Wednesday, January 15, 2014

Perancangan Awal untuk 2014

Assalam all...
bila belek-belek semula entry 2013, ternyata aku tak bawak anak-anak berjalan sangat..
aku cuma pegi Langkawi pada Mac 2013 4H3M, itu jer. Selebihnya cuma jalan2 sekitar sini jer.

Kesian anak-anak..
korang tengok tak rancangan Romantika Air Asia tak tv tu..masa tu kisah selebriti Ijoy dan Sharifah Sharifah, mereka bawak anak-anak mereka makan angin kat Legoland..
setiap anak aku menganga weh tengok cerita tu..sampai 2 kali mereka tengok, beria benor mereka.
Umar dah cakap "mama nanti kita pegi ye"
Hamzah dengan pelat2nya pun beria-ria mengajak.."nak igi egoland"
Aku iye kan aje la...tak pernah aku terpikir nak bawak mereka ke Legoland, tapi bila tenagok anak2 cam meleleh-leleh air liur nak pegi, walau tak pernah pun janjikan apa2, rasa mcm "Insya Allah, kalau ada rezeki untuk anak-anak aku bawakkan jugak budak2 ni nanti" aku doa dalam hati, semoga Allah perkenankan.

Kerana diary 2013 aku yang suntuk takde mende agenda yang menarik..
tahun ni aku dah mengagendakan beberapa percutian hujung minggu dan percutian akhir tahun, semua ini hanya rancangan semoga Allah perkenankan.

Cuti hujung minggu ni sempena Thaipusam aku nak pergi bawak anak-anak berkelah ke sekitar sungai yang berdekatan.
Cuti raya cina pulak, mungkin nak ke Fraser Hill, berkelah jugak.
Cuti sekolah bulan 3 - mungkin balik kampung
Cuti Bulan 5 - Legoland ke??ntah tak tau lagi
Cuti Merdeka - kita pegi berkelah lagi...haha
Cuti akhir tahun - Mungkin ke Sabah..Insya Allah...


at least keluar rumah gak la anak2 aku..tak kan lah asik nak memerap kat Shah Alam ni..balik-balik Giant, Tesco..sian!

Semoga perancangan ini dipermudahkan..Amin!

No comments:

Popular Posts