Friday, October 30, 2009
Yeeaaayy !!
BaBy FooD !!
Tapi sekarang, saya sangat suka belikan Umar makanan instant dalam botol ni.Tapi makanan ni untuk dia makan hujung minggu jer.Cukup 2 botol yang begini, saje buat dia tukar2 selera. Haaaa...yang bawah ni untuk hujung minggu ni, saje nak cubakan dia makan epal. Pagi tadi saya buat sendiri puree keledek manis. Acik Peah kata..dia sangat suka!
Okey....nanti kalau saya rajin, saya cerita lagi cara saya berikan anak makan!
MaSiH PaNjAnG UmUr!!
dah 2 petang time balik kerja ku mandi air hujan..
tapi yang semalam adalah yang sangat lebat.
Tapi ntah kenapa?? Kami redah jugak..oohhh, kami pergi kerja naik motorsikal kuasa 110cc sahaja yer...maka semalam...ku habis basah lencun tak terkecuali apa dah..panties ker bra ker...tak lepas dah..semua lencun. Konon konon ku telah mencipta sehelai baju hujan express..iaitu dengan memakai plastik hitam sampah yang telah digunting menjadi bentuk baju.
10 mnit pertama..baju itu agak ok lah dalam mengcover kadar air yang mengenai baju..tapi..nak masuk highway jer..hujan adalah sgt lebat! Sampai tak nampak jalan. So berhenti kejap di Shell sebelum toll Batu 3 tu..adalah 20 minit, tapi hujan still tak menunjukkan kadar penurunan.
Kami gamble jer dan terus balik....dalam hati..Tuhan aje yang tahu..masa tu macam nak nangis...teringat kat anak anak di rumah..kalau lah ada sesuatu yang terjadi pada kami.Tak sanggup rasanya anak anak ditinggal begitu...
HHmmmmm..hati sangat sayu masa tu...sesambil berjaga jaga sebab kot lah Che Am terlepas pandang di mana mana.
Alhamdulillah..akhirnya kami sampai di rumah...hujan masih turun. Terus mandi takut demam..dan terus memasak sebab masing2 dah lapar.Ambik Umar dari rumah pengasuh pukul 6.45 dan terus ambik Feesa pulak. Terasa rindu sangat2 pada anak2 lagi lagi kerana masih di panjangkan umur untuk berada dalam nikmatNya!
Thursday, October 29, 2009
SaYa YaNg BoRiNg!!
yang lain lain masuk lambat pulak hari ni..perut lapar..tapi perangai mals ni tak hilang2 lagi..
mungkin faktor cuaca kot yang membuatkan diri ni rasa malas jer!
Iye lah..kat luar tu..banyak mendung dari teriknya..so yang di dalam ni pun mendung je lah.
Umar Zidan pulak..asik turn bangun awal jer sejak dua menjak ni..pukul 7 dah start pusing sini sana atas katil..haruslah kena bawak turun bawah kan..nanti 'berlentung' pulak kepalanya jatuh katil! Huuuii..mintak mintak di jauhkan! Tapi..tak nak di letakkan sendiri la pulak akalnya..nak berdokong ajer..mama ni pagi pagi nak gosok baju sekolah Feesa..lepas tu baju kerja mama.So harap Umar pahamlah yer! HHmmm..jgn harap lah, dia tetap dengan hal dia!
Malam tadi masak...huii..dalam malas2..kerja memasak tetap lah kan..sebab Am ada di rumah waktu malam minggu ni, so malam tadi telah berjaya masak bening sayur bayam merah + ikan tenggiri goreng.Patutnya ada sambal belacan baru ngam..tapi, jenis orang macam ni..buat sambal belacan pun tak pernah..ker pernah..?? tak kot! selalu mintak mak tolong buatkan.Sebab sambal belacan buatan mak sangatlah sedap!
Malam ni nak masak apa yer..oohhh..boleh lah tumis cendawan bersama???? ntah ada apa dalam fridge tu..& goreng ikan sardin garing2..waaaa! Petang ni jugak..kalau rajin, nak beli bahan bahan buat puding fruit cocktail..resepi telah di curi di sini.
Nampak sedap..rasanya pasti sedap ! Nak cuba!
Wednesday, October 28, 2009
KaSuT MuRaH MuRaH !!
Hasil rembatan kat warehouse sale di Stadium Malawati Shah Alam..as for me..ini jer yang sangat berbaloi..oohh ada lagi..bingkai cermin mata pelbagai jenama macam Gucci, CD, LV & apa apa ntah lagi cuma RM299..waa sgt murah. Merembes ahkak...sayangnya tak bawak duit dan kat mana mana pun tak de duit tu..wawawawawa!!
Uwwaaa...mak meroyan..kasut Umar pun dah ada..saiz 5C (sgt cute ookkey!!) Harga asal RM129
kasut kasut ni semua less 70%.Berbaloi baloi!
SeBaB aPa TaU......
Monday, October 26, 2009
HaPPy , SaD & TiReD!!
Lepas tu..hari Sabtu pulak..malamnya MIL ku datang rumah dengan adik ipar & kak ipar. Makan malam special yang ku masak cumalah menumis sayur boncis! Ooohhh...dengan beberapa kepingan lamb shoulder. Sungguh la haku ni menantu ntah apa apa!
Dan malam tu jugak..MIL dan sanak saudara yang lain tidur di rumah tumpangan kami iaitu di rumah abangku.Rumah dia besar dan tak di huni..so, ku longgok la semua saudara maraku di sana. Kami tidur jugak di sana malam tu. So, menantu orang ni kenalah bangun awal pagi Ahad tu yer..masak breakfast pagi pagi. Goreng mee & goreng karipap!
Ok..siangnya...bawaklah saudara mara tu pegi jalan jalan kat pasar stadium tu..tapi tak lama..dah panas..nak pukul 12.Kekekeke!Lepas tu terus ke rumah kak ipar kat PJ pulak. Kami lunch kat sana jer, MIL pun nak gerak balik ke kampung lepas Asar.
Ku pulak ....tersangatlah penuh dengan bermacam macam agenda, nak ke Sungai Buloh ambik barang, lepas tu nak ke Puncak Alam beli breast pump accessories dan kalau sempat terus nak hantar breast pump tu ke BUkit Kemuning pulak. Giler busy bunyiknya! So, lepas lucng pukul 3 kami blah dari PJ & terus ke Sungai Buloh. Nak di pendekkan cerita...cik abang suamiku tercinta dunia akhirat ni telah buat aksi stuntman untuk bini dia, dengan memberi break kecemasan without warning dulu (off course la kan) kat atas jejantas berhampiran pasaraya The Store kat Sg Buloh tu. Maka kami telah berjaya dunia akhirat daripada men'cium' bontot kereta di depan. OOhhhh ! sangat lega ookkey!! terer laki aku!!!
baru nak tarik napas lega ke happy an...satu dentuman kuat telah membuatkan haku berhenjut ke depan...wawawawa..aksi terlampau ke-3 untuk tahun ini. Ini adalah berita buruk bila ada sebuah 'kereta kebal' mencium pulak bontot kereta kami.
Ooohhhh NO!! not again! dulu..........1st time ku kena kejutan henjutan dalam kereta semasa CNY awal thn lalu.Masa tu masih preggy...la ni...syukur anak anak semua selamat. Umar Zidan sedang elok terlentang dlm dakapan & Feesa pulak tengah tidur kat seat depan dengan pakai seat belt.
Reaksi akak.."alah..aku banyak keje ni" bila la nak siap kalau macam ni?
hhmmm...haku tak oookkk...haku tak eeekkk..sebab selagi muka haku ni tak tersembam di mana mana lokasi..adalah ia tidak menjadi kemarahan aku!
Cuma akak boring laaa.....orang tu takde duit pulak nak bayar kerosakan kereta kami..& di pendekkan cerita..jadi panjang jugak sebab kena buat report kat balai.
repair2 semua claime insurans.
Dah ...malas haku nak taip!
FeeSa BiRtHdaY PaRtY !!
Hahahaha...konon konon mama dia buat special decoration la ni..boleh la!
Semoga Saidatul Nafeesa panjang umur, di murahkan rezeki dan menjadi anak solehah untuk mama & papa!
LittLe UmAr 7MoNtH oLd!!
SoY CoLLaGen !!
Dengan bangganya (malu malu benornya), nak umumkan yang saya sedang consumed Soy Collagen untuk pertama kalinya.
Orang lain dah makan makan & cuba macam2 product.Tapi...saya ni baru nak cuba!
Kusam sangat ker muka ni?? Ntah la...yang penting untuk kepuasan diri sendiri.Tapi yang kelakarnya...pagi tadi dah start minum 1 sachet..tetiba asik nengok muka jer kat side mirror motor..wakakakaka...pas tu cam perasan..'eeehhh, muka aku macam cerah jer"
adoi laa.....laki saya pun naik pitam dengar penjelasan tak tau malu daripada isteri dia!
Lantak lah...asal saya happy! Yaaayyy!
Info di bawah ni saya copy dari Nurbeutyline punye website, saje kasi info ni untuk diri sendiri!
Would you like to have a younger, brighter and even skin?Collagen soy is the answer. This drink is formulated from the combination of Soy and collagen to help solve common skin problems such as facial lines, wrinkle, dull and uneven due to aging, stress, pollution exposure to sunlight and other harmful factors.
This natural formula will restore the firmness of your skin 3 weeks, reducing the signs of aging and premature skin as well as gradually making your skin whiter and smoother.
As a result, your skin will feel and look healthier and brighter. Soy collagen drink is suitable for women of all ages, and it is especially good for expecting mothers.
This product contains 2 main ingredients:
Soy- Acts as a natural essence that makes your skin whiter and smoother. It also helps to reduce the cholesterol level and body temperature, while providing the energy needed by our body.
Collagen is a natural substance that extracts liquid from our body and provides structure to a different organs. Collagen plays an important role in making our skin looks healthier, younger, smoother and even. However, due to factors like the aging process, the natural production of collagen in our body decreases over time. With collagen supplied in this product, facial lines and wrinkles will diminish to reveal a healthier skin. A regular and consistent consumption following recommended dosage will give you a youthful look with a healthier and younger skin. Altogether, it helps to prevent the formation of new lines and wrinkles.
Friday, October 23, 2009
BiRthDaY GiRL !!
Thursday, October 22, 2009
To LeT Go !!
yang ni..nak jual cooler bag(beg yang kecik tu) dengan 4 biji botol (new)
RM100
Bio AuRa WaTer FiLtEr !!
Wednesday, October 21, 2009
BaLiK KaMpUnG !!
hi...
Tuesday, October 20, 2009
CoMeL TaK ???
Thursday, October 15, 2009
SaTu RaMaDhAn - 5 ThN yAnG LaLu!!
I LiKe mY cRiB !!
Wednesday, October 14, 2009
DaH SiMpaN DuIt RaYa aNaK ????
just nak remind uolls..dah simpan ker duit raya anak anak uoll dalam saving account mereka? Iolls dah buat semalam..tapi untuk Feesa jer..untuk Umar Zidan , tengah terhegeh hegeh isi form nak bukak ASD. Untuk ASD..pulangan dividen so so aje..last 2 years dapat 7%..this year cuma 6.3%.
As iolls...masuk dalam ASD ni sebab susah nak withdraw ajer.....sebab kalau hat lain macam senang jer nak access...tapi kalau dah terdesak tu...pegi jugak..lagi pun kat mana mana bank ada jer kaunter PNB ni..
Oohhh...duit raya Feesa this year cuma 200 lebih..tak ingat berapa, semalam pun top up la sikit. Umar Zidan punya almost 700++ sebab campur duit pemberian masa kelahiran dia dulu. Agak agak la...harap ioll ni ingat jugak nak menyimpan sikit2 untuk anak anak. Masukkanlah jugak insuran untuk depa ni walau pun sedikit...
biar ada dari tak ada!
Yang iolls pastikan ialah...semua simpanan yang dari iolls untuk depa ni sama..takde kurang & takde yang lebih!
Tuesday, October 13, 2009
BaNyAk KeJe NaK KeNe BeRes !!
Monday, October 12, 2009
OpEn HoUsE oooHHhhh OpEn HoUse !!
Sunday, October 11, 2009
SaLaM AhAd!!
Wednesday, October 7, 2009
KaDaNgKaLa Ku TeRpikiR.....
tapi waktu lain pulak....
alangkah seronoknya berada di pejabat tanpa anak anak & membuat di kerja rumah...
Adakala ku terpikir....
alangkah bahagianya dapat bangun lambat dan tak terikat dengan due date kerja...
tapi kadang kadang bila pikir balik akhir bulan orang lain dapat gaji..sah sah aku tak dapat gaji kalau aku tak bekerja...
apa kata kalau aku tak pergi kerja tapi aku buat kerja...
yang ada dalam kepala ni...ntah kenapa..aku percaya sangat yang aku ada talent mengurut!
Kalau talent mengarut tu dah sah sah aku queen nya...ini mengurut...
aku mimpi la..mimpi tu cakap aku ada talent mengurut!
Lama dah aku percaya aku boleh mengurut...tapi tak pegi belajar je lagi...
haruskah aku menukar profession menjadi tukang urut???
Bukan tukang urut yang half naked tu yer...maunya pendek umur aku kalau gitu.
Wait & see laa...aku nak kena bertapa!
Tuesday, October 6, 2009
UmAr ZiDaN tUrNs 6M!!
Monday, October 5, 2009
HHmmmmm...
Sunday, October 4, 2009
SePuPuku KaHwIn Daa!!
haaaiiiii......semalam 3hb ada majlis kahwin sepupuku kat Alam Budiman, Shah Alam (iye kot dlm jajahan Shah Alam)
So, sejak dari Jumaat malam Sabtu tu memang kami dah berkampung di sana, menghabiskan masa bergelak ketawa (ada ker patut) dan makan makan.
Friday, October 2, 2009
TaKdE CeRiTa BaRu ....
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...