Showing posts with label Hari Raya 2009. Show all posts
Showing posts with label Hari Raya 2009. Show all posts

Thursday, September 24, 2009

On tHe DaY oF HaRi RaYa 2009!!

Ha...inilah potret raya kami sekeluarga untuk tahun 2009!
Ntah apa apa ntah..part Zidan tu..selekeh jer ku tengok dia..papa lah ni..tak kasi adjust baju dia cecantik! Lengan baju sebelah panjang sebelah senteng.GGrrrrrr!!




Kami dengan tema purpple ciptaan haku.Ntah apa apa..asal purpple!

Haaaa...ini anak bujang in action!


Ewaahhh! Ini gambar masa kami dah keluar nak balik kampung papa kat Gemencheh, jarak masa perjalanan adalah 20 minit.


Tetapi...sebab hari raya..makanya kampung papa dilanda jammed kalah kat KL, nak keluar simpang ajer beratur nak 15 minit.
Lokasi gambar : Simpang 3 Felda Pasir Besar

ThE DaY BeFoRe HaRi RaYa!!

Haaa...yang ni pulak action captured on the day before Hari Raya, hari itu ialah hari Sabtu, kami tak ke mana mana sebab MIL dah sibuk nak masak masak, kat nogori ni memang wajibun bakar lemang & lauk wajibun kat sini (umah MIL) ialah Rendang Maman!


Haaa..itulah rendangnya..time ni belum masak lagi.



Ohhh..setelah mama Zidan penat melayan Zidan..tiba pulak giliran papanya melayan!


Petang tu dalam pukul 3 kami ke pekan Gemas, membeli sikit barang2 keperluan yang masihlah tak cukup2. Ku beli brooch sebutir dua, Che Am nak carik butang baju Melayu & BIL nak belikan adiknya & FIL baju Melayu. On the way to Gemas ...these two little babies tidur!





Malam tu macam biasa..Feesa nak main munger api...tapi kali ni papa nya join sekali.
Tunggu next entry pulak yer!!

2 DaYs BeFoRe HaRi RaYa !!

Ok....
semua ni gambar masa 1st day kami nak nak balik kampung, masa tu hari Jumaat.

So, sebelum balik kampung...wajibun kami pergi ke rumah nenek dulu untuk 'beraya'. Setelah selesai sessi 'beraya' kami tu, kami terus ke Salam Medical Centre, sebab Zidan yang tak sihat tu nak buat nebulizer lagi sekali sebelum kami balik ke kampung.


Hari tu rupanya sangat terik panasnya...sian anakku Zidan sampai demam di buatnya .Mukanya merah padam sebab panas sangat, kami patah balik ke Salam Medical Centre tu untuk mintak ubat oral demam pulak, sebab Zidan dah tak larat nak makan ubat. Tengoklah..sian sangat!

Hari itu jugak..kereta berderet di highway dari KL-Seremban, di Nilai...banyak kaca kaca pecah bertaburan di tengah jalan.Rupanya berlaku kemalangan yang rasanya berpunca daripada kes break mengejut, adalah 7-8 bijik kereta tersadai sebelah jalan...& rasanya lebih banyak daripada yang kami nampak.Sebab time tu dah petang & rasanya accident tu terjadi lebih awal dari waktu yang kami sampai tu, makanya kereta2 yang accident tu dah di bawak ke bengkel.

Malam tu, macam biasa..Feesa mestilah menuntut janjinya nak main bunga api.

Popular Posts