Showing posts with label Cerita nak raya. Show all posts
Showing posts with label Cerita nak raya. Show all posts

Friday, July 25, 2014

Salam Aidilfitri 2014

Semoga perjalanan kawan-kawan semua selamat
kami tak balik kampung lah kot (Negeri Sembilan)
Sebab my suami Am kerja...cuti dia start Jumaat depan sahaja by then saya pulak dah start kerja.
Kemudian la pikir balik atau tak
Takde perasaan...
biasa-biasa saja..saya dah biasa dengan kehidupan macam ni...
InsyaAllah raya tahun depan baru Am boleh cuti raya pertama mungkin.
Tapi disebabkan dia kerja malam raya..so pagi raya baru dia balik rumah.
Tahun ni macam nak ajak Am pegi bawak kami solat raya di Masjid Sultan Salahuddin
saya tak solat raya, jaga Hamzah mungkin

Untuk semua yang pulang ke kampung halaman...
berhati-hati di jalan raya..
semoga selamat sampai!
Ampun maaf di pinta andai ada terkasar bahasa
saya orangnya agak tidak bersopan santun sangat...suka langgar itu dan ini.
Mohon maaf yer semua kawan-kawan yang membaca.

Salam Aidilfitri

Thursday, July 24, 2014

Ekspedisi Shopping Raya ....

Semalam....
kami suami isteri gagah perkasa bercuti konon nak penuhkan wishlist shopping raya anak2 dan sekeluarga...
anak2 tak beli kekasut lagi....
bapak anak satu mende pun takde beli lagi kecuali sepasang baju melayu...
mak anak konon2 nak carik lah selipar yang agak2 berseri sikit ....
namun....
dari pukul 12 tgh hari aku keluar sampai malam balik cuma dapat kasut anak2 sorang sepasang...
ko bayangkan....apalah yang kami buat beli kasut 3 pasang ajer ambik masa 8 jam....???
Taubat aku dah....lepas ni tak nak dah bawak bebudak ni gi shooping bulan puasa.

Mula2 bawak ayah aku belikan ayah baju kurta kat Anggerik Mall...
kat Shah Alam ni kalau nak masuk sana sini dah sesak benor tapi kat sini aman damai dan tenang jeeerrr...
yang buat tak tenang..si Hamzah asik mintak nak beli mainan...selagi tak dapat dia dok bergayut kat kaki aku sambil menangis.Lepas ayah aku beli terus balik rumah semula hantar ayah balik sebab kami nak buat ekspedisi membeli keperluan raya yang aku sebut kat atas tu, kami pegi OU jer.
Pekak dengar Hamzah nangis nak mainan..aku belikan transformer murahan kat kedai india depan rumah..senyap la seketika sehingga tayar kereta tu tercabut pulak...dasar!!

Dah la malas nak cerita...aku penat teramat sangat ...terutama dengan perangai Hamzah..dah dapat mainan memasing melapar pulak...dasar tak puasa

My boys nak kasut transformers dan berlampu..aduhai kerasukan apekah??

Umar dapat yang ini

Lampu depan tu menyala kalau berjalan.

Si Hamzah punyer kasut aku tak ingat dah rupa cemana..beli kat Jusco jer...asal berlampu sudah...lepas bayor terus nak pakai..takde peraturan betul la budak ni..tensi sangat aku ngan dia..gasak ler.
Umat masih boleh di bawak berbincang...labih sweet lepas aku bayar dia terus cakap "time kasih mama".
Si kakak nak kasut bertumit bagai..itu lagi sorang..aku layan jer malas dengar merengek-rengek ni..dia beli kasut jenis wedges..maklum dah nak anak dara haruslah melaram...jangan tak habis pakai sudah.

Lastly...si bapa tak dapat apa2 pun selain penat...aku pun...haruslah dapat penat sahaja.
Semalam aku dah tertengok satu cincin kat Habib Jewel...fullaaammmakkkkk....tak tido malam beb!!
Mesti grab satu...takde selipar raya pun aku tak kisah..al kisah masa aku nak tengok si Hamzah start buat perangai balik...ko tau dia tarik2 kaki aku ...terkangkang-kangkang aku kat kedai tu dah macam haper jer....Ya Allah....malu aku terus blah dari kedai tu sambil cakap nanti hari Sabtu akak datang balik..kehkehkeh!

Till then....enjoy your saki baki Ramadhan guys.





Tuesday, August 6, 2013

Macam Tak Raya Je Aku Ni Nampaknya ...

Salam all
macam biasa..semua plan aku hancus tahun ni...
rasanya aku plan nak raya sejak last year lagi tapi sampai masanya semua masih tak siap
tahun ni memang aku berangan nak shopping last minute (plan paling bongok!)
hasilnya....2 hari lagi nak raya ni...
baju Melayu Umar Zidan ngan Hamzah Qayyum tak beli lagi..
baju kurung aku ngan Feesa tak sempat lagi nak ngambik....
hanbag aku ialah beg plastik mahal nampak semua didalamnya...aku rasa cam kena tipu ngan seller ni..aku nak dalam gambar lain dalam realitinya 100% lain..dia seboleh2 suruh aku percaya apa yang aku nak mmg dalam gambar lain. Stupid!!
Okeh..selipar raya sampai ke saat ini memang aku takde...ntah2 aku tak beli lah kot..malas nak pikir..
2 malam aku tak tidor dah...
Hamzah pulak start petang semalam muntah-muntah dan cirit birit...
malam tadi pukul 1215 aku pegi klinik anak beranak...
lepas tu Hamzah tak mau tidor..kerempeng perut dia bila habis keluar semua isi perut sampai muntah kuning.
Kesian sesangat! Dia nak minum air tapi memang tak boleh lansung..seteguk dia minum dan dan tu terus tersembur balik...
pening kepala mak dah...aku tidor kat bawah je pagi tadi senang nak keluar masuk bilik air...
harap2 ler HAmzah cepat baik yer...
aku heran ler..sejak Feesa dulu anak2 aku jenis jarang giler demam atau sakit..tapi tiap kali nak raya jer aku memang asik ulang alik klinik..raya thn lepas sebelum raya 2-3 hari dah demam si Umar...
thn sebelumnya raya pertama aku gi klinik bawak Hamzah tak sihat..thn sebelum tu Umar pulak semput.
Mencabar sangat raya aku tetiap tahun...

bertabahlah yer mak....walau kasut raya aku takde...
yang penting anak2 aku sihat dan gembira di hari raya nanti.

Wednesday, July 31, 2013

Check List Hari Raya !!

Salam 22 Ramadhan yang tenang,
setakat ni Alhamdulillah puasa aku masih penuh...sikit hari lagi kot baru bendera Jepun naik...maknanya aku beraya awal la kali ni.

Lagi 7 hari nak raya...
banyak benda aku tak sediakan lagi...
Meh aku senarai pendekkan :

Langsir - dah beli tapi panjang belum hantar potong dan railing rod pun tak pasang kat dinding lagi.
Kuih raya - satu jenis pun aku takde teringin nak beli atau tak tempah satu pun
Baju Raya - semalam aku call tailor dia cakap baru bukak pelastik kain aku..okey mcm mana nak cakap yer..sabor ajelah tapi aku cakap kalau baju aku tak sempat tolonglah sangat siapkan baju anak dara aku sebab kalau saiz dia memang takdelah jenis yang readymade.
Baju raya jejantans aku pun semua belum beli..kali ni aku tak kisah nak warna apa pun yang penting murah...so sehari sebelum raya baru aku belikan baju mereka.
Karpet - no bajet
Selipar - hat ni untuk sayang-sayang aku semua dah setel..untuk kaki aku jugak yang tak setel lagi..aku masih pakai selipar koyak rabak pegi opis ni...sadis!
Cuci sofa seat cover - plan asal nak beli yang baru tapi malas la habis duit nanti kalau ada duit lebih lepas raya boleh la beli, so nak cuci pun aku takde masa lagi.
Cat dinding - aku dah siap pasang tape untuk tandakan bahagian mana aku nak cat..nampak gaya macam tidak jer.

Apa yang sudah hanyalah...

lap tingkap dan kipas oleh Encik Am,,,,selamat lah ada laki kan..kalau takde laki memang aku tak raya lah jawabnya.

okeh...nak sambung list lain!

Wednesday, July 24, 2013

Selipar Raya Dah Setel !!

Hello all, Salam 15 Ramadhan, eeehhh dah setengah bulan kita berpuasa, laki aku pun dah 4 hari balik ke rumah. Hidup aku tak kucar kacir dah macam dulu, dapur aku dah bersih berkilat sebab sebaik ajer Am balik dia terus bersihkan dapur. Sedih okey...ingat nak manja2 dulu..boleh pulak laki aku bersihkan dapur dulu, dah dia rajin benor aku tidor je lah kat depan..muahaha!. Am jugak dapat tangkap 3 ekor Cik Ti hasil memerangkap...effisen betul ko bang.

Disebabkan dia begitu komited membersihkan dapur...
malam semalam aku belanja dia iftar, so far dah 2 kali kami keluar makan iftar di luar, aku akan turutkan ajer apa yang dia rasa teringin nak makan, al maklum duk jail 2 bulan.tak lalu makan sampai kempis perut dia..but i loike that!! haha

Semalam lepas berbuka kat Seoul Garden, aku terus pegi kedai nak carik selipar untuk aku dan Am..Selipar budak2 dah setel hujung bulan lepas.Now tinggal selipar Am dan aku jer..paling hazab benornya selipar aku..dah putus okey, tapi aku still pakai pegi opis..sian aku. So far aku takde berkenan lagi dengan mana2 selipar kat kedai2 yang aku kunjungi.So semalam beli untuk Am je la dulu...

Yang ini Am punye

Yang ini Umar punye, aku tak tau kenapa dia minat kaler kuning pulak.Sungguh kalerful hidupmu nak.

Yang ini macam selipar aku pakai sekarang yang dah putus tu..tapi inilah pilihan selipar raya Feesa..dan yang paling best,kami berkongsi saiz yang sama = W7!!!

Tadaaa...tetiba Hamzah dapat brand lain pulak selipar dia kali ni...dia okey jer, pantang nampak selipar baru dia mesti nak pakai...so kena sorok2 dulu,kalau nak pakai dalam rumah saja di benarkan. :)

So...mereka semua dah ada selipar raya..mak jer belum dapat lagi.Napsu shopping tak bergelora lagi..tunggu!!

Thursday, July 18, 2013

Ikat Nafsu, Kawal Belanja di Musim Perayaan !!

Salam semua...
sering kali kita dengar perbelanjaan melampau dan kawalan bajet yang longgar atau kita terikut napsu yang berkehendakkan itu dan ini setiap kali menjelang perayaan.

Nak tak nak...
paling kurang bajet yang harus disediakan adalah dalam linkungan 1 ribu ringgit atau lebih, bagi yang berkeluarga kecil..kurang dari bajet yang dinyatakan adalah lebih baik.

Jangan dilupa...
tahun ini kita bakal menyambut Syawal pada 8hb Ogos, maka gaji mungkin akan diberi seperti bulan kebiasaan iaitu pada 25hb..syukur di situ sebab kalau bagi gaji awal sangat takut ada yang tak cukup duit sambil nak menunggu giliran gaji akan datang.

Seboleh-bolehnya...
untuk mengawal napsu dari membeli yang bukan-bukan..
cuba senaraikan apa lagi perbelanjaan yang kita perlukan atau inginkan untuk hari raya nanti..
mana-mana yang dirasakan tidak perlu atau hanya dipakai sekejap sahaja, cuba abaikan!

Apa yang lebih baik...
kita hendaklah berbelanja mengikut senarai dan bajet yang telah ditetapkan,disiplinkan diri untuk tidak sesekali melanggar senarai atau bajet yang telah dibuat. Ayat dalam hati yang sering sekali terbit macam "takpelah..beli jer dulu" selalunya akan mendukacitakan kita kemudian hari, biasanya selepas pulang berhari raya dari kampung, jangan dilupa rutin harian selepas itu yang menuntut perbelanjaan harian seperti biasa.

Untuk musim perayaan kali ini..
Kami telah buat peruntukan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak kami sekeluarga, juga termasuk dalam bajet ialah pemberian kepada insan tersayang iaitu ibu bapa dan mertua semestinya.

Till next episode!


Tuesday, July 2, 2013

KeNaPa ExCiTeD TiaP KaLI NaK RaYa ....????

entah kan...manusia.. ke yang jenis perempuan..
kalau nak raya walau puasa pun belum..
excitednya mesti dah sampai dulu...
selalunya aku tak excited pasal nak raya-raya sangat ni..,
tapi dalam tak excited di bibir...
persiapan aku buat jugak..
diam-diam langsir setinggan aku dah tempah lama pun..
tapi tak tau siap ke tidak...tak pulak aku jenguk!

Dalam tak excited nak raya tu...
selamat masih ada orang sudi jahitkan baju kurung aku..
cuma aku terlepas satu pasang kat kedai di PKNS Shah Alam..
nak nangis bila ingat balik,tempah baju kurung ajer 140 hengget! Rasa nak mencarut... sendiri cakap sendiri dengar jer! HUH!!

Kalau bab baju budak3 ni..aku rasa tetiap minggu dah aku dok ngulang sana sini,
asal comel jer aku sambar, tapi kalau untuk Feesa asal boleh masuk je badan dia aku belikan...tak kira corak dah.
Kasut budak2 pun dah settle, tingal baju melayu anak jantan,
aku nak beli tunggu bapak mereka balik..
so ingatnya ini tahun nak beli bila harga dah lelong nanti kat PKNS
tak kisah la..aku takde makna nak konsep2 tahun ni dah..
asal murah sudah!

Kalau dah settle semua sebelum puasa alangkah bagusnya..
sebab time puasa aku memang akan flat habis la...
tak tau la memang jenis darah rendah ke haper aku ni...
kalau bulan puasa aku cam melepek kelepek melekat kat lantai gamaknya...
nak sidai kain pun cam tak larat...
tapi seingat aku..sebelum ni aku minum 100 plus buat aku sedikit bertenaga di bulan puasa.
so mari buat stok 100pluss dalam peti sejuk!

Tuesday, June 11, 2013

SeLiPaR RaYa...CrOcS ??

Hello...
lately aku malas buat keje..
asal masuk opis, check attendance budak2...kemas2 meja sikit..
aku round on line shopping world...
belinya tak jugak..
sajer cuci mata! 


Aku sedang dilanda penyakit tak tau nak beli apa gamaknya...
selalu kalau aku suka suki nak itu ini benornya time tu aku tak berduit...
tapi sejak pegang duit lebih sikit ni aku cam bebal sikit nak shopping apa?
Beli barang dapur pun ntah haper2..balik umah takde makanan jugak..
yang aku beli sabun cuci baju sampai 2 botol..
patut beli la softner kan??hhmmm sudah lari tajuk pulak.

Okey...last week aku gi shopping la kononnya..
mula-mula aku pegi Subang Parade masuk Mothercare..okeh kedai dia dah besar dan ada ELC sekali,
lokasi tingkat atas sekali sebelah Parkson.
HHmmmm takde lah diskaun gempak sangat...
10% - 50% jer...
tapi ada sehelai baju tu terperuk 60% off aku ambik ler untuk Umar.
Mula2 cam ambik 3-4 helai baju..end up aku rasa cam mahal sebab mostly diskaun cuma 20%
last2 aku sauk jer 2 helai, satu untuk Umar yang 60% off tu dan satu lagi untuk Hamzah...
sekali bayar eeehhhhhhh...kenapa cam mahal jer,sebab Umar punya dah less 60% dalam 20++ jer...
rupanya si Hamzah punya tu mahal..harga asal ajer dah RM56..
see...bebal tak?? Iye aku jadi semakin tak berhati-hati dan semakin taste off dengan fesyen baju budak2 sekarang ni.Semua cam biasa2 jer pada mata aku plus mahal pulak tu.
Cashier pun dah punch harga..nak tak nak aku bayor je lah...2 helai baju tu 70 hengget!
Balik rumah laju2 aku campak baju masuk lemari rahsia!


Tiba2 hari ni aku teringat kasut nak pakai raya pulak..
ikut hati kering aku nak belikan selipar jer...
tapi dah banyak benor selipar budak2 ni...
mak ayah aku rajin belikan selipar lagi2 untuk Hamzah si kaki ayam..
kalau nak tau..
Hamzah ialah anak aku yang paling sinonim dengan kaki ayam..
bukan sebab kakinya cam ayam..
tapi sebab tak suka pakai selipar atau kasut..puncanya sejak dah beranak 3..aku malas nak belikan dia kasut atau pun selipar...dah lah tak belikan..malas pakaikan pulak.
Sudahnya dia cam tak biasa nak pakai kasut atau selipar..
manjang kalau aku hantarkat rumah mak aku...time mak aku nak bawak gi kedai ke haper..mak aku seret jer dia dengan kaki ayamnya....nenek mana sanggup tengok cucunya macam tu kan..so belikanlah..aku rasa dah 5 pasang selipar mak aku belikan untuk Hamzah jer.

Dan untuk memasang niat shopping aku kali ini..aku nak belikan Umar dan Hamzah sorang sepasang selipar cap buaya ni..
comel kan...tapi nak beli bukan depan mereka..sebab nanti tak sabar2 mereka nak pakai..
sebelum tu..kita pegi check sizing dulu dan kemudian mak pegi beli senyap2...
hahahaha!!



Biru tua untuk Umar Zidan dan kuning beringin untuk Hamzah Qayyum!

Friday, June 7, 2013

Shopping Baju Raya....JoM !!

Good morning beautiful!
Tajuk..shopping la sangat...
aku benornya dah berjalan last week kat shopping mall..
malangnya sale belum start lagi...
dengar2 this week dah ada yg start sale macam MOthercare, Sogo dah start sampai 16 June tak silap..
Zara coming soon katanya...

Aku dah lama menyepi bab2 menyopping baju anak3 lately...
sibuk dengan waktu kerja aku yang pack 9-6 sampai umah nak 7 malam buat hidup aku terhad sangat...
hari Sabtu pun aku keje tapi half day lah..tapi sebetulnya sebulan ada la 2 kali jer kot aku dtg hari Sabtu..malas!

1st week of July nak puasa dah..
macam biasa bulan puasa aku jadi paling lemah gemalai letih lesu tak bertulang...
bangsa tak cukup zat memang mcm aku ni...
So agenda nak bershopping-shopping memang takde lah...
aku tabik pada orang yang boleh keluar pagi2 dan pegi shopping 3-4 jam kat mall di bulan puasa...
kalau aku...nak pegi bazar Ramadhan pun kena rest 3 jam dulu baru boleh langkah...hahahaha!

Cerita pasal nak shopping...
drawer Umar Zidan is almost empty...
budak tu lately dah tebal sikit aku tengok dari paras perut ke punggung...
boleh tahan jugak ...aku bajet dia jadi anak aku paling kerempeng sebab bab makan dia ikut mood...bukan sentiasa ON  macam Pica & Hamzah.
last aku belikan baju Umar ialah bulan 1 hari tu...itupun 2 helai tees sahaja...
seluar pendek,jeans ke haper semua beli masa raya last year.
Sian anak aku sorang ni...
dia takde baju sebab dia anak lelaki pertama aku..takkan dia nak pakai skirt kakak Pica pulak kan??
Lagi pun Pica is takde baju saiz 4...masa dia 4 thn baju dia semua saiz 6!
Tapi Hamzah aku tak risau sebab dia akan pakai baju hand over Umar Zidan...

So kemana kita hujung minggu ini dan hujung minggu seterusnya sehingga sebelum puasa??
Aku target nak ke Sogo yg jauh berbatu-batu tu...
bajet nak cari baju basahan Umar & sikit2 lah baju raya dia orang..
Sebelum tu kena tulis bajet dan target...
Target baju basahan Umar 4 pasang, baju raya 2 pasang/anak...
aku selalu memang kena siap2 target & bajet dari rumah kalau tak selalu terbabas je kejenya.
hahaha!


Tuesday, May 28, 2013

TaiLoR aKu TaK AmBiK TeMPaHaN DaH!!

Huuuuwwwaaaa...
semalam baru dok teringat kain ela aku beli ada 5-6 pasang nak buat baju raya...
sekali aku pun call la tailor aku...
jeng jeng jeng!!
Dia tak ambik tempahan pulak tahun ni...sudah membuyung terimester ke3 katanya, bulan puasa nak meletup.
Nak nangis rasanya sebab sekarang  keramaian tailor dah banyak ambik tempahan
ada ker yang masih sudi menerima tempahan untuk aku lagi???
Takkan nak pakai kain ela pulak masa raya....ada yang melondeh depan pintu nanti.
Atau pun aku try menjahit sendiri...ko rasa cemana???
Aku potong kain ikut baju aku..lepas tu cantumkan?? ko rasa jadik tak??kain aku buat ler mcm skirt jer,habis cerita...hancur kain ela aku!
Huuuhuhuhuu....

Thursday, August 16, 2012

WaRKaH AiDiLFiTrI !!


Salam Hari Lebaran buat semua kawan-kawan dan pembaca yang sudi membaca coretan saya di sini..
Ampun dan maaf di pinta sekiranya tulisan saya ada kalanya membuat anda mencemuh sendiri...
Ia sekadar ruang untuk saya berkongsi perasaan dan saat yang saya lalui sementara masih bernyawa..
Kepada semua..berhati-hati di jalan raya, semoga selamat sampai ke destinasi hari raya anda.


Monday, August 13, 2012

CaRa NaK GeMbIrA Di HaRi RaYa TanPa SuaMi..

hello all..
takde mood nak raya lansung aku ni..
patut laki aku gaji hari ni postpone sampai 3 hari lagi la pulak..sebab bank in by cheque.Ok takpe..janji bergaji..dah la last month tak bergaji jugak..
inilah gara-gara suka suki tukar2 kerja...ada offer tempat kerja yang dia lebih minat..go on lah bang..end up kita jugak yang tanggung.

Satu hal lagi...this time around..laki aku tak dapat bercuti on the day of Hari Raya tu...after that boleh la.HHmm..
now on sedang mengadjust mood cemana nak memeriahkan hari raya aku anak beranak tanpa bapak mereka di pagi raya..
takkan aku nak sedu sedan cam bini askar...??
Ok takpe anak-anak..kita akan menziarahi bapak you all kat tempat kerja dia kasik suprise di pagi raya...silap2 laki aku yang nangis sedu sedan nanti...kahkahkah!

Ok baju raya dah settle cuci semua..tinggal nak gosok jer....kuih raya aku sebekas..dari sekarang dah makan..bila raya tinggal habuk jer....
bunga hapi tengok lah..nak dekat raya baru belikan bebudak ni..Umar dah hari2 mintak bunga hapi kayu...ada ker?? ko lagi pandai dari mak yer...ingat..kita raya sehabis sederhana jer tawon ni...
yang penting..aku masih ada mak ayah untuk ku raikan..

Jumpa lagi..

Wednesday, August 8, 2012

JoM TePeK BaJu BaRu !!

 Hello...
semangat ker korang semua nak raya?? aku tak semangat beb..kali ni hari raya aku raya 4 orang jer..suami aku di perbatasan ...(la sangat..sangat la sangat)
So kali ni...aku nak tidor malam raya dan kepoh2 pagi raya kat rumah mak aku jer...sian mak aku..selalu tiap2 raya rumah dia senyap sunyi takde bunyi kanak2 pun..sebab semua tidor umah masing2..aku ler tu.Aku sorang jer anak mak yg ada anak ramai pun (ramai la sangat)..Abang aku anak dia baru nak masuk 2, adik aku takde anak pasal belum kawin.Itu je lah pon adik beradik aku..
Aku tengah bayangkan..kalau aku ada anak 3 jugak
macam mak ayah aku...tentu tak best raya aku dah tua-tua nanti.Hukhukhuk!

Tibalah masa aku dok mengumpul semua pembelian baju anak2 anak aku selama ni....
meh tengok..bersepah-sepah rumah aku..
aku tengah buat auditing ni..kebanyakan baju2 ni semua stok last year..mungkin ada kot sikit2 beli this year..Hamzah cuma ada seluar baru sehelai jer..yg lain semua stok orang bagi & stok baju Umar yang tak sempat pakai dulu2.So aku tak beli apa untuk dia selain baju melayu sepasang.
Seronok korang yer mengisai-ngisai baju seperti berada dalam warehaouse sale..lama giler aku tak terjah warehouse sale..skill pun dah makin tumpul.Nampak sale tak bernapsu dah aku..tgk website pun begitu juga..Elok lah tu kan..bawak2 ler shopping benda lain..anak aku yang selalu short stok baju cuma Umar..sebab dia takde abang nak kasik dia baju..Hamzah settle bab-bab baju ni sampai ke tua..hahahaha.Kalau Feesa aku dah berkenan nak tempah2 kan dia baju ala-ala dress kat kawan aku..dia pandai jahit.So itu projek lepas raya kaedahnya.

You all dah shopping raya ker?? Nanti tepek baju kurung pulak.

Monday, September 5, 2011

Friday, August 26, 2011

BiSkUT PeRTaMa SaYa !!

Akhirnya...
dapat jugak ku buat cookies menjelang raya ni.
selalu memang tak pernah buat...
kali ni terlebih rajin ker ntah ngaper...
ada lah satu cookies raya kaedahnya kat umah ni..
malam ni ingat nak buat lagi satu cookies...tgk lah..
baju melayu laki aku pun tak beli lagi ni..tengoklah..malam Isnin ker nanti baru ler beli.







Ini lah hasilnya..dapatlah 60 bijik kot.
Hasil bantuan Feesa & Umar Zidan..
Am kata sedap cam chipsmore, kejap ada kejap takde!!
ewahh siap berslogan ngko yer bang!



Thursday, August 25, 2011

iDaN DaPaT SkIrT !!

hahahaha..
semalam mak pegi Mydin ...
tak pegi dah MyMydin..sebab kes tak bawak duit itu hari..
semalam mak bawak duit 2-3 ribu...sebab baru tekan (ngko caya kan jer lah)
hajat nak membeli barang nak buat biskut raya..
sekali hampeh la Mydin tu..semua pun takde.Tapi mak beli la barang2 dapur lain yang dah habis, tetiba teringat nak carikkan sesuatu untukUmar Zidan..
haaaa...dah dapat! Mak belikan dia sampin...
bila balik umah nak la try kat dia kan..tapi mak cakap kat dia
"Umar, meh sini try..mama belikan skirt"
sekali tu wehhh..dia tak nak pakai dohh...dia ingat betul2 skirt kot.
Mak apalagi..gunalah kuasa veto..haku paksa jugak dia pakai skirt sampin tu.
Dah puas hati mak dia ni...mak cabutlah balik..
lepas tu mak cakap
"nanti raya Umar pakai tau..skirt ni cantik"
tau dia jawab aper??
"nanak"...sambil geleng kepala..
wakakakakaa...hagak ler kalau dia tak nak pakai raya nanti...siap ko!!

Wednesday, August 24, 2011

SaLaM AiDiLFiTRi 2011!!


Assalamualaikum
Salam diberi tanda syukur ingatan
menjelang Syawal yang bakal menjelma
ingin ku pohon seribu kemaafan
andai tulisan sering kali mengguris hati tatkala di baca


(waaaa..kelaassss ayat nak nyambut raya mak kali ni)

Dalam bahasa 'aku' nya :
okeh...
ini hari, Ammi nak mintak ler maaf kepada semua kalian yang sudi membaca coretan sendirian berhadku ini.
Sesungguhnya..aku ni tak lah cemerlang benor nak mengarang cerita yang best2..janji aku cerita segalanya yang benar...
Salam hari Lebaran untuk adik2, abang2, kakak2, makcik2 dan pakcik2 semua!
Kalau makan juadah lebaran tu...

ingat2 lah baca Bismillah yer!

KL SeSaK TaK KiRa WaKTu !!


Posted by Picasa
Salam all...
semalam kami semua pegi KL...
hantar mak admit HKL pulak, nak buat tapak untuk hemodialisis.
Ingatkan pegi time tengah hari...kurang ler sikit sesaknya..
sekali tu..hadoi laa...sesak giler weh.
Tak payah ler ku berangan nak merayap ke Sogo ker, Jln TAR ker...cancel..!! kalau malam takpe lagi jammed2 pun..malam la katakan, ada lampu kelip2...sejuk sikit.
Ini siang ...panas kedengkang!


Posted by Picasa


Posted by Picasa



Mak masuk wad 2nd class..so sejuk la wad nya..ada aircond & tak ramai orang..satu wad 4 orang jer.tapi semalam dalam wad mak tu cuma ada lagi sorang, so mereka duduk berdua jer.
Kalau mak okey..petang ni boleh balik..tapi sebab nak buat operation tu petang..mungkin esok jer mak baru balik.
Tengoklah budak ponteng sekolah tu...over ngko yer!
Harap sangat mak okey jer bila balik dari hospital ni..boleh kita raya sesama, yang penting sekali, mak sihat!

*Hari Jumaat ni birthday mak*
Baskin Robin kek kah???

Posted by Picasa

Monday, August 22, 2011

My NeW BeSFrEN KaTaNya!!





biar rumah orang berhias cantik
biar kuih raya depa 20 balang sekali pun..
biar baju raya depa mengerlip bak kilauan bintang..
asal aku dapat kawan baru..
aku dah cukup raya dah!!
yabedabeduu!!

JaLaN LaGi ....


Semalam pulak..
ooohhh yer..semalam kami ke Hospital Klang..mak masuk sepital lagi sejak Sabtu..
high blood pressure sampai 240++.
tapi dah beransur pulih..semalam masa kami datang dah turun jadik 127.
Harap mak boleh balik hari ni..!!
So lepas jenguk mak kat sepital..
kami cadang berbuka kat AEON Bukit Tinggi je lah..sebab dah dekat kan..masa tu pun dah pukul 630...
Mula-mula nak masuk Kenny Roger..sekali semua dah full house..
jadiknya..kami beli ini jer buat kudap2 dulu sementara tunggu mana2 restoren lengang.




Makanan Jepun lagik!!
Lepas tu pegi jalan2 je lah...
macam biasa aku tak shopping bulan puasa ni.
So memang takde benda yang aku beli pun.
Budak2 ni sawan 'henjutan" kat sini..
bersepah2 benda ni kat Bukit Tinggi..haih laaa!


Ini gambar abang Am capture...timakasih bang sebab snap dari kejauhan..lepas tu tanya aku ..kenapa gambar dia snap tu kecik jer??
Sila abadikan gambar aku yang 47kg itu yer..ahaksss!!
Berat nak raya tu...




Budak Umar Zidan ni yang terpaling sawan sekali kat sana..
semua henjutan kalau boleh dia nak naik..
henjut tak henjut dia tak peduli...
asal dia dapat naik!



Hat ni belum cerdik lagi..tapi cerdik gak bab2 nak kasik mak apaknya extra work..elok2 dah ada stroller..ngengada gak nak suruh dokong!!
Hamboiii!



Akhirnya...tak dapat jugak kami makan Kenny Rogers sebab..budak tu cxkap order ambik masa 45 minit..
hah..baik aku makan tempat lain lagi bagus..
jadiknya..makanlah kat Mc'd sahaja.
Habis duit..kenyang pun tak dapat..
membazir tull!
Aku mana kenyang makan Mc'd ni....



Popular Posts