Aku tengah menukar minat dari membeli emas perhiasan kepada emas simpanan,
orang kata cara nak lindungi kekayaan adalah dengan menukar duit kertas kepada emas.
eerrrrr...walau aku tak kaya, tapi dalam diri aku ni ada satu perjuangan nak kumpul kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi untuk kelansungan hidup masa depan.
Setakat hari ini, aku masih kuat untuk mencari rezeki dan beri pada anak2, tapi nanti ... 10...15..20 tahun lagi, siapa puna tak tau nasib kita macam mana?
Yang penting kita dah bersedia.
Mengharap dan menyalahkan pentadbir dalam segala kesulitan dan kepayahan hidup kita bukan satu jalan keluar kepada semua yang kita alami, aku tak nak masuk rancangan Bersamamu sebab tak boleh masukkan anak dalam universiti, masa senang tak hingat donia...dah kesempitan baru carik sejadah.
Target aku, aku mesti allocate kan anak3 at least 8 keping dinar (1 dinar) beserta 50gm emas setiap seorang bila mereka capai usia 18 tahun. Aku pikir masanya masih panjang dan target ini dah hampir 30% terlaksana, tapi jangan kita lupa.Harga emas ni takkan statik macam sekarang (yang dikira sedang turunharga harga).. dijangkakan harga emas pada 2020 ialah RM500/gram.
Terbeliak bijik mata, aku rasa by the time aku tak mampu kot nak beli walau sebentuk cincin.
By 2020, Feesa akan berumur 16 tahun (dah anak dares)
Umar dah 11 tahun (dah boleh sunat)
Hamzah pulak 9 tahun (cemana la agaknya dia)
dot dot dot dah berapa tahun pulak..(imaginasi jer ni kot2 ada anak kecik lagi kan, mana tau)
Aku?? Aku dah 40 tahun ... itu pun kalau kami masih panjang umur..Insya Allah, ameen semoga masih terus hidup untuk terus beribadah.
Adakah aku dah sampai seru untuk jadi pelabur emas yang tegar??
aku tak pandai jual insuran sebab aku pun takde insuran.
Tapi aku rasa aku tersangat minat emas...eloklah aku selangkah lagi barangkali ....
Tunggu.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
No comments:
Post a Comment