Thursday, January 23, 2014

Kami Suka MPH



Hari Ahad lepas aku bawak anak-anak pegi MPH lagi, kali ke-2 dalam bulan Januari ni,
aku nak carik buku dot to dot numbering atau ABC untuk Umar sebab Umar masih tak berapa pandai nak tulis-tulis ni.Mengigil tangan dia pegang pensil lepas tu pegang kat pucuk2 pensil tu..takut2 gayanya.
Tapi tak banyak ler buku jenis gitu kat MPH, mereka banyak sediakan buku jenis gaya ajaran budak2 kindergarten omputih gitu, America syllabus dan Singapore syllabus banyak di jual.
Kalau nak tau buku2 yang setanding untuk Umar tu hanyalah buku2 pengenalan untuk budak umur 2-4 thn mengikut syllbus international. 
Hhhhmmmm aku macam terasa ruginya masa yang telah aku bazirkan kerana tidak mengenalkan Umar seawal yang mungkin dengan buku2 latihan dan pensil sejak dari awal, mungkin masa Umar sebaya Hamzah.
Takpe, aku sedang kejar pembaziran masa yang telah aku lakukan ini dan Insya Allah akan cover sedikit sebanyak skill pembelajaran untuk Umar.


 Ini Hamzah, minatnya pada buku sangat terserlah,lebih2 lagi buku2 gambar binatang dan paling dia minat ialah Dinosor.Harapnya dia minat gitu-gitu je lah sebab aku tak percaya pada kewujudan dinosor sebab tak pernah diceritakan di dalam Al-Quran (mungkin ada ke??ntah macam takde je)
Yang penting dia minat dengan buku, setiap malam aku kena baca buku dinosor yang sama sambil bertanya dia apa dinosor tu buat atau makan..huhuhuhu jenuh aku, kadang aku kena jadi dinosor jugak..belakon!
haih la anak.
Umar tak berapa minat membaca, dia lebih suka selak tengok gambar dan tinggalkan. Tapi sesuatu yang specialnya dia cepat ingat dan cepat tangkap. Dia dah boleh mengggunakan logic skill nya dengan baik, dia boleh membezakan sesuatu yang besar dgn yang kecil jugak boleh memadankan sesuatu benda yang sama dalam satu kumpulan dengan benda yang berbeza dalam kumpulan tersebut dengan cepat. Aku sedang belajar cara paling baik nak asah skill Umar supaya ianya boleh dimanfaatkan untuk pembelajaran dia kelak, Insya Allah.


Tengok tengok...balik2 budak kecik ni dengan buku dinosornya.Berkerut-kerut dahinya masa menengok buku ni...diselak satu-satu..siap tanya kat papa " ini caper?" " papa dia ker?' - merujuk kepada dinosor yang lebih besar sambil berdiri dinosor kecik di sisinya.
Haha..harap2 budak2 ni terus minat membaca sampai ke besar.

2 comments:

Rizziela said...

syoknya..bila la agaknya boleh bawa anak2 g kedai buku kan

ammi said...

mesti boleh la..sebulan sekali pun dah ckup..pegi selalu pokai la mak

Popular Posts