Thursday, September 30, 2010

KaSuT PoYo2 UnTuKkU !!

Jangan lah ada yang fengshan nengok kasut ku tepek ni....konon2 mak buyung ni teringin nak berboot gini.Tapi ngko nak pegi mana Ammi oooiii???
Haahahahaha...ini adalah contoh kasut yang ku angankan.....angan2 aje tau!!
Soheh la dah jadik mak buyung dan duduk kat Malaysia yang panas kedengkang ni tak sesuai lansung ....tapi....boleh jugak kot!! (hahahaha...ada hati jugak tu)






Tunggu lah perut acik leper!!..korang semua...tunggu!!

Wednesday, September 29, 2010

BiLa KePaLa PuSinG !!

Semalam adalah hari tak sihat saya..
mana tak nya..kepala sakit yang amat sampai muntah2 ngko!
Kesian saya...agaknya sebab kena hujan masa balik kerja hari Selasa tu kot.
hahahahaha...bila dah tak sihat ni..agak2 malas nak pegi keje.lagipun time ni tak berapa nak sibuk..bolehlah buat2 tak sihat!
hahahahaha...ada ker orang macam ni???
Tapi semalam....walaupun tak sihat..ku gagahkan juga ke opis ni...ada kerja urgent nak kena buat..duduklah dalam 40 minit sebelum balik.Am pun dah memang tunggu dalam kereta.
Jalan naik kereta dalam 5 minit..kelam kabut suruh Am berhenti tepi jalan.Sebab nak muntah sangat2!
Huwaaaaaa.....tak pernahnya ku buat keje macam ni.Apa nak buat??? Dah tak sihat...lagi2 ada kena penyakit buatan orang ni..bertambah2 ler sakitnya.
Okeh...nanti sambung lagik.Nak chatting dalam FB jap!

Monday, September 27, 2010

JaLaN2 SeMaLaM !!


Hello...semalam kan orang sana sini buat open haouse.Kami pun tak terkecuali menjadi jemputan..bukan buat open house, umah kami ntah ler bila2 yer!



Ini muka 2 beradik sebelum pegi kenduri kawin..oh semalam Opah Peah Umar Zidan tu kawinkan anak bongsunya. Maka tengah hari buta tu kami mengisi tank perut makan nasik minyak!

Selepas kenduri tu..hujan turun lebat...maka bila perut dah kenyang kami semua sambung tidur petang dulu kaedahnya.Dah petang...serbu sebuah rumah lagi..kawan alam maya dan kawan geng shopping ni.
Kita serbu rumah cik ME!


Atas ni gambar tuan umah dan suami beliau...gambar candid tu yang tak nampak muka!
Macam pengantin baru ngko tuan umah ni..khemah makan ngan tuan umah pakai kaler sedondon gitu.Tempah warna khemah dulu ker atau pilih warna baju dulu tak pulak ku bergossipkan!
Kehkehkeh! Jangan marah!

Ohhh..saya bergandingan dengan menantu tawadduk ini..keh keh keh!
Cik Yra ni sampai 10 minit awal dari kami..maka kami bergosippan bersama sambil makan2!



Makcik ni...pukul 6 lebih baru sampai, nanti 3hb serbu umah dia pulak!

*Posing sikit*

Lepas balik dari rumah cik Me...kami pergi umah pakcik pulak kat Setia Alam.Tadi masa kat umah ME...ku kempunan nak makan kambing golek..masa kami sampai kambing tu masih bergolekan..tapi dapatlah jugak rasa yang awal2 punye golekkan.Kikikkkiki....tak puas la weh...kena buat kambing golek jugakkat umah sendiri ni nanti.
sekali tu rupanya....kat umah pakcikku buat kambing golek jugak.Kalau ku tahu..awal2 lagi dah ku serbu...mesti ku makan sampai bergolek terlentang bagai.Huwaaaaaa! Makcik pulak tinggalkan tulang temulang jer buat ku meratah.Hahahahaha! sadis weh!



Selit je lah gambar anak dan bapak ni...Umar Zidan kulu kilir makan satay!

Thursday, September 23, 2010

oPeN HoUse SaNa SiNi....

haaaaa..bila dah lepas berhari raya di kampung halaman masing2..lepas tu semua sibuk memenuhi jemputan open house dan nak host open house.

Tapi bagi kami sekeluarga....takde istilah open house lagi, rumah kami tak sesuai nak menjemput ramai orang, dah la kat jalan mati..tapi kalau ada rezeki..akan buat jugak open house akan datang ni..lokasi ajer bukan di rumah sendiri.Tunggu yer..kot jadik..kot tidak??

Nak cerita sini...hari Ahad ni jadual dah penuh...dengan Acik Peah (bbystitter Umar Zidan) nak kenduri nyambut menantu lagi....sah2 kami kena tunjuk muka.
Encik Am ada jamuan hari raya opis dia lagi, dan jemputan 2 buah rumah kenalan pada hari yang sama.
Kalau takde aral..InsyaAllah kami terjah semua tempat...bukan sibuk sebab nak makan..tapi nak mengeratkan silaturrahim..sebab apa?? kalau tak hari raya, memang jaranglah kita berjumpa & pegi umah orang ni kan??
Tak salah tau motif umah terbuka ni.

Okeh.....tak tau nak karang apa benornya bila tetiba teringat..beras di rumah sudah habis!!

Tuesday, September 21, 2010

SeLeRa MaKaN ....

hahahahaha...
selalunya..bila dah raya banyak hari ni..dan dah pegi umah open house sana sini.Tekak dah tak nak makan juadah raya lagi dah..nampak rendang & ketupat memang tak lalu dah!
Selalunya...apa menu yang membangkitkan selera kita lepas2 dah raya ke 10 ni???

Semalam..mood nak memasaka memuncak2..tapi barang basah yilek! Terus rasa nak pegi pasar malam...kikikiki..jarang betul ku berperangai sebegitu.
Belilah ikan selar kecik2 tu 6 ekor...udang setengah kilo ngan ikan talapia 2 ekor. Sejak makan ikan talapia masa hari raya kat umah sepupu hari tu...makcik ni jadi kepingin2 asik nak makan ikan talapia ajer, so malam ni....nak goreng ikan tu garing & makan ngan nasik panas jer.

Tapi, tapi , tapi....cik abang ku balik lambat la pulak malam ni.Maka...mak makan ngan anak2 je lah.Jangan ikan talapia ku terebang turun piring sudah! Tau lah....bakat semulajadi si Umar Zidan..tak di jangka2 sungguh!

Lagi..lagi...yang di idamkan ialah..sambal ketuk + tempoyak.ee ee ee sedapnya!
Kalau orang tanya..menu apa yang best untuk open house...ku cadangkan kambing grilled!
Nasik2 ni tak laku benornya....kecuali nasik dengan lauk pauk homecook!
Pepandai jer!! kakakkaa!

BiLa BeRHaRi RaYa DgN BuDak Tak MaCho ....


Waaaaa....ini budak kecik lah..bikin raya kami kepoh serumah! Lasak kemain..nampak muka macam nak macho..tapi perangai...bikin havoc!
Hari raya kali ini...beliau telah berjaya memecahkan balang kuih tat di rumah ibu saudaraku tanpa sempat ku menyambutnya!
Maka berderailah balang kuih itu bersama kuihnya yakni kuih tat!
Huwaaaa!Malu mak okkey! Memang sudah ku jangkakan adegan2 panas begini akan terjadi pada Syawal kali ini!





Gambar di atas di ambil semasa kami berhari raya di rumah seorang teman lama sejak di bangku sekolah, selamat rumahnya berlaman besar dan sangat best! Makanya Umar Zidan berlarian tanpa memakai sepatu ke sana ke mari.Sampai kan dia boleh pijak batu dan ber refleksiologi lagi.Anak orang lain belum tentu mampu nak buat refleksiologi di waktu semuda ini.Wakakakak!

*Malam tadi pulak..kami pegi makan kat kedai..kedai tu pulak bagi sudu jenis ceramic tu untuk makan sup..maka berderailah jugak sudu itu ke lantai di campak Umar Zidan*macam nak tercekik2 aku masa tengah makan tu sebab nak balik cepat*gggRRgggrrrr!!



Monday, September 20, 2010

Lagi GamBaR RaYa ....

Haaaaaa...1st day raya cuma dapat pegi 3 buah umah nenek & atuk saudara ajer. Almaklum hari Jumaat dan hujan sampai petang. Baru raya umah ke-2..si Umar Zidan dah basah lencun mandi air soya! ggrrrrrr!

Makan jangan tak makan.Haaaa....kan makcik dah bilang..dia dah boleh makan kerepek!



Hahahaha...barulah mak budak ni nak inteprem!
Posing ala ala terlebih makan leher ayam!


Ini kat umah atuk saudara....si Umar Zidan menjakun dapat tengok tingkap kampung..habis di panjatnya!


Jangan tertonggeng sudah!



Akhirnya.....tidur jugak budak kenit ni.Lasak kemain..sekali papanya dodoi tak sampai 10 minit dah lelap.Semua hadirin memuji betapa senangnya anak bujang ni nak tidur.Hakikatnya..dia sajer jer nak kasik muka kat mak bapak dia ni depan orang...kalau hari lain..kim salam la nak berdodoi terus lelap!

RiAng RiA HaRi RaYa 2010!!

Pagi Syawal tahun ni agak tenang pada awalnya.Mana tak..bebudak bangun pukul 9.30 pagi..itu pun setelah ku seru2 nama mereka...kalau tak..ntah berapa Syawal baru depa nak bangun!Sampai papa pun dah balik dari sembahyang raya..depa masih dok kat meja makan ..tengah serapan..sebelum pakai baju raya.Nanti kalau dah pakai baju raya baru nak makan...
kim salam je lah nak bergambor bagai!


As usual...rambut anak2 memang kontrak ngan Encik Am.Dia sayang sangat nak potong rambut anak bujang dia..maka dialah yang mendandan!



Dah hensem dah! nak pegi raya pulak!


Ini gambar 3 beranak di pagi raya! Mak dia mana?? huhuhuu...benornya time ni ku tak mandi lagi..sibuk siapkan makan minum anak2 dan bersihkan sikit umah, sampai sendiri tak siap2.Padahal pukul 6 pagi lagi dah bangun.Sian haku..masa ni pakai seluar pendek kembang ngan tees geloboh jer (sob sob sob)


Wah!! sweetnya anak daraku...tapi percayalah..lepas tu dia cabut dah tudung dia tu!

anak bujang pulak....sedang nengok papanya isi minyak kereta..meronta2 nak bukak seat belt.Haaaaa....lepas tu..tambat balik, kang ada yang melantun2 kat belakang nanti!

Nanti update gambar kat umah orang pulak.....kepoh dan kecoh raya kali ni..al maklum..anak bujang sedang melasak!

Saturday, September 11, 2010

RePoRt SyAwAl Ke-2!!

Salam Aidilfitri..
semalam hari raya kami berakhir pukul 12.47 malam! sakan sungguh sampaikan tak mandi sejak mandi sunat Aidilfitri, sehingga sendiri tak sanggup nak tercium bau badan.Hahahahah!
Semalam..1 Syawal yang sungguh sayup..dengan hujan yang menyiram bumi sejak pukul 430 pagi sampai pukul 12 tengah hari rasanya!Tapi, raya tetap raya! Lepas sembahyang raya terus cabut balik kampung mak -Bukit Badong!

Jumpa dengan sepupu sepapat yang rasanya 2-3 kali setahun jer kot bersua, bergossip dan melayan perut.Sampai gendang gendut dah ku rasa perut ni.Terus perut boalted macam dah 5 bulan.hahahahah!

Tapi hari ni...kami dah sampai ke kampung halaman suami di Palong,Negeri Sembilan.Perjalanan yang memenatkan, jam sana sini lagi2 kalau ikut jalan kampung.Jam sampai nak 2-3 kilometer buat kami sangat penat dan sedikit panas di hati.
So, no raya for 2nd day of Syawal.Cuma sebelum balik ke kampung ni tadi kami berziarah ke rumah Acik Peah (bbysitter Umar Zidan)

Tak best!tak best! Ini jer yang tak best kalau balik sini...tak pegi mana2..baik ambik cermin dan picit jerawat di muka.huhuhuhu!

bye!

~ gambar raya after cuti raya okkey~

Wednesday, September 8, 2010

TaK SaBaR NaK RaYa SeBaB ......???

sebab saya rasa tak larat sangat nak puasa...tapi hakikatnya..saya bukan boleh makan banyak sangat pun.
Tak sabar nak raya sebab nak makan hidangan hari raya lebih2 lagi rendang maman mak kampung bersama lemang.
huuuwaaaa.....benornya perut tak berapa nak sedap pagi ni..tekak sedikit loya sebab pagi tadi bersahur salmon & mashed potato sajer.Habis dah tekak bau salmon la pulak..hanyir!!

Tak sabar nak raya jugak sebab..nak pakai baju baru, terutama nak tengok Umar Zidan pakai Baju Melayunya tahun ini, dah boleh berjalan..sure havoc raya kami!Kalau tahun lepas..dia cuma meniarap ajer..baju pun selebeh jer..hik hik hik sian dia!Tahun ni....bergayalah dia dengan songkok lagi!

*weh..gambar baju anak2 tak sempat nak snap...kemalasan melanda* sorry yer!

Tuesday, September 7, 2010

MeH InTaI BaJu RaYa!!

hahahahaha...
Bagi memeriahkan suasana Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelma..meh nak tepek sini baju raya kami sekeluarga di pagi hari nanti. Tapi motif gambar begini sebab apa - tak ikhlas- benornya! Hihihihihih!
Jangan terasa hati pulak, sajer jer dok tepek sipi sipi baju ni....nanti cam tak suprise pulak! Lagi pun bukan happening sangat baju kami ni hah.
Mari ku perkenalkan satu2.




Baju yang ada motif bulat2 sebelah kiri sekali tu baju mak budak ni.Baju murahan jer tau...sepasang 50 hengget! Meriah raya haku tahun ni pakai baju 50 hengget jer!(huhuhuhu)
Baju putih motif hijau tu pulak, baju anak dares debab! Dia cakap baju tu corak cam makcik2..sungguh ker? Sebab mak dia yang minat sangat corak baju tu, ingat nak berdondon2 bersama tapi malas nak ngulang ke Jakel beli kain.Kalau sungguh cam makcik2..ohhh! Mak dia ni dah tua banget agaknya sampai taste pun cam makcik2 kaedahnya!
Hah! Yang selebihnya hijau lebih kurang tu..satu baju Umar Zidan satu baju Cik Am.
Baju Umar gelap sikit hijaunya..tapi baju bapaknya hijau cantik sikit.Dalam gambor takde beza..penat jer nak elaborate!
Nanti dah raya..kami tangkap gambau kat luar umah ler..baru nampak baju ni seketul2!




Haaaaaa....hat atas ni baju kontreversi haku! Harga kain 120 hengget..upah baju 240 hengget ngko!! Total 360 hengget dah boleh beli baju 50 hengget macam kat atas tu dapat 7.2 helai!!
Potongan kurung moden gitu..ntah ku pakai ke tak masa raya nanti..tudung pun takde beli yang sesuai untuk baju atas ni...tunggu je lah!

Kasut raya tahun ni ku tak beli..cuma dapat sandal kiriman kat makcik yang balik UK jer.So, pakai wedges Clarks yang last year sajork. Henbeg pun takde yang ku kenan, dan memang tengah tak bernapsu nak bertukar handbag bagai.Pakai jer lah handbag Guess yang dah 4 tahun ke 5 tahun tu lagi & lagi. Ehhh lupa..kan aku ada wrislet Coach!Boleh lah kot buat simpan duit raya anak2!

Baju jalan anak2 dan kasut raya nanti esok pulak ku tepek yer.Sebab baju tu tengah di sidai..dah 2-3 malam ku sidai tak kering2..sebab siang malam asik hujan jer!

Tata!

Monday, September 6, 2010

13 weeks SuDah !!

Last Friday saya pergi check up perut...dah doktor sahkan kandungan sudah 13 weeks. EDD jadi 11/3/2011.So macam biasa, kalau baby keluar cepat..akhir bulan 2 lah jawabnya bersalin. Tapi kalau nak berjemaah jugak buat harijadi...tunggulah sampai bulan 3 yer baby!
hhhmmmm.....masih tak teruja sesangat..cuma next visit doktor cakap dah boleh tengok gender.Haaaa...part tu masih tak sabar2 rasanya walaupun dah ada 2 putra putri negara jaya kat umah tu (walau sebenarnya nak berapa nak berjaya).
Lepas ni...stoplah kilang ni dulu.nak rehat2 sesambil membesarkan anak2 yang ada.Oleh itu...kenalah pasang penebat kehamilan yer.Ketuk kepala sendiri kalau protection tak nak ambik.Pemalas!!

Aku lah tu!!

Mood Raya SuDaH SaMpEi !!

hahahahahaha!
happy semedang dah ku nih!
baju pagi raya anak beranak semua dah basuh & iron...yang berbutang baju melayu semua dah di semat siap2!
Waahhh! express kemain mak budak ni...iye lah, bila mood dah mari, jangan di tangguh2!
Bebaju bebudak ni selalunya memang ku basuh dulu sebelum di sarungkan, lagi2 Umar Zidan punye baju..sebabnya badan dia tu macam mudah sikit nak kena gatal2.Nanti asik tergaruk2 jer, sian pulak!
Cuma rumah jer yang tak berhias haper.Kuih tart & kerepek pisang pun dah selamat masuk perut kami, selalunya rumah kami ni takde siapa pun yang sudi jenguk, al maklum teratak kotak mancis, kang nak jemput ramai2 pun tak muat. Tapi kalau orang nak datang, kami tak pulak suruh mereka pulang..hhehehehe!
Time2 nak raya..kereta mesti kena servis, kang ada yang beraya kat Bukit Putus, sian laki den,rondang maman dah nunggu dio kek kampung tu.Hahahahaha!Macam biasa, kereta kat umah tu memang dah lebih sebulan tak bergerak, pasalnya kaburator dah semput.Dengan rasa terpaksa sebab nak raya, maka kami betul kan ler jugak kereta tu, habislah 500 hengget Malaysia.Hampa...!!
Baju raya?? tema serba hijau tak sekata.Nanti ku free akan masuk sini gambau yerk.
Nak start keje jap.
Al maklum dah nak raya..mood kerja pun terebang!

Thursday, September 2, 2010

Anak2 SaYa !!


Lama dah tak letak gambar baru mereka.So ini yang terbaru..Umar Zidan rambut dah panjang mengurai..sikit lagi boleh ikat pokok nyok atas kepala tu.Papa dia mengada nak anak dia rambut panjang sikit instead of botak.
Si kakak pulak ku nengok, takde penyusutan perut tatkala bulan Ramdhan ni.Suruh puasa dapatlah 2-3 hari..selainnya setengah hari sentiasa.
Makin lama makin boncit perut dia ku nengok.Itu hari call mak kampung, cakap ngan mak..kalau nak jahit baju kurung Feesa..pinggang kainnya 25"!
Terkojuit neneknya dengor.Tetiap tahun mak buatkan baju kurung Feesa, pinggang kain asiklah terkecik (nenek dia bajet cucunya ni ramping kot!)..sudahnya tak boleh pakai walaupun dah adjust!So, hat ni bagitau sesiap!

Umar Zidan sudah nak masuk 18 bulan this month.Gigi ada 4 di atas dan maintain 2 di bawah dan mama yakin raya ni dia dah boleh mengunyah kerepek! Malah boleh jugak menghayun balang kerepek.Ohhh!disaster raya haku thn ni.Sure jenuh nak kepung dia pegi bukak balang kuih umah orang.

Nanti dah dekat nak raya..kita tepek baju raya pulak okkey! Sure ramai yang tertunggu2 seperti haku yang tertunggu2 baju raya korang jugak!

HoMeMaDe KeBaBooM !


Sorry ekkk..gambor atas tu ntah rotate cemana ntah! Tadaaaa....ini masakan ntah jaman bila ku masak benornya. Tapi sajer mengade nak nunjuk bagi mengisi masa tatkala perut asik berkeroncongan!

Ini benornya kebab ala ala yang kat SR tu, tapi rasanya menu tu dah takde dah kan??
Selalu memang ku masak kat umah jer...kalau sesiapa ada oven yang canggih manggih mahupun tidak..eloklah bakar dalam oven ajer yer.Macam kita yang serba sederhana ni..panggang atas kuali ajer dah cukup!

Selalunya...perapkan isi ayam tu ngan sos Mustard ,Honey & Herbs dulu...tambah sikit garam.Kalau rajin selalu letak capsicum sekali..tapi time tu takde stok capsicum gamaknya, maka ku letak ajer bawang besar & tomato.

Cubalah yer..sodap tau..sebab sos yang sedap itu..makan dengan nasi ayam atau nasi letak mentega sikit.
walla....bila lapor asik cerita makanan jer!

Wednesday, September 1, 2010

eeerrrr SaYa LaPaR !!

huwaaa.....pepagi lagi perut dah lapar semula!
Mana taknya..sahur pagi tadi makan meggi SOTO Mee sedap jer! Sedap ker?? sedap la jugak kot..sebab ku dah takde selera nak makan nasi pagi2!

Lepas tu pulak..pagi2 dah ter meloya pulak...tak best betul rasa tekak ni sekarang, macam pahit2.
Perut pulak dah keriok2! So far dah 22 hari kira berpuasa, puasaku still penuh cuma tak padat!
Pasal apa tak padat?? Sebab tak dapat buat amal ibadat sunat untuk menambah pahala yang berganda2 di bulan mulia ini. Kalau boleh hari minggu..baring ajer dari pukul 12-5 petang! Janganlah nak tadarus ker terawikh bagai.Masak pun kadang2 kalau betul2 larat.

Weh!! dalam kepoh2 tak larat..Jumaat lepas ku berjaya masak soto bersama bergedel tau! Ku rasa sangat sedap, untuk cubaan kali pertama sampai Umar Zidan pun makan nasi himpit kuah sup 2-3 kali menambah!Wakakakakaka...boleh pakai jugak diri sendiri ni.Seingat mak...ku ni lah anak paling pemalas nak masak..bila dia mai umah ku..dia cakap, dapur ko bersih jer..sebab jarang2 memasak! Salah tu mak..dapur ku bersih sebab ku lap setiap kali lepas masak, bukan sebab tak masak.

Kalau dulu nak setahun lebih gas masak baru habis (percaya tak)..tapi sebab sekarang asik masak bubur nasi Umar Zidan..6 bulan dah beli tong baru :)), ada kemajuan di situ!

Untuk tahun ke-7 perkahwinan ku kali ini (semalam my bersanding anniversary)...ku akan masak juadah hari raya buat julung2 kalinya!
Hahahahahah! Jangan tak percaya, masak soto Jumaat lepas adalah pertama kali ku merebus nasi himpit.

Bersambung di catatan akan datang...perut ku berkeroncong lagi!

Popular Posts