Tuesday, February 18, 2014

Semoga Berbahagia ....

Assalamualaikum semua,
Jumaat lepas aku cuti untuk menghadirkan diri ke majlis pernikahan kawan baik aku di bangunan JAIS.
Tak sangka kawan baik aku ni bertemu jodoh semula, aku doakan yang baik2 untuk semua kawan2 baikku yang sentiasa sedia bersusah senang selalu bersamaku.

Lepas majlis akad nikah kita orang pegi minum pagi kat Kedai Kopi Taman Tasik Shah Alam, lepas tu mula la masing buat hal sendiri, aku ngan geng2 kan suka sangat bergambor..sakan cam Bangla nak hantar gambar balik negeri kaedahnya. Haha...
apalagi nak buat kan..kawan aku ni pulak lepas nikah balik ikut mak ayah dia lagi, suami dia pun balik ikut mak ayah dia jugak...pulak,dah kenapa korang ni??

Hahaha...
kami pun apalagi...sebelum ni tak sempat nak celebrate hari membujang, dah lepas nikah baru nak bersakan sakan.
Aku tak bujang la kan....sedar diri okeh, isteri orang mak budak anak 3 aku ni...bangga tau!

Ini kawan baik aku Ida, masih single, masih menanti jodoh yang belum tiba, Insya Allah suatu hari nanti.

Yang ini dah berbelas tahun berjodohan..anak pun dah 3 = aku!!

Sajer tepek gambar pengantin yang jauh2...semoga berbahagia.

Last but not least, hero mak yang tersayang, aku bawak dia sekali tau dengan Encik Am ler ofkoz..time orang nak nikah tu la start dia melapar nak makan, nak makan..mak apalagi...suruh apok bawak dia turun sana cafe kasik dia makan. Budak2 apa ko nak kata kan bang..eheh!
Terlepas sessi laki aku nak feeling2 menikah ... huhuiiii!

Okeylah, nanti majlis resepsi akan di buat hujung bulan Mac kot, Insya Allah kita pegi lagi.



Monday, February 17, 2014

Jazzercise Class !

Hollaa...
Last Thursday aku pegi fitness class kat fitness club office aku ni.
Buat pertama kalinya baru lah tetiba teringin nak join, ada kawan boleh la jugak mengagahkan diri, it's free okeh!
Kelas pertama yang aku hadir ini di panggil Jazzercise, guna stack block tu jer, tapi cam nak putuih urat perut aku dibuatnya. Non stop selama 1 jam buat aku betul2 sweating dan jantung aku berdegup laju....dup dap dup dap cam nak fengsan, orang ke kanan aku ke kiri, orang ke tepi aku ke atas...ala first time kan cam bengong2 la..hihi!

Tak mau kalah punya pasal sebab cikgu fitness tu ialah makcik2 umur dalam 45++ aku rasa...punyalah fit dia dok henjut2 kaki, bila aku tengok cermin apasalah aku hentak kaki perlahan benor?? Tak cukup energy namanya..malu jer.

Lepas satu jam....aku nak balik, hehehe kelas belum habis aku dok nak balik2 jugak...benornya cam nak pengsan dah tapi laki aku pun dah sampai, so cam kuat la jugak alasan tu kan...balik la dengan muka tak cukup oksigen tu kan.
Laki aku gelakkan jer...nanti la ko bang, perut I dah six pack nanti you pun I angkat sekali. Hambooiii ntah bila2 la nak jadik 6 pax nya tu.
Esok ada kelas Zumba kot....eeeeiiiiii cemana eeekkk? Aku ni kan...bab2 step menari memang kaku cam tiang la..orang pegi kiri aku pegi kanan dengan pergerakan kaki dan tangan yang tak boleh ikut rentak..memang failed habis tahap tak boleh repeat dah.
Harap aku tak memalukan diri sendiri di depan cermin nanti.ahahaha!

Wednesday, February 12, 2014

Workout Pants Yang Best!!

Okey,
sambung cerita aku join fitness class tu...
Macam biasa....aku kan kalau terlebih excited memang gini jadiknya...
Pengakuan terbuka sejak aku dah dewasa ni aku jarang beli training pants, kecuali yang brand Diadora tu..kainnya nipis cotton, setiap kali nak pakai kena gosok dulu kalau tak kelemot seribu, malu aku.
Itu la satu-satunya training pants/tracksuit yang aku ada, sebab aku kan selalu gi kogging ngan anak3 takkan nak pakai seluar jeans pulak.
Time aku rajin gi jogging tu ,masa tu jugak aku beli kasut jogging aku...


Haaa..yang ni la kasut kogging aku, dah setahun dah umurnya, pakainya baru lah tak sampai 10 kali aku rasa.Masih cantik sangat, so sesuai la sekarang bila aku dah ada aktiviti baru jadi kasut ni adalah gak keje nak buat dari dok dalam kotak je kan...sian ko!

Excited aku tak habis lagi, tadi kan cakap training pants takde la bagai...
jeng jeng3..haruslah aku beli yang baru.....yang aku suka dan selesa. Aku ni jenis memang suka yang cantik2 jer tau..maka yang cantik2 tu kalau murah harus sujud syukur tapi biasa asal aku pegang jer mesti mahal..asal aku telek jer mesti kempis poket aku.huh!


Yeeeaaaayyy puas hati dapat seluar yang comel dan selesa, aku beli pattern macam gambar belah kiri tu tapi warna stripe dia macam gambar kanan ni, aku pun tak pasti iye ke tak...sebab baru pakai sekali kan...
takpe nanti ada masa aku snap gambar real, yang ni aku beli kat Adidas outlet kat SACC Mall jer, mana lagi nak pegi, terjah Al-Ikhsan tak banyak pilihan dengan takde saiz bagai,takkan aku nak terjah semua tempat. Dah ada yang berkenan dan saiz yang sesuai aku bungkus je lah.
Lagi satu aku siap beli training tees nya..konon2 satu set la..
Laki aku cakap jangan excited kejap jer, beli baju mahal2. Okeh..paling koman pun aku mesti pegi fitness class  ni 20 kali untuk meng"halal"kan pembelian outfit senaman mahal aku ni.hihi

Malam ni ada kelas lagi, to be update.
Semoga orang lain jugak akan terpengaruh jugak untuk terus buat workout lepas ni.





Tuesday, February 11, 2014

I went To Fitness Class

Okey.....
nak bagitau aku telah menjoinkan diri ke fitness class berdekatan rumah aku, tapi aku tak lah jadi member kat fitness centre tu, aku just walk in dan ikuti fitness class yang telah dijadualkan dan kalau tak nak join fitness class aku boleh la guna fitness equipment yang ada kat sana.

Aku kan berangan nak mempunyai sebuah treadmill, oleh kerana saiznya sangatlah besar alam cam size katil single gitu, maka aku pendamkan je la.So kat sana aku dapat la berlari (berjalan actually) atas treadmill yang hebat.
Hari Sabtu lepas (8.30 malam) aku dah pergi kat fitness centre tu dan join buat fitness training buat pertama kalinya dalam hidup aku. Selepas dari malam tersebut hidup aku jadi "sakit urat satu badan"
hahahahaha.....tapi cuma hari Ahad jer aku sakit2 tangan,bahagian belakang dan sedikit sakit di bahagian abdomen.

Tapi kan...masa 1 jam lebih kelas tu..aku rasa cam tak cukup napas...selamat tak pikir nak muntah sebab kawan aku yang sorang tu...cam nak muntah2 bagai, kelakor sangat. Pengalaman pertama la katakan.
Ramai gak yang join, ada gak makcik umur dalam 48 kot, yang lain semua orang muda cam aku ni, yang lagi solid dari aku pun ada, aku ni ada la gak spare tyre di sana sini sebab anak pun dah 3, so kalau aku join nampak la sebabnya kan.

Tapi yang solid molid pun hado?? untuk kecergasan la aku pikir, semua orang harus bersenam benornya.Aku ni cam terlambat la jugak...dah tua bangka baru ada masa dan kesedaran nak bersenam bagai.

Aku jugak berjaya mengayuh basikal sejauh 1.65km malam tu jugak berjalan atas streadmill sejauh 1.5km, jauh aku jalan tu..hehehe. At least la, aku ada aktiviti yang bagus untuk diri aku.Okey, petang ni aku nakjoin Zumba class kat Menara Wellness (belakang opis ni je), esok pulak gi Aerobik class kat fitness centre tu dan hari Jumaat juga.

Fitness centre yang aku cakap tu ialah Anna Fitness Centre, Seksyen 23 Shah Alam. Belakang Tam Nasi Ayam - kalau walk in bayar RM5 (unlimited usage) kalau nak jadi member RM80/month.


Kesan Laser - Dulu dan Terkini




 
27/9/2013

2/10/2013
25/10/2013




30/12/2013

Terkini .....11/2/2014 -  selepas 8 bulan


Like seriously aku tak guna any camera application or filter yer, buat apa nak tipu, this is my experienced yang sebenar, mungkin orang lain akan dapat result yang lebih bagus tapi untuk aku result begini adalah tersangat baik untuk aku, what else I want? ooohhhh saya nak lagi satu kali buat Fractional co2, tunggulah bulan 6 nanti ker.
A friend of mine asik cakap, "kulit muka ko glowing la", glowing ker?
Laki me cakap..."kat luar nampak muka mak ko cerah..kat rumah gelap!" Iye lah bang, dah umah kita gelap, tingkap 2 bilah jer haruslah nampak suram  nyampesss!!
Itu sebab semua gambar aku tepek ni aku snap kat office, sebab kat opis aku ni terang bebenor, dengan tingkap takde tinted pasang lampu lagik siang hari..barulah korang leh nampak jeragat & parut jerawat aku tu semua.

Kepada sesiapa nak mencuba silakan, untuk 6 bulan pertama aku hanya buat medlite laser, untuk seratakan warna kulit muka, mematikan sel kulit yang tua, mengaktifkan collagen dll.
Last sekali bulan 12 hari tu aku buat Fractional Co2, dan inilah yang beri hasil yang superb, aku tak pasti kenapa selepas 6 bulan jer baru aku buat Co2, instead of pegi2 terus jer buat kan?
Nanti aku tanya doktor yer.

Untuk makluman, segala proses ini aku lakukan di Radiant Clinique, Bukit Jelutong Shah Alam dengan Dr Linda. Kalau ada sesiapa nak cuba boleh cakap you all baca dan dapat maklumat daripada membaca blog aku >>> mentioned la my name Umi...hehehe!
Contact mereka untuk sebarang pertanyaan, btw mereka memang selalu tau buat offer 1+1 atau apa2 offer, murah dan berbaloi.

03-78439101 - Shima atau Fathiha.

Monday, February 10, 2014

Masa Harga Emas Murah ....

Aku tengah menukar minat dari membeli emas perhiasan kepada emas simpanan,
orang kata cara nak lindungi kekayaan adalah dengan menukar duit kertas kepada emas.

eerrrrr...walau aku tak kaya, tapi dalam diri aku ni ada satu perjuangan nak kumpul kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi untuk kelansungan hidup masa depan.
Setakat hari ini, aku masih kuat untuk mencari rezeki dan beri pada anak2, tapi nanti ... 10...15..20 tahun lagi, siapa puna tak tau nasib kita macam mana?
Yang penting kita dah bersedia.
Mengharap dan  menyalahkan pentadbir dalam segala kesulitan dan kepayahan hidup kita bukan satu jalan keluar kepada semua yang kita alami, aku tak nak masuk rancangan Bersamamu sebab tak boleh masukkan anak dalam universiti, masa senang tak hingat donia...dah kesempitan baru carik sejadah.


Target aku, aku mesti allocate kan anak3 at least 8 keping dinar (1 dinar) beserta 50gm emas setiap seorang bila mereka capai usia 18 tahun. Aku pikir masanya masih panjang dan target ini dah hampir 30% terlaksana, tapi jangan kita lupa.Harga emas ni takkan statik macam sekarang (yang dikira sedang turunharga harga).. dijangkakan harga emas pada 2020 ialah RM500/gram.
Terbeliak bijik mata, aku rasa by the time aku tak mampu kot nak beli walau sebentuk cincin.

By 2020, Feesa akan berumur 16 tahun (dah anak dares)
Umar dah 11 tahun (dah boleh sunat)
Hamzah pulak 9 tahun (cemana la agaknya dia)
dot dot dot dah berapa tahun pulak..(imaginasi jer ni kot2 ada anak kecik lagi kan, mana tau)

Aku?? Aku dah 40 tahun ... itu pun kalau kami masih panjang umur..Insya Allah, ameen semoga masih terus hidup untuk terus beribadah.

Adakah aku dah sampai seru untuk jadi pelabur emas yang tegar??
aku tak pandai jual insuran sebab aku pun takde insuran.
Tapi aku rasa aku tersangat minat emas...eloklah aku selangkah lagi barangkali ....

Tunggu.....

Hamzah & Asthma

Okey, hari ni nak tulis something about my 3 year old boy Hamzah, orangnya sedikit garang malah terlebih garang dari Umar yang sangat pelembut dan penyayang. Sesuai lah kot dengan namanya tu..HAMZAH.
Tapi jugak, kesihatan budak Hamzah ni adalah sangat fragile dan sensitif dengan persekitaran dan pemakanannya.
Dari kecik dia ada asthma, aku kaji semula asthma dia terjadi bukan disebabkan oleh perubahan cuaca atau kerana dia batuk atau deam atau selesema, tapi selalunya di sebabkan alahan pada makanan.
Pernah dia asthma sebab makan buah terlebih, kena asthma bila makan coklat terlebih dan yang terbaru makan gula2 banyak benor lansung kena asthma paling teruk, hampir nak kena admit di hospital.
Masalah di sini, suami aku jenis suka bawak anak pegi kedai, asal meronda mesti masuk kedai, kedai kedai kedai,ntah berapa hengget nak belanja budak2 ni ke kedai setiap hari pun aku tak tau.
Suatu petang (last week) papanya macam biasa bawak pegi kedai, budak kecik bawak balik air kotak Laici dan gula2 macam Tic Tac tu tapi bukan,jenama cokia rasanya.
Dia makan gula2 tu banyak2 walaupun tak la sedap benor, kemudian dia keluarkan balik,masuk mulut balik dan aku nampak terus buang.
Start dari malam tu..dia batuk2 dan terus semput yang teruk, napasnya berbunyik2 tak boleh tidor malam.


Hari Ahad aku bawak gi hospital Salam dan budak kecik ni kena neb 4 kali okeh...4 kali, tgh hari 2 kali dan malam pun 2 kali, doktor suggest suruh admit hospital tapi aku tak nak.
Malam tu lepas neb ke 4 dia bolehtidor lena, napas dah kurang bunyik tapi masih ada.
Esok paginya aku bawak sepital lain pulak..aku bawak gi DEMC dan doktor sahkan asthmanya dan berkurang, ada sikit dalam 20% dan dia bagi neb sekali lagi.


Ini gambar masa ambik neb kat DEMC, takut Hamzah sebab kat sini asap nebnya tu membuak2..hahah,nasiblah dik, selamat dah sihat.
Tapi la ni....tangan kanan dia kena gigit sesuatu pulak, bengkak mengelembung..tembab je nengok.Tapi gatal2....tak tau la kenapa lagi si buak kecik ni.
Nampak gaya kena beli Hamzah medical insuran la macam ni. 



Shopping Baju Raya ....??

Salam Isnin,
Kalau tulis tajuk gini mesti ramai yang terjah
baru bulan 2 dah nak shopping baju raya??
Benornya kawan baik aku kalau jadi nak gi USA bulan 3 ni nanti, agak2 ada sale apa agaknya kat sana masa tu?
Dia akan singgah Tanger,Barstow - Oh iye itu ialah nama sebuah Factory Outlet di salah satu tempat yang beliau akan melawat nanti.
Orang lain yang nak melancong, aku yang buat surveynya..hahaha, over excited aku nak mengirim so kenalah buat research sikit...mudah la kot keje kawan aku tu nanti nak memenuhkan impian shopping aku.

Jangan tak tau, baju kurung raya aku pun dah siap tempah, langsir pun sama.So takde la heran benor kalau aku nak mula shopping baju boboy dan apoknya lepas ni. Maklum kat sana lebih murah lagi pulak dah ada yang memang nak ke sana kan....sekali jalan orang kata, eehh tak aku yang kata.hehehehe!


Ok lah..sesambil buat list sesambil kira duit tabung, sikit je pun aku nak ngirim bukan nak bukak kedai pun kan.Yang penting, dapat yang murah dari harga kat Malaysia raya ni.

Tata!

Thursday, February 6, 2014

Hamzah & Kumon

Salam all,
lama tak menulis banyak hal rumahtangga nak kena settle, mak ayah pulak dilanda dugaan menimpa-nimpa harap mereka sihat2 jer.

Hari ni nak tulis pasal Hamzah dan Kumon Workbooks nya, minggu lepas aku dah belikan dia satu lagi buku mewarna Kumon

Dah 15 muka dia buat latihan, aku stop kan kejap sebab nanti bukunya habis mak kena marah pulak. Dia tu kalau angin rajin datang, satu malam terus buat 5-6 mukasurat kalau boleh tak nak berenti,nanti kalau habis dia ngamuk sakan.Adoooiii laaa...
So dah 2 malam dia tak mewarna tapi belajar iqra' dan sebelum tidur mengulang Peter & Jane.


Mari tengok, motor-skills bertambah bagus. Cara pegang crayon pun dah sangat yakin, dah boleh gerakkan tangan untuk mewarna instead of menyorong tarik jer tangan dia sebelum ni. Maksudnya dia dah hampir mahir menguasai cara menggunakan pencil/crayon, itu tujuan sebenar buku ini di terbitkan, menagajar anak2 seawal 2 tahun cara/membiasakan jari untuk menggunakan pensil, rugi aku tak praktik pada Umar lebih awal sebab sampai la ni perkembangan Umar setaraf dengan Hamzah jer, Umar yang sikit lambat atau Hamzah lebih cepat pun aku tak pasti.

Bila Hamzah dah habis warna bulatan putih tu, mak kena baca perkataan APPLE kuat2 sambil tunjuk perkataan tu, idoklah aku menjerit cam tarzan APPLE,APPLE gitu...sakit jantung jiran aku nanti,sebolehnya biar anak tu pandang pada tulisan tu dan kemudian menyebutnya. Sekarang setiap kali kami mengulang buku ni, bila aku tanya mana Apple, dia akan tunjuk perkataan Apple tu bukan kepada objek apple tersebut.

Seronok tau kalau dapat ajar anak2 kat rumah walau kadang kala time aku penat, aku cam teremosi sikit mengajar anak, Umar lari rumah 2 malam lepas sebab takut aku ajar dia Iqra',hahahaha! Sorry la nak, mak memang takde skill mengajar, tapi tau la cemana nak "pandaikan" anak sendiri.hheheheh!






 Ini antara buku-buku KUMON dalam kategori First Steps Workbooks, lepas ni aku nak ajar Hamzah cara guna gunting pulak, aku akan beli buku Let's Cut Paper!




New Polar FT7 - SOLD

Set ini telah di jual kepada seseorang,
sila sms 0185704633 untuk pertanyaan atau pesanan, sekarang takde ex-stock kalau nak kena order within 1 week boleh pos.
Harga pasaran RM429, my price?? 



Polar FT7 Heart Rate Monitor Specs
Specification
Description
Best use
Cross-training
Digital
Chest strap
Yes
Yes
Yes
No
Yes
No
Yes
No
Windows / Mac
Yes
No
Yes
Backlight
Yes
1.2 x 1.5 inches
Yes
1 year
50 meters
1.1 ounces
Unisex
Analog or Digital
Heart rate sensor type
Heart rate target zone(s)
Time in target zone
Average heart rate
Recovery heart rate mode
Tracks calories burned
Speed/distance
Exercise log
Wireless communication
OS compatibility
Stopwatch
Countdown timer
Alarm
Illumination
Time display
Dimensions
User replaceable battery
Average battery life
Water-resistant depth
Weight
Gender

Monday, January 27, 2014

Promosi Emas Habib


Ini promosi terbaru Habib Jewel yang aku baca kat pesbuk mereka, kalau nak lebih detail boleh call di nombor tertera. Pada aku boleh la sebab selalu mereka ambik 20-25% kira ni ada la sikit diskaun gitu.
Harga emas semasa sekarang RM150-18%, jadi nilai 1gm emas lama tukar baru ialah RM123/g.
Kot-kot ada yang nak menukar emas lama boleh la berbuat sekarang,
BTW nilai susut pada emas ni bergantung jugak berapa sesebuah kedai tu nak ambik, kalau beli kat kedai mahal elok tukar kat kedai mahal jugak, tapi kalau beli kat kedai murah anda ada lebih pilihan, tukar di kedai murah sikit jer susut nilai sama jugak kalau tukar di kedai mahal.
Sebab di kedai murah macam di KL susut nilai cuma 10% manakala di Kuala Pilah ialah 15%.

Sekarang terpikir untuk buat koleksi gold bar pulak, target aku 20g untuk tahun 2014!
Harga emas gold bar (emas 999.9) ialah RM160/g dijual dalam berat 5g,10g gitu.





Gambar atas ni koleksi Oro Italia Habib Jewel yang mengegar jiwa, sebab haper?
Sebab mahei bebenor dan berat2 pulak tu. Aku suka yang atas tu tapi setiap satu tekde yang berat less dari 55g >>> terbeliak gak bijik mata, kalau 55gm x RM145 dah RM7,975 belum masuk upah lagi.
Kalau nak tau...upah untuk koleksi ORO ni adalah sangat mahal kerana kualiti workmanship nya yang sangat teliti dan memang superb! Upahnya hampir menyamai harga 10gm emas!! Jangan tak percaya,
sebab aku dah ada 2 orang kawan yang beli hat design kat atas nun.

Kalau yang ini pulak, aku pernah jumpa yang ringan2 sikit, dalam 37g++ still berat dan upahnya mahal jugak. Dah pernah tanya dalam 7k jugak ler duitnyer kalau nak beli. Aku berangan je lah dulu sebab kalau aku nak..aku suka yang ringan tapi banyak pilihan hahaha...kalau aku ada duit beli emas 7k, aku takkan beli sebijik ni jer, aku nak loket 2 ketul, bangle 2 ketul, rantai tangan seketul + cincin seketul ...hahahah, tamak!

Okeylah..berangan je dulu
at least berangan emas aku ni dapat meluputkan berangan aku pada Pandora! eheh

Harga Emas Naik Sedikit Januari 2014

Maklum nak raya jer semua harga barangan akan naik sikit
harga emas yang jatuh menjunam pun masih ada hati nak naik jugak..
kasik lah chan kan, hehe!

Harga terkini emas kedai shopping mall ialah RM150 . 27/1/2014
Kedai Kuala Pilah RM130
Kat KL RM135

waktu macam ni aku tak nak beli..tunggulah dah lepas2 raya cina ni turun lah sikit, kalau paling murah aku pernah tengok ialah RM121 di Kuala Pilah.

Target tahun ini, 40g itupun kalau harga masih macam ni. Insya Allah!

Duit RM100 Feesa

Holla...
last week Feesa dah dapat duit bantuan RM100 tu
mula2 rasa semua keperluan sekolah dah cukup tapi Feesa mintak kamus, okey permintaan di luluskan.
Tetapi, dalam masa dia buat permintaan tu ada lagi permintaan lain menyusul.
Dah masuk darjah 4 murid2 kena ikuti aktiviti ko-korikulum sekolah, kalau dulu kena datang hari Sabtu kan tapi sekarang mereka wajib berpakaian seragam setiap hari Rabu. Ini adalah aktiviti wajib serta katanya.
Last year lagi dah apply, Feesa dan applied for Putri Islam, tapi malangnya dah full quota maka anak aku telah join kumpulan Tunas Puteri.

Nak tak nak...duit 100 yang dapat tu aku laburkan lah kat baju seragam Tunas Puteri dia,
baju beli kat Kaunselor, mahal sikit tapi cantik kainnya harap long last sampai akhir tahun atau kalau muat sampai tahun depan.
Seluar kalau beli kat Kaunselor jugak memang habis duit 100 tu, aku pegi beli kat Hari-Hari jer, baru RM29.90, tau la saiz anak aku >>> 36 hokeh! aku pun muat masuk!
Dengan lencana dan aksesori, upah potong seluar dan tangan baju serta jahit lencana itu ini, memang licin 100 tu.
Syukur la jugak dengan bantuan tu tak payah aku keluar duit RM100 dari poket sendiri.Semalam jugak aku rasa semua kedai baju seragam penuh sesak cam pasar..mak aaaiiiii ramai wwwoooo orang semua anak2 nak pakai baju seragam start minggu ni agaknya.

Okeh, baju Feesa tak dapat lagi sebab potong tangan baju tu panjang benor dan upah jahit lencana sekali, Nanti hari Rabu aku tunjuk eehhhh, sebab bila aku search tak banyak mak-mak buat pos anak masuk Tunas Puteri, hehe! Excited mak ko nih Feesa oooiii!

Friday, January 24, 2014

Bill Eletrik Rendah - Bulan Ke 2

Assalamualaikum
ternyata teknik penjimatan yang aku amalkan terbukti berkesan menurunkan kadar bill elektrik rumah kami.
Kalau dulu RM70-90 (kadangkala)..tak pernah RM80..kalau sikit RM70++ kalau banyak jadi RM90++ pulak.
Bulan lepas menunjukkan bill aku kurang hampir RM25, bill yang tercatat ialah RM55 dan beberapa sen.
Bulan ini target aku sekitar RM50++ jugak..ternyata bill aku bulan ini, dengan bacaan selama 28 hari ialah RM50.20 sahaja.

Alhamdulillah, syukur. Berjimat lebih baik daripada aku terus membayar sesuatu yang aku tidak perlukan buat apa kan?


Thursday, January 23, 2014

Pandora Pertama Saya


Okeh
akhirnya aku beli jugak seutas bracelet dan sebijik charms Pandora beberapa minggu lepas, minggu sebelum aku sakit perut tu. Lepas tu aku sakit perut terus mood aku merudum.
Sebagai permulaan kita kena ada bracelet dulu, ada dua jenis silver atau oxidized colour, aku pilih oxidizied sebab yang silver tu kalau pakai kat aku cam bersinar2 benor, warna kulit aku dah la 'kerak' je lebih so tak matching gitu.hehe!



Yang bijik kat tengah tu kita panggil dia murano,jap tepek gambar dari google.Camera henpon aku ni tak boleh tangkap gambor dekat2, blur kaedahnya.

Okeh yang ini namanya glass faceted murano, benornya ini Feesa yang nak tapi lepas aku dah beli aku simpan je sebab masa tu tak beli bracelet lagi,bila dah dapat bracelet sakit perut pulak, dah baik perut terus jadik takde mood.





Tapi hari ni aku dah ada yang atas ni...okeh,secara jujurnya aku adalah pencinta emas. Aku terasa berat dan lokeknya lah nak habiskan duit kepada aksesori yang tak berapa ada 2nd value ni, kalau tak nak boleh dijual semula tapi itu lah..nilainya hanya kepada mereka yang betul2 nak jer,tak boleh gadai orang kata. 
Oleh kerana itu aku dah ada sebijik charms bling2 emas 916 taruk masuk situ bracelet Pandora.
Aku bukan beli kat Pandora, itu sebenarnya loket emas jual kat Wah Chan, aku agak lobangnya besar dan boleh pulak masuk kat bracelet Pandora tu, apalagi angkat la satu,berseri sket.

Dah la, lepas ni aku tak pasti masih nak menambah charm2 Pandora ni atau tidak, bergantung kepada kerelaan aku untuk membeli, sebab setiap kali beli aku mesti cakap dalam hati "kalau beli emas lagi berbaloi"
Maka terpaksalah laki aku yang belikan...hehe!

Kami Suka MPH



Hari Ahad lepas aku bawak anak-anak pegi MPH lagi, kali ke-2 dalam bulan Januari ni,
aku nak carik buku dot to dot numbering atau ABC untuk Umar sebab Umar masih tak berapa pandai nak tulis-tulis ni.Mengigil tangan dia pegang pensil lepas tu pegang kat pucuk2 pensil tu..takut2 gayanya.
Tapi tak banyak ler buku jenis gitu kat MPH, mereka banyak sediakan buku jenis gaya ajaran budak2 kindergarten omputih gitu, America syllabus dan Singapore syllabus banyak di jual.
Kalau nak tau buku2 yang setanding untuk Umar tu hanyalah buku2 pengenalan untuk budak umur 2-4 thn mengikut syllbus international. 
Hhhhmmmm aku macam terasa ruginya masa yang telah aku bazirkan kerana tidak mengenalkan Umar seawal yang mungkin dengan buku2 latihan dan pensil sejak dari awal, mungkin masa Umar sebaya Hamzah.
Takpe, aku sedang kejar pembaziran masa yang telah aku lakukan ini dan Insya Allah akan cover sedikit sebanyak skill pembelajaran untuk Umar.


 Ini Hamzah, minatnya pada buku sangat terserlah,lebih2 lagi buku2 gambar binatang dan paling dia minat ialah Dinosor.Harapnya dia minat gitu-gitu je lah sebab aku tak percaya pada kewujudan dinosor sebab tak pernah diceritakan di dalam Al-Quran (mungkin ada ke??ntah macam takde je)
Yang penting dia minat dengan buku, setiap malam aku kena baca buku dinosor yang sama sambil bertanya dia apa dinosor tu buat atau makan..huhuhuhu jenuh aku, kadang aku kena jadi dinosor jugak..belakon!
haih la anak.
Umar tak berapa minat membaca, dia lebih suka selak tengok gambar dan tinggalkan. Tapi sesuatu yang specialnya dia cepat ingat dan cepat tangkap. Dia dah boleh mengggunakan logic skill nya dengan baik, dia boleh membezakan sesuatu yang besar dgn yang kecil jugak boleh memadankan sesuatu benda yang sama dalam satu kumpulan dengan benda yang berbeza dalam kumpulan tersebut dengan cepat. Aku sedang belajar cara paling baik nak asah skill Umar supaya ianya boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran dia kelak, Insya Allah.


Tengok tengok...balik2 budak kecik ni dengan buku dinosornya.Berkerut-kerut dahinya masa menengok buku ni...diselak satu-satu..siap tanya kat papa " ini caper?" " papa dia ker?' - merujuk kepada dinosor yang lebih besar sambil berdiri dinosor kecik di sisinya.
Haha..harap2 budak2 ni terus minat membaca sampai ke besar.

Monday, January 20, 2014

Good Job Hamzah!!

Hamzah is my little boy, yang garang dan sedikit perengus!
Banyak perkara dah dia capai sebelum dia umur 3 tahun ni dan off course akulah mak singa yang menjadikan semua ini realiti..haha!

Antara kemajuan yang dia capai - sudah tidak perlu pakai diapers pada umur 2tahun10bulan iaitu sejak 3-4 hari yang lepas.Pagi ni jugak dia dah boleh "melabur" di dalam toilet!

Lagi kejayaan budak 2 tahun lebih ni...
dia dah habiskan buku KUMON pertamanya, so lepas ni mak kena beli buku lanjutan dari siri colouring ini.


Okeh..dia anak mak yang menggunakan anggota kiri pada setiap pekerjaan yang dilakukan, my special boy!
Dulu masa mula-mula dapat buku ni, dia memang tak tau lansung macam mana nak pegang crayon tu, lalu dia sagat laju2  gambor2 tu, sejak semalam dia dah boleh pegang crayon dengan baik dan boleh gerakkan tangan dia untuk mewarna, walau masih comot tapi ia adalah sesuatu yang lebih baik dari permulaannya.
Suatu perkembangan yang baik dalam masa 2 minggu, mak impressed nak! 


Kat muka surat akhir buku tersebut ada la Certeficate of Achievement ni, mak isi  dan bagi untuk Hamzah, dia bukan paham pun..takpe yang penting mak paham.
Ada masa nanti nak pegi MPH lagi, padahal semalam aku pegi dah MPH, ingat buku dia masih banyak aktiviti lagi rupanya malam tadi dia pulun 5 aktiviti terus habis.Budak tengah excited kena layankan tau..mak2 jangan malas!
So tunggu update buku yang ke-2 pulak.

Berkelah - Janda Baik Pahang!

Assalammualaikum...
Hari Jumaat lepas tertunai hasrat hati nak bawak anak3 pergi berkelah ke Janda Baik, kami memulakan perjalanan dari rumah seawal 8.10 pagi, singgah kedai beli minyak masak (lupa nak bawak dari rumah) dan isi minyak kereta.
Perjalanan lancar walau banyak gak kereta pagi2 ni di hari cuti, aku pikir semua nak pegi berkelah jugak macam aku..hihi!
Kami reach Genting Sempah dalam pukul 9 pagi, terhegeh2 membaca signboard, dulu aku pernah pegi tapi dah lupa,dah lama sangat,8 tahun yang lalu kot,masa Feesa umur setahun lebih.Memulakan pendakian ke jalan2 sempit nak ke Kampung Janda Baik tu, tetiba jalan dah agak lebar laki aku bawak laju pulak..time tu la terlajak sempang tapi nak macho punya pasal...teruskan je perjalanan sampai jumpa satu simpang tulis kiri ke KL, kanan ke Bentong. Sah aku salah jalan, maka patah balik!!

Anak-anak resah gelisah sebab kata dah sampai tapi tak sampai2.Patah balik dalam 15 minit kami sampai ke tempat yang kami tuju, Riverside @Janda Baik.
Masa kami sampai dah ada jugak 2-3 keluarga yang sampai awal..pondok2 berdekatan aku sewa tu masih banyak yang kosong, tapi 10-15 minit selepas tu semua pun penuh.
Kami pegi anak beranak jer yer, mak ayah tak berapa sihat nak join plus abang sulung aku admitted kat sepital pulak, demam. Tak kisah la, janji anak2 happy.
Sewa pondok ialah RM20 sehari, dan disediakan sekali tempat buat barbeque, kami dah bawak tempat pembakar siap2 tapi dah ada tu, tak payah ler keluarkan dari kereta kan.





Tengok tengok...kawasan pondok sangat dekat dengan gigi air, bersih dan dijaga rapi, selesa kami kat situ anak beranak. Tapi suhu adalah sangat rendah, aku rasa dalam 20-22 degree sahaja, dingin okey,aku pakai sweater kat situ, poyonyer lah! Ker sebab datang dengan tak mandi pagi jadik gitu..haha! Anak2 tak tunggu seminit pun, terus terjun tiruk.Hehe, mana boleh terjun tiruk, airnya takat lutut aku jer nih...ko tiruk tercacak nanti kat batu..kehkehkeh!


Sampai jer, Mr Am terus gigih hidupkan api pakai arang, hhhmmmm...nak 25 minit jugak pakcik tu mengipas hembus bakor..akhirnya...membara jugak arang tersebut. Boleh la bakor2 kepak ayam.
Banyak bekal aku bawak,antaranya :
Sandwich telur, spaghetti bolognese, nasi putih lauk sambal sardin & telur dadar, kepak ayam,air gas 2 botol, air masak 1 jug,buah pisang & jajan mamee.
Makanan aku memang banyak aku rasa, tapi at least 85% habis, yang penting anak2 cukup makan & tenaga nak berendam.



Secara pukalnya, aku memang sukakan alam semulajadi dan aktiviti macam ni memang menjadi pilihan aku untuk bawak anak-anak, aku rasa lagi syok kalau mak ayah dan adik beradik aku join sekali, mungkin aku akan rancang aktiviti ini lagi bersama keluarga yang lain-lain jugak.
Anak3 mak cakap "mama kena bawak kami datang sini lagi yer,seronok!"
Okeh mak paham...
si Umar mandi sampi biru2 bibir tapi tetap cakap tak sejuk..hehe takut kena suruh naik la tu!

Thursday, January 16, 2014

Kelas Tambahan untuk Anak-anak

Assalam all...
aku tengah memprogramkan waktu anak-anak dengan kelas tambahan luar sekolah untuk Feesa dan Umar,
cadangnya aku nak masukkan kelas belajar Bahasa Arab untuk Pica dan kelas Al-Baghdadi untuk Umar bermula malam ini.
Harapnya Umar ok, aku tak bagi tau dia pun lagi...sedang aku search2 kelas yang berbaloi untuk anak2 aku terus call Hikmah Centre di Seksyen 23 Shah Alam ni..katanya kelas setiap Khamis malam Jumahat..malam ni ler..lansung aku terus nak ngantor si Umar malam ni jugak.Lagi cepat lagi bagus kaedahnya.

Untuk si kakak, aku tengah nak tunggu nombor talipon center tu dari staff kedai kat Space U8, sebab kat situ ada pusat belajar bahasa Arab ni, Feesa sangat cenderung dan lebih berkebolehan dalam mata pelajaran Bahasa Arab di sekolah. Bahasa Arab adalah antara subjek yang di selalu skor 100% dalam beberapa ujian dan peperiksaan, jadi aku harap dia lebih mudah mendalami ilmu bahasa ni...lagi2 bahasa Arab, Insya Allah!

Durasi yang aku target untuk kedua2 mencapai target pada tahap mereka adalah 6 bulan, selepas itu aku nak enroll kelas lain,mungkin ke kelas bahasa Inggeris pulak...Hamzah lebih pandai beberapa perkataan dalam English berbanding Umar dan kakak jugak sebab aku dah mulakan dia dengan buku colouring KUMON tu..
progress dia terbaru


Hamzah dah semakin pandai memegang crayon, tapi malas kadang tu..itu sebab dia conteng2...tapi kan satu perkara baru yang best, dia sentiasa ajak aku mengulang2 perkataan yang di belajar ni...macam pagi2 aku bawak dia jalan pegi hantar Umar ke sekolah, sambil berjalan tu dia akan ajak aku ulang2 perkataan dalam buku ni macam omelet, spaghetti, ice cream, green pepper..hehe so cute!
Sekarang dia dah sampai excersie number 27, yeeeaaayyyy!!

Nanti aku update lagi pasal kelas tambahan anak-anak ni yer.

Wednesday, January 15, 2014

Perancangan Awal untuk 2014

Assalam all...
bila belek-belek semula entry 2013, ternyata aku tak bawak anak-anak berjalan sangat..
aku cuma pegi Langkawi pada Mac 2013 4H3M, itu jer. Selebihnya cuma jalan2 sekitar sini jer.

Kesian anak-anak..
korang tengok tak rancangan Romantika Air Asia tak tv tu..masa tu kisah selebriti Ijoy dan Sharifah Sharifah, mereka bawak anak-anak mereka makan angin kat Legoland..
setiap anak aku menganga weh tengok cerita tu..sampai 2 kali mereka tengok, beria benor mereka.
Umar dah cakap "mama nanti kita pegi ye"
Hamzah dengan pelat2nya pun beria-ria mengajak.."nak igi egoland"
Aku iye kan aje la...tak pernah aku terpikir nak bawak mereka ke Legoland, tapi bila tenagok anak2 cam meleleh-leleh air liur nak pegi, walau tak pernah pun janjikan apa2, rasa mcm "Insya Allah, kalau ada rezeki untuk anak-anak aku bawakkan jugak budak2 ni nanti" aku doa dalam hati, semoga Allah perkenankan.

Kerana diary 2013 aku yang suntuk takde mende agenda yang menarik..
tahun ni aku dah mengagendakan beberapa percutian hujung minggu dan percutian akhir tahun, semua ini hanya rancangan semoga Allah perkenankan.

Cuti hujung minggu ni sempena Thaipusam aku nak pergi bawak anak-anak berkelah ke sekitar sungai yang berdekatan.
Cuti raya cina pulak, mungkin nak ke Fraser Hill, berkelah jugak.
Cuti sekolah bulan 3 - mungkin balik kampung
Cuti Bulan 5 - Legoland ke??ntah tak tau lagi
Cuti Merdeka - kita pegi berkelah lagi...haha
Cuti akhir tahun - Mungkin ke Sabah..Insya Allah...


at least keluar rumah gak la anak2 aku..tak kan lah asik nak memerap kat Shah Alam ni..balik-balik Giant, Tesco..sian!

Semoga perancangan ini dipermudahkan..Amin!

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulid RasulAllah!!

Allah humma Solli A'la Saidina Muhammad!

Mashaa Allah...
Hari ini hari kelahiran Nabi junjungan kiat Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam.
sejak seminggu yang lalu..aku sentiasa ingatkan anak-anak berselawat ke atas nabi bersama-sama di rumah atau ketika di dalam kenderaan,
pagi ni aku terkedu mendengar Umar cakap "cepat-cepat kita selawat, nanti Nabi bawak kita masuk syurga dengan dia"
AllahuAkbar.....
Insya Allah sayangku..semoga kita semua mendapat syafaatnya.

Salam Maulid Nabi...marilah kita sentiasa mengingati Nabi junjungan besar kita Muhammad Sallallahu Alaihi Wasalam. yang di kasihi Allah!

Friday, January 10, 2014

Sakit Nak Beranak ...

Salam Jumaat ...
3 hari aku mencutikan diri...
kejap jer aku pantang...sakit nak beranak..bukan beranak.
Sakit nak beranak ialah sakit perut!
Sakit gila-gila perut aku...
aku paling tak sanggup sakit perut kecuali kalau betul2 nak beranak apalagi aku boleh buat kan?? Keluo kan je la anak tu..
tapi ini???
cherry berry tak seberapa....sehari 4-5 kali aku rasa mild attack jer...
tapi dia punya memulas dan vibration serta sound effectnya sampai ke luar perut ni boleh dengar.

Tak sanggup weh...3 hari yang muram!
Pegi klinik 2 kali..cam nak nangis..tapi tak nangis pun..
anak2 lelaki aku pandai sangat pujuk.
Now aku tau kenapa mak-mak sayang sangat anak lelaki mereka :) ... aku merasainya.
Umar bergenangan air mata menahan sebak sebab tak dapat ke sekolah hari Selasa, mama tak larat nak hantar dia.
Tapi sebab dia tahu dia anak yang kuat..sebek2 muka dia tahan nangis sambil cakap dgn papa (dlm telepon)..baik pa...Umar jaga mama!
Letak talipon terus peluk mama...ingatkan kenapa? rupanya tak dapat pegi sekolah..
benornya dia pun tak sihat sangat...
hari ni dia cirit birit hari yang ke-2.
Hamzah pun sama.kesian anak2...kakak jer kena very mild attack..tak demam, tak cirit dan tak sekolah jugak.Dasar ko kak!

Punca...
ha....punca aku tak pasti..tapi yang pasti hari Ahad tu, mak aku anjurkan party besar-besaran (konon) anak beranak je pun. Buat steam boat, ada ketam,scallop,ball2 sayur segala. Aku sponsor RV cupcake, custard puff dan frut tart.
Aku bajet kami keracunan antara makan scallop atau ketam kot...
kot la..tak berani nak mandai2 sebab abang aku yang beli..
tapi sebab dia pun laki bini hampir nak fengsan2 tahan sakit perut aku bantai je la ketam dan scallop tu punya angkara.
Tapi ajaibnya...maka ayah aku tak sakit...anak2 aku pun sikit2 je..yg kenit2 ni aku rasa sebab jangkitan kotor bilik air la kot. Am pulak sesikit jugak..1-2 hari dah baik..
aku ni??4 hari dah..hari ni masih terasa..sampai kalau anak2 terpegang perut pun sakit ngko..cam betul2 dipulas2 perut aku tu.

Harapnya perut aku boleh baik sepenuhnya..sebab la ni pun aku dengar deruan angin berkeroncongan dalam perut ni walau dah makan.Takut weh sakit perut lagi.Tak mau tak mau.

Monday, January 6, 2014

WishList Pandora !!

Dulu..
ntah tahun bila aku pernah buat post pasal Pandora
masa tu aku tunjuk jer..
aku minat tapi tak sangat..memandangkan ianya takde value..malah sentimental value pun hampir tiada kalau aku yang pegi beli sendiri kan..kalau dihadiahkan orang boleh la tangkap leleh jugak..ini tidak!
Maka tidaklah aku terlalu obses sangat perhiasan ini lagi pulak aku kan jenis makcik2 suka emas >>orang cakap yang suka emas2 ni makcik2 jer..takpelah nak!hehehe

Tapi sejak hujung tahun ni..
sejak bonus pun tak berapa nak ada..aku pandai pulak intai2 kedai pandora.
Hampir terjebak..
tapi sebelum tu..berangan dulu..sebab yang ini paling mahal tapi tak perlu keluar duit.

Jom santai tengok idea inspirasi aku


Ini semua aku create kat page pandora..konon2 je ni..kononnya kalau aku nak beli..inilah starter set aku...atau inilah ilham aku yang harus aku adaptasikan secara fizikalnya nanti.
Konon!
Now pandora sedang sale sehingga 12 Jan 2014.
Mula2 beli bracelet dulu..harga RM295...lain2 belilah sebulan sebiji dua sehingga raya thn ni dapatlah aku bergaya mungkin!


Hasil Co2 - Laser Melaser !!

Alhamdulillah...
genap 11 hari selepas sessi CO2...
Kulit kotak2 dah hilang 100% selepas hari ke 9, masa hari ke 6-7 tu pun dah 95% hilang..tinggal sikit2 jer keropeng2 tu tinggal di bahagian sisi tulang pipi..sekarang memang okay!

walaupun sessi ni "menyakitkan"..sikit la...kurang sikit dari sakit beranak..hahaha..jangan ada yang takut pulak...tapi adalah sikit rasa sakit tu sebab muka bengkak 1-2 hari.
Tapi hasilnya buat aku rasa "akan pegi buat lagi"

Kali ni memang terbukti..kaedah Co2 ini boleh menyahkan parut jerawat, dulu2 masa buat medlite aku cakap parut jerawat dah hilang..iye..tapi kali ni hasilnya macam lagi advance dan memang kita boleh nampak perubahan yg sangat ketara.Cerah dan parut memang pudar hampir 100%..sebelum Co2 ni pun ada jer parut2 baru aku..maklum muka jenis senang tinggal parut walau jerawat sebijik.


Okey...ini gambar me without any filter..takde 360 or anything kecuali aku pakai sunblock.Lain2 genuine!! Hahaha...so far berpuashati dan insyaAllah nak buat lagi bulan depan atau 2 bulan lagi.

Me rasa sekarang kat Radiant Clinique ada buat offer Co2 buy 1 free 1 session RM1000...untuk lebih maklumat promo terbaru call 03-78439101 - Shima atau Fatiha.


Friday, January 3, 2014

Azam 2014 Saya !!

Azam aku untuk anak-anak aku.
Terutama anak-anak kecik aku yang baru mengenal erti persekolahan.
aku nak lebih meluangkan masa aku di rumah untuk mengajar anak-anak aku sendiri.

Target aku untuk 1st quater 2014 

1. Umar dah boleh mengenal nombor & ABC
2. Umar boleh habiskan Iqra 1
3. Umar boleh habiskan 3 buku latihan yang aku beli

Untuk Hamzah :
1. Mesti dah non-diapers sebelum bulan 3
2. Mesti dah pandai pegang pencil/crayon
3. Mesti dah habiskan buku KUMON dia yang pertama.

Untuk Feesa :
1. Mesti solat 5 waktu
2. Mesti dah boleh buat jadual buku sekolah sendiri
3. Mesti dah boleh gosok baju sekolah sendiri


Target untuk 2nd quater

Umar Zidan :
1. Mula kelas membaca di rumah BM dan BI
2. Mesti dah boleh membaca ayat dgn 2 suku kata

Hamzah :
1. sambung buku KUMON next level

Feesa :
1) Mesti hampir nak khatam Al Quran
2) Akan dipikirkan kemudian.

So aku akan update apa progress aku setiap end of month.

Polar FT7 Malaysia - Pre order!



ini bukan jam tangan biasa
kita gelarkan Heart Rate Monitor - brand Polar series FT7
Kini dibuka untuk pre-order, tempoh penerimaan 2 minggu selepas pre-order ditutup.
Harga? Sila sms 0185704633
atau email amminafeesa@yahoo.com

Untuk maklumat bagaimana nak mencari Heart Rate monitor dan kegunaannya..sila klik sini.



Mereka Sudah Ke Sekolah

Assalamualaikum semua
Hari Jumaat pertama di tahun 2014, semoga dimulakan dengan perkataan dan perbuatan yang indah2 sahaja.

Hari ke-2 persekolahan anak-anak..
ye Umar Zidan jugak sudah ke sekolah...Tadika Kemas!
Kami hantar dia pukul 8 macam tu dan selepas tu mak berterbangan pulang ngan apoknya serta adik kecilnya ke rumah semula setelah 15 minit menunggu. Malas nak tunggu lama-lama. Aku jenis mak yang tak excited nak nunggu anak luar sekolah, nasib lah!

sebelum tu..pagi-pagi si apok hantar kakak pegi sekolah..sampai depan pagar sudah...naik darjah 4 dah anak mak!
Harapnya dia boleh terus kekalkan momentum bersemangatnya nak ke sekolah..
tapi nampak gaya hari ni...hari ke-2..dia sudah cakap ngantuk di pagi hari.Haaaiiiiyyyooo!




Paling kesian...Hamzah. Dia kesunyian bila kakak dan abangnya takde...asik-asik nak main game.Itu jer yang dia nak...selain dari buat peel macam2...peel tak puas hati gamaknya..."kenapa aku ditinggalkan bersama mama dan papa yang tak happening ni??"- katanya mungkin..hehe!

So semalam, lepas kakak habis mendaftar sekolah agama, dia boleh balik dulu, kelas masih belum bermula jadik aku ambik kesempatan bawak budak2 keluar kejap, beli uniform Umar dan belikan buku latihan untuk Umar dan Hamzah. so malam tadi aku jadi guru untuk anak2 - ini azam aku untuk 2014.

Ini buku Hamzah...selama ni aku tak start pendidikan awal untuk anak-anak.
Tapi sejak anak2 besar sekolah...maka aku berinisitif untuk mengajar serba sedikit untuk Hamzah. at least he's doing something dan aku nak dia lebih awal mengenali buku.





Hat bercontengan tu Hamzah yang bikin...lepas dia habis bikin contengan tu..aku sebut dan tunjuk perkataan tu..sebab tu aku bulatkan.Lepas tu bila aku sebut HAIR dia terus tunjuk perkataan tu.
Dia suka dan teruja..conteng sana sini..bagus betul buku ni dan aku sangat recommended untuk ibu bapa beli dan kenalkan kpd anak2 seawal umur 2 tahun..btw Hamzah is 2y10m old now!
Malam tadi dia dah buat 5 exercise, so malam ni akan sambung lagi 5. Harap aku konsisten dan lepas ni boleh beli buku peringkat seterusnya.
Boleh carik buku ni kat MPH, harga RM24.90

Lepas ni aku akan kongsikan buku latihan yang aku pilih untuk Umar pulak.

* Untuk anak-anak anugerah Allah kepadaku...insya Allah akan ku didik sesempurna yang ku mampu ke jalanMu*

Popular Posts