Tuesday, May 19, 2009
BaCk To NoRmAL !!
huuhuhuhu... 25hb depan ku dah start bekerja, so my normal routine akan kembali seperti 2 bulan yang lalu. Tapi kali ni tak sama lagi sebab dah ber'anak' 2. Umar dah di hantar ke rumah pengasuh hari Isnin lepas, sedih nak lepaskan dia pada orang lain..nak tak nak ku terpaksa. Inilah kehidupan kita nak, apa pun kena tempuhi juga. Setiap hari ku bekalkan Umar susu perahanku untuk minum dia sepanjang hari di rumah pengasuh, harap dia serasi dengan 'Opah Peah' tu.Masa 1st day hantar, Umar tidur je..mungkin dia pun sedih sebab terpaksa tinggal di rumah orang. Ku tau sebab dulu masa ku kecik, mak hantar ke rumah orang bila mak pergi mengajar. Sedih tau perasaan masa tu..tak silap masa tu ku dah 3 tahun, sebab tu ingat. Hhhmmmm....tapi kalau ku tak bekerja pulak..al maknanya terpaksalah pendam banyak keinginan dan tambahan aksesori dalam kehidupan keluarga kami. Paling cikai pun simpanan untuk waktu kecemasan. So, inilah perasaanku..sebagai seorang ibu yang akan meninggalkan anaknya untuk berdikari meneruskan kehidupan ini. Beruntunglah bagi sesiapa yang dapat menatang penuh anaknya sehingga anak itu betul betul pandai berdikari.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
No comments:
Post a Comment