Thursday, January 23, 2014

Pandora Pertama Saya


Okeh
akhirnya aku beli jugak seutas bracelet dan sebijik charms Pandora beberapa minggu lepas, minggu sebelum aku sakit perut tu. Lepas tu aku sakit perut terus mood aku merudum.
Sebagai permulaan kita kena ada bracelet dulu, ada dua jenis silver atau oxidized colour, aku pilih oxidizied sebab yang silver tu kalau pakai kat aku cam bersinar2 benor, warna kulit aku dah la 'kerak' je lebih so tak matching gitu.hehe!



Yang bijik kat tengah tu kita panggil dia murano,jap tepek gambar dari google.Camera henpon aku ni tak boleh tangkap gambor dekat2, blur kaedahnya.

Okeh yang ini namanya glass faceted murano, benornya ini Feesa yang nak tapi lepas aku dah beli aku simpan je sebab masa tu tak beli bracelet lagi,bila dah dapat bracelet sakit perut pulak, dah baik perut terus jadik takde mood.





Tapi hari ni aku dah ada yang atas ni...okeh,secara jujurnya aku adalah pencinta emas. Aku terasa berat dan lokeknya lah nak habiskan duit kepada aksesori yang tak berapa ada 2nd value ni, kalau tak nak boleh dijual semula tapi itu lah..nilainya hanya kepada mereka yang betul2 nak jer,tak boleh gadai orang kata. 
Oleh kerana itu aku dah ada sebijik charms bling2 emas 916 taruk masuk situ bracelet Pandora.
Aku bukan beli kat Pandora, itu sebenarnya loket emas jual kat Wah Chan, aku agak lobangnya besar dan boleh pulak masuk kat bracelet Pandora tu, apalagi angkat la satu,berseri sket.

Dah la, lepas ni aku tak pasti masih nak menambah charm2 Pandora ni atau tidak, bergantung kepada kerelaan aku untuk membeli, sebab setiap kali beli aku mesti cakap dalam hati "kalau beli emas lagi berbaloi"
Maka terpaksalah laki aku yang belikan...hehe!

1 comment:

Syadz said...

salam, saya pun termengidamkan pandora jugak..hihi tapi alhamdulillah, dah dapat beli satu gold pandora charm, eh eh cam same jer..cam same jer gold charm kite hihi

mmg puas hati..nanti kumpul lagi..untuk setiap pencapaian dlm hidup..apa salah reward diri kan..nak tengok charm saya, visit my blog ye

http://www.syadzilamustafa.blogspot.com

Popular Posts