Monday, January 27, 2014

Duit RM100 Feesa

Holla...
last week Feesa dah dapat duit bantuan RM100 tu
mula2 rasa semua keperluan sekolah dah cukup tapi Feesa mintak kamus, okey permintaan di luluskan.
Tetapi, dalam masa dia buat permintaan tu ada lagi permintaan lain menyusul.
Dah masuk darjah 4 murid2 kena ikuti aktiviti ko-korikulum sekolah, kalau dulu kena datang hari Sabtu kan tapi sekarang mereka wajib berpakaian seragam setiap hari Rabu. Ini adalah aktiviti wajib serta katanya.
Last year lagi dah apply, Feesa dan applied for Putri Islam, tapi malangnya dah full quota maka anak aku telah join kumpulan Tunas Puteri.

Nak tak nak...duit 100 yang dapat tu aku laburkan lah kat baju seragam Tunas Puteri dia,
baju beli kat Kaunselor, mahal sikit tapi cantik kainnya harap long last sampai akhir tahun atau kalau muat sampai tahun depan.
Seluar kalau beli kat Kaunselor jugak memang habis duit 100 tu, aku pegi beli kat Hari-Hari jer, baru RM29.90, tau la saiz anak aku >>> 36 hokeh! aku pun muat masuk!
Dengan lencana dan aksesori, upah potong seluar dan tangan baju serta jahit lencana itu ini, memang licin 100 tu.
Syukur la jugak dengan bantuan tu tak payah aku keluar duit RM100 dari poket sendiri.Semalam jugak aku rasa semua kedai baju seragam penuh sesak cam pasar..mak aaaiiiii ramai wwwoooo orang semua anak2 nak pakai baju seragam start minggu ni agaknya.

Okeh, baju Feesa tak dapat lagi sebab potong tangan baju tu panjang benor dan upah jahit lencana sekali, Nanti hari Rabu aku tunjuk eehhhh, sebab bila aku search tak banyak mak-mak buat pos anak masuk Tunas Puteri, hehe! Excited mak ko nih Feesa oooiii!

No comments:

Popular Posts