Tuesday, March 10, 2015

Hamzah ke Da Vincci Art Class

Hari Ahad lepas...
aku hantar Hamzah ke trial class di Da Vincci art class kat Seksyen 13 Shah Alam. Kelas bermula 9.10 pagi dan habis dalam 10.30 gitu.
Hamzah ni aku tengok dia cenderung kepada kerja mewarna dan mewarna, aku memang takde tangan seni nak melukis mahupun mewarna, jadi itu yang hantar Hamzah ke sini, moga dia boleh asah lebih baik lagi motorskill anak aku yang sorang ni.




Lepas habis class aku pun jumpa la cikgu dia..cikgu dia kata he's quite independent for 4 years old, dia boleh ambik air sendiri untuk bancuh water colour, dan komen cikgu dia lagi..."he's good in colouring"... haaaa sedap betul telinga mak dengar.

Tapi bila aku mai je situ..dia buat perangai ngade-ngade..cikgu dia cakap tadi dia baik saje..budak2..dasar nampak muka mak je tunjuk perangai...debik jugak budak ni. Tapi bila cikgu dia tunjuk lukisan dia..aku tak tau kenapa anak aku lukis BATU..2 bijik batu dia lukis, satu warna kuning satu warna apa ntah...backgroundnya biru semua, kat situ jugak Hamzah di ajar menggunting...dia ada bawak balik craft yang dia buat, tapi asik di usung kulu kilir aku tak sempat dah nak snap benda alah tu...comel jugak.

Yang aku hantar tu ialah trial class...bayar RM35 okeh..mahal nak mamps! tapi bila pikir anak aku happy sangat dan semoga dia dapat kembangkan pengetahuan dia aku rasa nak masukkan dia belajar kat situ la at least complete program Litlle Da Vincci - tempoh 3 bulan.Kelas cuma sekali seminggu iaitu setiap Ahad, Isnin atau Selasa, so pilih lah hari yang kita rasa sesuai, aku prefer Ahad la kot, babapk budak pun ada senang mak tak payah nak drive.

Next time aku kongsi lagi apa yang Hamzah belajar.

Monday, March 2, 2015

Best Jugak Melaka rupanya ...

Salam....
lama memendam malas nak mengarang..cerita minggu lepas...short trip ke Melaka Bandar Bersejarah, aku mengikut cik Abang yang nak jumpa-jumpaan dengan kawan lama sekolah dia ..maka Sabtu petang kami ke Melaka...lepas tu kami sesat barat dengan titik perjumpaan dgn kawan2 dia tu makanya aku bawak je la anak2 aku jenjalan dulu.

Seumur hidup aku..aku tak pernah lagi sampai depan muka pintu kota A'famosa...maka detik bersejarah tu pahatkan bersama anak2 pada 28/2/2015..waaaa sejarah sangat..kali pertama jugak aku naik beca ngan anak2..kami 5 beranak naik 2 beca that cost me RM30 untuk sehala/2 beca.
Paling kelakar...anak jantan semua nak naik beca ngan aku...habis si debab 2 orang tu (Pica & Papanya) bersempit2 naik beca bersama, kesian tukang kayuh beca tu..dh la kakak ..nasib ko la kak!haha..



Gaya Umar bergambar terkini...ala-ala Bangla di perantauan


Me in makcik2 looks.sedey nokks!




Yang ini asam pedas yang sedap la jugak untuk tekak aku....nama kedai ni Restoran Asam Pedas Selera Kampung....tak percaya korang boleh cuba, ini alamat mereka.

Address
  • G2 JLN PM3 PLAZA MAHKOTA SQUAER 75000 BANDAR HILIR MELAKA
  • 75000 Melaka
Phone019-259 1899

Tokey kedai ni baik hati orangnya...bill aku kena hari tu RM36.10 tapi dia bagi RM35.00 je, takde lah banyak mana tapi cukup buat aku ingatkan kebaikannya...Alhamdulillah.

Till then...semoga ada rezeki lagi boleh bawak anak2 jalan2 walau dekat2 sahaja.

Popular Posts