Tuesday, February 18, 2014

Semoga Berbahagia ....

Assalamualaikum semua,
Jumaat lepas aku cuti untuk menghadirkan diri ke majlis pernikahan kawan baik aku di bangunan JAIS.
Tak sangka kawan baik aku ni bertemu jodoh semula, aku doakan yang baik2 untuk semua kawan2 baikku yang sentiasa sedia bersusah senang selalu bersamaku.

Lepas majlis akad nikah kita orang pegi minum pagi kat Kedai Kopi Taman Tasik Shah Alam, lepas tu mula la masing buat hal sendiri, aku ngan geng2 kan suka sangat bergambor..sakan cam Bangla nak hantar gambar balik negeri kaedahnya. Haha...
apalagi nak buat kan..kawan aku ni pulak lepas nikah balik ikut mak ayah dia lagi, suami dia pun balik ikut mak ayah dia jugak...pulak,dah kenapa korang ni??

Hahaha...
kami pun apalagi...sebelum ni tak sempat nak celebrate hari membujang, dah lepas nikah baru nak bersakan sakan.
Aku tak bujang la kan....sedar diri okeh, isteri orang mak budak anak 3 aku ni...bangga tau!

Ini kawan baik aku Ida, masih single, masih menanti jodoh yang belum tiba, Insya Allah suatu hari nanti.

Yang ini dah berbelas tahun berjodohan..anak pun dah 3 = aku!!

Sajer tepek gambar pengantin yang jauh2...semoga berbahagia.

Last but not least, hero mak yang tersayang, aku bawak dia sekali tau dengan Encik Am ler ofkoz..time orang nak nikah tu la start dia melapar nak makan, nak makan..mak apalagi...suruh apok bawak dia turun sana cafe kasik dia makan. Budak2 apa ko nak kata kan bang..eheh!
Terlepas sessi laki aku nak feeling2 menikah ... huhuiiii!

Okeylah, nanti majlis resepsi akan di buat hujung bulan Mac kot, Insya Allah kita pegi lagi.



No comments:

Popular Posts