Friday, January 3, 2014

Mereka Sudah Ke Sekolah

Assalamualaikum semua
Hari Jumaat pertama di tahun 2014, semoga dimulakan dengan perkataan dan perbuatan yang indah2 sahaja.

Hari ke-2 persekolahan anak-anak..
ye Umar Zidan jugak sudah ke sekolah...Tadika Kemas!
Kami hantar dia pukul 8 macam tu dan selepas tu mak berterbangan pulang ngan apoknya serta adik kecilnya ke rumah semula setelah 15 minit menunggu. Malas nak tunggu lama-lama. Aku jenis mak yang tak excited nak nunggu anak luar sekolah, nasib lah!

sebelum tu..pagi-pagi si apok hantar kakak pegi sekolah..sampai depan pagar sudah...naik darjah 4 dah anak mak!
Harapnya dia boleh terus kekalkan momentum bersemangatnya nak ke sekolah..
tapi nampak gaya hari ni...hari ke-2..dia sudah cakap ngantuk di pagi hari.Haaaiiiiyyyooo!




Paling kesian...Hamzah. Dia kesunyian bila kakak dan abangnya takde...asik-asik nak main game.Itu jer yang dia nak...selain dari buat peel macam2...peel tak puas hati gamaknya..."kenapa aku ditinggalkan bersama mama dan papa yang tak happening ni??"- katanya mungkin..hehe!

So semalam, lepas kakak habis mendaftar sekolah agama, dia boleh balik dulu, kelas masih belum bermula jadik aku ambik kesempatan bawak budak2 keluar kejap, beli uniform Umar dan belikan buku latihan untuk Umar dan Hamzah. so malam tadi aku jadi guru untuk anak2 - ini azam aku untuk 2014.

Ini buku Hamzah...selama ni aku tak start pendidikan awal untuk anak-anak.
Tapi sejak anak2 besar sekolah...maka aku berinisitif untuk mengajar serba sedikit untuk Hamzah. at least he's doing something dan aku nak dia lebih awal mengenali buku.





Hat bercontengan tu Hamzah yang bikin...lepas dia habis bikin contengan tu..aku sebut dan tunjuk perkataan tu..sebab tu aku bulatkan.Lepas tu bila aku sebut HAIR dia terus tunjuk perkataan tu.
Dia suka dan teruja..conteng sana sini..bagus betul buku ni dan aku sangat recommended untuk ibu bapa beli dan kenalkan kpd anak2 seawal umur 2 tahun..btw Hamzah is 2y10m old now!
Malam tadi dia dah buat 5 exercise, so malam ni akan sambung lagi 5. Harap aku konsisten dan lepas ni boleh beli buku peringkat seterusnya.
Boleh carik buku ni kat MPH, harga RM24.90

Lepas ni aku akan kongsikan buku latihan yang aku pilih untuk Umar pulak.

* Untuk anak-anak anugerah Allah kepadaku...insya Allah akan ku didik sesempurna yang ku mampu ke jalanMu*

1 comment:

Rizziela said...

semangat nak g sekolah kan

Popular Posts