Monday, May 12, 2014

Hari Ibu Yang Dot Dot Dot

Semalam Har Ibu...
tahun ni aku macam tak nyenyempat nak buat apa2 untuk mak ayah aku - ayah aku pun selalunya diraikan masa hari ibu.

Mana taknya...
patut hari ibu aku kena la rehat2 iye tak??
tapi semalam...bukan cam hari ibu..cam hari anak pulak.
Aku dok umah masak2 seharian dari pagi sampai malam ...anak2 aku kebuluran tahap mega..ntah kenapa.
Pepagi aku dah melayan masak pancake, tak sempat tengah hari aku dah siap2 masak beef lasagna, lepas luch hour mintak meggi rebus pulak... dah petang harus ada minum petang..mencengkodok pulak.
Dah malam aku dah letih lesu jadi tukang masak..
tapi masak le jugak, aku masak nasi dgn gorengkan ayam sudah.Cicah kicap cili...licin jugak

Dah malam baru aku sempat pegi rumah mak...
cium tangan mak, pipi kanan dan pipi kiri sambil ucap selamat hari ibu...
rutin biasa aku...kemas rumah mak sebelum balik .

Aku selalu ingatkan mak sebab aku tau bila2 masa saja mak mungkin dulu akan tinggalkan aku dan semuanya...

Sejak aku remaja...
tak tau nak kata aku di uji atau mak di uji dengan macam2 dugaan...
mak aku boleh dikatakan menghabiskan masa di hospital saban tahun...
Seingat aku..masa umur aku 14 tahun mak aku masuk hospital hampir 3 minggu...
kucar kacir hidup kami, adik aku masa tu baru darjah 2, aku pun tak ingat siapa yang uruskan dia..pandai2 sendiri la kot sebab masa tu aku pun bongok2 lagi.
Hari-hari rindu sebab mak takde...sunyi waktu petang kala nak senja tu sebab takde orang dewasa kat rumah. Macam pandai2 la buat hal sendiri, kalau gaduh ngan adik beradik..
terasa sentapnya menusuk qolbu sangat.

Masa aku tingkatan 4 mak masuk hospital lagi..
sebelum aku nak nikah mak masuk hospital jugak..lepas aku nikah mak masuk hospital jugak..
masa aku pregnantkan Hamzah mak masuk hospital lagi..2 bulan lepas bersalin Hamzah pun mak masuk hospital..waktu tu teruk sangat..hampir nak sebulan..mak tak sedarkan diri hampir 2 minggu dalam ICU...
bila dah masuk wad biasa mak macam tak berapa stabil jugak.
Masa kami tak sampai di hospital lagi ..dia panggil2 anak orang katil sebelah..dia ingat abang aku datang...orang tu yang cerita kat kami.
Mak kene duduk dalam katil yang ada guard kanan kirinya tu..dah macam kandang...sob sob sob...sebab nurse cakap mak aku cam merapu-rapu sikit..mereka takut mak jatuh katil.
Aku kan dengan anak kecik..so dah petang2 baru la aku boleh datang...sebelum tu aku jaga mak siang hari..
malam hari abang dan adik aku yang jaga.
Alhamdulillah....aku risau sangat kalau la takde orang jaga mak waktu tu.

Walau aku rasa aku tak la rapat sangat dengan mak..
tapi bila mak sakit aku bersedia buat apa sahaja...
dari aku remaja aku dah pernah cuci kencing berak mak bila dia sakit...
janganlah berasa jijik dengan kotoran najis ibu bapa kita...semoga Allah membalas atau paling tidak pun aku cuma harap mak ampunkan segala dosa-dosa aku.

Till then..



No comments:

Popular Posts