Tuesday, February 11, 2014

I went To Fitness Class

Okey.....
nak bagitau aku telah menjoinkan diri ke fitness class berdekatan rumah aku, tapi aku tak lah jadi member kat fitness centre tu, aku just walk in dan ikuti fitness class yang telah dijadualkan dan kalau tak nak join fitness class aku boleh la guna fitness equipment yang ada kat sana.

Aku kan berangan nak mempunyai sebuah treadmill, oleh kerana saiznya sangatlah besar alam cam size katil single gitu, maka aku pendamkan je la.So kat sana aku dapat la berlari (berjalan actually) atas treadmill yang hebat.
Hari Sabtu lepas (8.30 malam) aku dah pergi kat fitness centre tu dan join buat fitness training buat pertama kalinya dalam hidup aku. Selepas dari malam tersebut hidup aku jadi "sakit urat satu badan"
hahahahaha.....tapi cuma hari Ahad jer aku sakit2 tangan,bahagian belakang dan sedikit sakit di bahagian abdomen.

Tapi kan...masa 1 jam lebih kelas tu..aku rasa cam tak cukup napas...selamat tak pikir nak muntah sebab kawan aku yang sorang tu...cam nak muntah2 bagai, kelakor sangat. Pengalaman pertama la katakan.
Ramai gak yang join, ada gak makcik umur dalam 48 kot, yang lain semua orang muda cam aku ni, yang lagi solid dari aku pun ada, aku ni ada la gak spare tyre di sana sini sebab anak pun dah 3, so kalau aku join nampak la sebabnya kan.

Tapi yang solid molid pun hado?? untuk kecergasan la aku pikir, semua orang harus bersenam benornya.Aku ni cam terlambat la jugak...dah tua bangka baru ada masa dan kesedaran nak bersenam bagai.

Aku jugak berjaya mengayuh basikal sejauh 1.65km malam tu jugak berjalan atas streadmill sejauh 1.5km, jauh aku jalan tu..hehehe. At least la, aku ada aktiviti yang bagus untuk diri aku.Okey, petang ni aku nakjoin Zumba class kat Menara Wellness (belakang opis ni je), esok pulak gi Aerobik class kat fitness centre tu dan hari Jumaat juga.

Fitness centre yang aku cakap tu ialah Anna Fitness Centre, Seksyen 23 Shah Alam. Belakang Tam Nasi Ayam - kalau walk in bayar RM5 (unlimited usage) kalau nak jadi member RM80/month.


4 comments:

mimie hamdan said...

yeayy!!
chaiyokkk mi!!

ammi said...

Tq Mimie, harap dpt memberi impak yg bagus kpd kawan2 yg lain..like you do!

eni said...

2015 yuran ahli rm100/month'
walk in rm10/entry

eni said...

2015 yuran ahli rm100/month'
walk in rm10/entry

Popular Posts