Monday, January 20, 2014

Berkelah - Janda Baik Pahang!

Assalammualaikum...
Hari Jumaat lepas tertunai hasrat hati nak bawak anak3 pergi berkelah ke Janda Baik, kami memulakan perjalanan dari rumah seawal 8.10 pagi, singgah kedai beli minyak masak (lupa nak bawak dari rumah) dan isi minyak kereta.
Perjalanan lancar walau banyak gak kereta pagi2 ni di hari cuti, aku pikir semua nak pegi berkelah jugak macam aku..hihi!
Kami reach Genting Sempah dalam pukul 9 pagi, terhegeh2 membaca signboard, dulu aku pernah pegi tapi dah lupa,dah lama sangat,8 tahun yang lalu kot,masa Feesa umur setahun lebih.Memulakan pendakian ke jalan2 sempit nak ke Kampung Janda Baik tu, tetiba jalan dah agak lebar laki aku bawak laju pulak..time tu la terlajak sempang tapi nak macho punya pasal...teruskan je perjalanan sampai jumpa satu simpang tulis kiri ke KL, kanan ke Bentong. Sah aku salah jalan, maka patah balik!!

Anak-anak resah gelisah sebab kata dah sampai tapi tak sampai2.Patah balik dalam 15 minit kami sampai ke tempat yang kami tuju, Riverside @Janda Baik.
Masa kami sampai dah ada jugak 2-3 keluarga yang sampai awal..pondok2 berdekatan aku sewa tu masih banyak yang kosong, tapi 10-15 minit selepas tu semua pun penuh.
Kami pegi anak beranak jer yer, mak ayah tak berapa sihat nak join plus abang sulung aku admitted kat sepital pulak, demam. Tak kisah la, janji anak2 happy.
Sewa pondok ialah RM20 sehari, dan disediakan sekali tempat buat barbeque, kami dah bawak tempat pembakar siap2 tapi dah ada tu, tak payah ler keluarkan dari kereta kan.





Tengok tengok...kawasan pondok sangat dekat dengan gigi air, bersih dan dijaga rapi, selesa kami kat situ anak beranak. Tapi suhu adalah sangat rendah, aku rasa dalam 20-22 degree sahaja, dingin okey,aku pakai sweater kat situ, poyonyer lah! Ker sebab datang dengan tak mandi pagi jadik gitu..haha! Anak2 tak tunggu seminit pun, terus terjun tiruk.Hehe, mana boleh terjun tiruk, airnya takat lutut aku jer nih...ko tiruk tercacak nanti kat batu..kehkehkeh!


Sampai jer, Mr Am terus gigih hidupkan api pakai arang, hhhmmmm...nak 25 minit jugak pakcik tu mengipas hembus bakor..akhirnya...membara jugak arang tersebut. Boleh la bakor2 kepak ayam.
Banyak bekal aku bawak,antaranya :
Sandwich telur, spaghetti bolognese, nasi putih lauk sambal sardin & telur dadar, kepak ayam,air gas 2 botol, air masak 1 jug,buah pisang & jajan mamee.
Makanan aku memang banyak aku rasa, tapi at least 85% habis, yang penting anak2 cukup makan & tenaga nak berendam.



Secara pukalnya, aku memang sukakan alam semulajadi dan aktiviti macam ni memang menjadi pilihan aku untuk bawak anak-anak, aku rasa lagi syok kalau mak ayah dan adik beradik aku join sekali, mungkin aku akan rancang aktiviti ini lagi bersama keluarga yang lain-lain jugak.
Anak3 mak cakap "mama kena bawak kami datang sini lagi yer,seronok!"
Okeh mak paham...
si Umar mandi sampi biru2 bibir tapi tetap cakap tak sejuk..hehe takut kena suruh naik la tu!

No comments:

Popular Posts