram weh baca...nasib x apa2...masa umar dh tertido tu ko x cuak ke..? 15minit tu dh lama sgt unt sikecik mcm umar...aku klau kuar kete mmg tingkap aku bukak abih2...

sheeda said...

Mi, tkut sha dgr.. 15 min tu.. sha xpernah lg tinggal anak lam keta, slalu angkut skali.. sbb pernah jd kes cmni kt kastemer opis ni, sib anak dia lam 4 thn..

ammi said...

heeeee..memang takut...
selamat kat dalam porch redup sikit..kalau kat tempat panas memang lama dah pecahkan cermin tu.
Peringatan betul untuk diriku.

Popular Posts