Monday, April 23, 2012

HimPuNaN TeLeSKoP Se MalaYsIa !!

Assalamualaikum semua..
hai...lama dah saya nak berkongsi tapi baru berkesempatan nak menulis..
aktiviti dan minat terbaru yang sebenarnya dah lama terpendam dalam diri saya ni..
sebenarnya saya suka mencerap bintang..
kalau selama ni mencerap guna mata kasar sahaja...
kadang kala guna jugak binocular..
tapi kali ni...saya rasa nak semakin serius dengan minat dan kecenderungan saya yang dah lama terpendam dek kerana beranak kecik dan bila semakin hari saya semakin bosan melakukan aktiviti biasa...mulai sekarang, mungkin atau harapannya banyak masa saya yang terbuang boring2 tu dapat di penuhi dengan mencerap bintang di langit menggunakan teleskop.
Ya teleskop!!
bersempena dengan teleskop baru yang bakal di terima..
jom kawan2 yang berminat join kami sekali di Putrajya pada 26 Mei 2012 ini untuk aktiviti himpunan pencerap bintang menggunakan teleskop teramai di Malaysia.



 Progam ini akan diadakan serentak dengan karnival Belia Remaja yang di adakan setiap tahun. Dengarnya nanti kita-kita yang baru nak berjinak-jinak dalam aktiviti ini (macam saya) bukan sahaja dapat menggunakan teleskop yang disediakan, malah akan diberi pendaftaran dan panduan bagaimana untuk memulakan dan menyertai aktiviti astronomi. Ini adalah peluang dan langkah pertama kita atau untuk anak-anak kita mengenali dunia astronomi dengan lebih dekat lagi. Teleskop yang kecil, yang besar, yang manual mahupun yang auto menanti anda untuk mengembara alam semesta yang maha luas ini..
Time tu..ada gak pengedar yang jual teleskop..boleh la kita pilih2 teleskop yang suit our budget dan sesuatu yang boleh kita gunakan bila-bila masa.

Kalau saya..mesti pilih yang basic dulu lah yer..kang tak tercerap bintang dah saya ni ngan anak-anak kecik ...kang teropong2 asik nampak gelap jer..rupanya ku teropong lubang hidung anak sendiri..hahahaha!

Okey....kalau nak macam-macam info lagi join mereka di Facebook atau google  maklumat tentang aktiviti ini sekarang.

* manalah teleserkop aku ni??"





No comments:

Popular Posts