Wednesday, April 16, 2014

Aku Tak Patut Sesibuk Ini ...

Bila baca blog orang bawak anak sana sini,
masak itu ini untuk anak-anak
short vacay di mana-mana...
aku macam terlihat aku tersangat kurang melayan anak-anak lately...jeles sesangat
aku balik kerja paling cepat 7 malam sampai rumah...
ada sampai 1030 malam buat aku rasa sesuatu sangat...
Sejak takde air lagilah jarang aku dapat masak..seminggu ni aku cuma masak hari Ahad jer,
bila anak-anak makan masakan aku macam aku tak pernah masak...sedap-sedap katanya memuji...alahai anak...sedeh mak nak.

Tatkala sedang berada dalam situasi terbaik dalam kerjaya kita terpaksa mengorbankan sesuatu di sisi lain kita...ini ker yang aku mahu?? Untuk sementara... InsyaAllah anak-anak ...


My precious and love 

Tuesday, April 8, 2014

Product Review - Sunblock Heliocare SPF50


Kali ni nak beri review untuk produk Heliocare, a sun protection product based on Fernblock. Apa itu fernblock? Nak terang macam tak pandai tapi korang boleh baca kat sini HELIOCARE.

Doktor cakap, kita ni kakak-kakak cantik manis kena pakai sunblock setiap kali keluar rumah dan jugak ketika dalam rumah kalau tengah nak masak-masak hebat > banyak2 (sebab terdedah panas)
Tapi kalau tak masak hebat2 atau lama2 kat dapur tu tak pe lah kot, ko pakai topeng pun takde siapa kesah! hihi.

Aku pakai product ni sejak 3-4 bulan yang lepas, tepek2 kat muka macam pakai foundation tapi nipis jer yer. Teksturnya seperti compact krim walau nampak macam compact powder, cara nak tepek biar minimum ialah dengan tidak menggunakan span yang di sediakan tu, kalau ko pakai dengan span tu..haruslah habis tengah bulan depan.Nak beli lagi mau pikir 8 juta kali sebab mahal...kalau aku kata mahal korang kene percaya sebab aku walau dah biasa beli benda mahal tapi bila benda kecik toet ni harga RM160 aku dah rasa cam nak main kutu jer...dapat duit kutu baru boleh beli..hehe!



Kenapa kita kena pakai sunblock? Sebab bila kulit kita terdedah cahaya matahari, lagi2 musim panas kering sebelum2 ni..haruslah muka kering dan sel2 kulit muka bahagian paling luar burn maka kedut la dengan cepat, aku dah la baru buat Co2, sia2 jer nanti kesakitan 3-4 hari yang aku lalui tu kalau tak jaga selepas buat treatment tu kan.

Tau tak...sebab pakai sunblock ni jugak..terpelihara la warna kulit sedikit cerah yang aku dapat hasil Co2 treatment itu hari, kalau tak mesti jadik kulit asal semula, maklum walau bekerja dalam pejabat, tapi tiap kali nak pegi makan aku kena keluar jugak.

Beli kat mana? Kat farmasi aku kerja ada jual tapi cuma kat Cawangan Tesco Shah Alam dan kat Radiant Clinique semestinya.

Kalau tak nak beli brand ini pun tak pe, yang penting kita semua kena pakai sunblock SPF50 paling sikit, kalau kurang ianya tak begitu protect kulit muka kita, ini apa yang aku belajar..doktor yang ajar.aku ikut jer mana yang baik..dan haruslah di kongsi bersama. 

Apa aku buat ?

Assalamualaikum...
lama tak menulis, sedikit sibuk di opis buat aku malas nak serabut otak mikir nak temberang apa kat sini.

Tadi kelebet-kelebet resipi kat internet...
lama sungguh tak masak yang bukan-bukan kat rumah tu (hehe)..setakat ikan cencaru goreng 2 ekor malam tadi tak payah ler nak masuk resepi kat belog kan..mau kena sumpah seranah 4 keturunan aku pulak nanti.haha!
Resepi yang aku kelebet2 tu tadi telah menemukan aku dengan agar-agar santan gula merah...vavava manyak syiiioookk wwoooo..lagi pulak aku baru terbeli santan M&S kotak kecik tu harganya cuma RM1.90 je, eehhh murah ker? Murah la kot aku ambik 2 kotak sekali, okey dan sekarang aku tak ingat aku simpan kat mana?
Nanti malam kalau rajin .... kalau yer bukan pasti ... aku nak ler buat agar-agar ni, tapi nampak gaya cam tak mungkin terjadi sebab petang ni ada meeting, harus pulang ke sarang lewat dan letih lesu sentap dan terus tido.
Hahahaha...sengal aku ni memang gini, kalau penat mood ke lautan api gamaknya...tapi jarang la...malam tadi je kot sebab anak2 syorga aku asik terjerit2 satu sama lain, mereka fefeling kat hutan agaknya...nasiblah!

Apa lagi mau coret, sehingga ketemu dicoretan seterusnya, adakah aku akan mengisi blog dengan hasil masakan atau hasil mengorder di kedai makan sahaja?..tunggu...



Friday, March 28, 2014

Umar pun pandai selfie ...adoi la.



Semenjak kebelakangan ni dia dah pandai sangat buat video selfie sendiri..
bila aku selak gallery henpon, hambek kau...bersusun video selfie anak bujang ngan anak dara aku.
gelak sorang2 mak di buatnya...kenangan ni, sekejap jer masa berlalu, anak2 dah meningkat usia, dah pandai bawak diri dan semakin ingin berdikari, maksudnya sikit lagi mereka dah tak pedulikan kita lagi. Banyak lagi agenda dia nak buat, tuisyen la, sekolah la, main lah, jumpa kawan lah...

enjoy la yer dengar Umar menyanyi.hehe

Tuesday, March 18, 2014

Reverse Eskayvie - Product Riview

Salam...
Ada sesiapa dah pernah cuba Reverse daripada Eskayvie.
Aku dah cuba product ini buat pertama kalinya sejak awal bulan ini..
meh sini korang baca




Aku dah makan Reverse ni hampir 3 minggu...kesannya ..nak cakap menakjubkan macam overrated sangat tapi memang lebih dari yang di harapkan.
Actually aku tak de la harap apa-apa sangat, tapi sebab product ni ada jual kat farmasi aku keje ni maka haruslah menyokong barang2 jualan kompeni sendiri.
Tapi sungguh lah tak menyesal...mantop gitu!! hehehe cam gatal bunyiknya kan..nyampah aku!

Pasal tulisan Shatavari kat atas tu aku cam terkesima pulak membacanya = Wanita yang Mempunyai 100 Suami" gilo apo?? haduh..Power ker?? hahaha...jangan nak menggatal la..aku takkan la nak review pasal cerita queen bed aku kan...menjaga aib ye kita ni puan-puan semua.

Sesiapa belum pernah cuba, aku sarankan cuba....takkan rugi! Gerenti puas hati sebab memang akan nampak kesannya dalam masa 2 minggu...at least la walau mereka tulis 3 hari.

bab-bab menganjal tu memang terbukti, tapi bab-bab menegang otot perut tu aku cam tak nampak lagi..perut aku makin solid bulat lagi ada la..huhuhu malu la.


Deko Bilik Anak

Okey...
lama dah aku tak touch up mana-mana bahagian rumah sejak deko 2 tahun lepas,
kali ni aku nak kemaskan sikit bilik anak-anak
bagi dia orang seronok untuk tidor sendiri malam-malam.
Sabtu lepas aku dah kemaskan semua dalam bilik mereka...habuk,sawang,sampah, buku-buku lama jugak baju-baju sendat Feesa semua licin. Terima kasih kepada topeng kalis jerebu sebab bila aku kemas rumah berhabuk selalunya aku akan jatuh selesema lepas tu..sekarang dah pakai topeng maka kami semua selamat, eheh.

Tinggal satu lemari jer aku nak letak mana yer lepas ni...okeh...letak rumah mak la...buat simpan pakaian anak2 kat rumah mak...lemari tu kan ialah lemari laci dari aku umur 10 tahun..mak yang belikan buat aku simpan baju.Nostalgia sangat sebab masih boleh di gunakan.

Then ruang kosong tu aku nak letak ini. Dah decide pun perabot apa yang nak letak.



Haaaa...aku nak letak set Stuva ni.Combination nya seperti di atas tapi lemari sebelah kiri sekali tu aku tak nak.aku nak pasang wall shelf 2 ketul dah cukup.
Tunggulah bebila free aku masuk gambar...btw projek pun tak mula lagi.Mak busy la,a insyaAllah lepas projek KLIA2. Soon.

Friday, March 14, 2014

Selamat Hari Jumaat

Semoga hari Jumaat kali ini lebih banyak berkat dan rahmat dari Allah...
Insya Allah....

Malam tadi sebelum tidur aku mengulang baca buku Sirah Nabi Muhammad....
terasa rindu sekali..
malam tadi aku ada termimpi sesuatu tapi bila menjelang pagi ni aku tak berapa ingat..
nanti aku cuba fokus dan ingat kembali.

Ia adalah ayat peringatan dari seseorang, ayat itu di ulang 3 kali, waktu itu aku berada di antara dinding dan pintu yang terbuka.....

Masya Allah.........


nanti sambung lagi.

Thursday, March 13, 2014

Benjolan Kecil Di Belakang Leher ... Bahagian II

Kalau masih ingat dulu aku pernah cerita yang bahagian belakang leher aku ada seperti benjolan kecil seperti jelly atau apa yg aku tak pasti..tapi ia bergerak-gerak kalau di pegang.

Sebenarnya episod tu dah berlalu tapi sebab aku rasa ada orang yang mencari info tentang masalah yang lebih kurang aku mungkin, aku kongsikan kat sini apa yang telah aku jalani.

Aku pergi buat pemeriksaan lanjutan di Hospital Sungai Buluh, mula2 doktor cuma ambik sampel darah dan ukur kebesaran benjolan itu, masa pertama kali pegi tu benjolan memang agak besar..hampir 3cm!

Next appointment adalah lagi 6 minggu tak silap untuk keputusan ujian darah.
Keputusan ujian darah aku membuktikan tidak terdapat sel-sel kanser, semuanya nampak ok. Dan kemudian doktor mengukur saiz benjolan tersebut yang sudah mengecil sedikit dalam 1.5cm ke 1.7cm, tapi time tu doktor ambil sampel kat leher pulak.
Tau tak mcm mana dia ambik sempel tu?? Dia cucuk leher aku ngan jarum cam nak ambik darah tu sambil pusing2kan picagari tu...adoiiiii...gile sakit, berdenyut denyut leher aku 4-5 hari.

Berakhir episod tu dan tunggu lagi 4 minggu untuk reasultnya....
akhirnya result yang amat menggembiarkan..aku takde apa-apa penyakit tapi benjolan itu terjadi sebab jangkitan kuman..yang aku pun tak pasti dari mana? mungkin dari selesema atau batuk.


Wednesday, March 12, 2014

Hari Ke -5 ..... #MH370


Kisah ini bermula dan berakhir begini....

Manusia hidup bersama TEKNOLOGI ciptaannya yang maha hebat > boleh terbang di langit yang luas, pantas, besar dan mampu ke mana-mana > sistem itu dan ini yang mampu segala-galanya > kemudian ciptaan ini GHAIB tanpa boleh di kesan, hilang..full stop!> manusia menggerakkan lagi ciptaan canggih mereka yang sangat mustahil untuk tidak dapat menjejaki sang pesawat> kerana semua ini di bawa oleh teknologi yang di cipta manusia sendiri, tetapi HAMPA > Bermulalah episod mencari pertolongan sang PENCIPTA> meratap merayu, memohon dengan penuh harapan yang baik > Bila Allah mengIZINkan > maka BERTEMUlah kita dengan mereka > Yang akhirnya kita semua akan kembali kepada sebuah REALITI!> iaitu .....

Realitinya adalah sesuatu yang memang itu suratannya....sesuatu yang dari langit, laju dan berat .....
mengambil masa yang sangat lama untuk di jumpai..fikirkan lah..........

segalanya milik Allah..maka berserah lah.....

Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita.

Tuesday, March 11, 2014

Ia ghaib atas kehendak Allah .... # MH370

Masuk hari ke - 4 pencarian masih tiada bukti dan jalan yang jelas ke mana mereka hilang.
Team paranormal yang meminta bantuan jin pun ada berbagai informasi yang kurang sahih.
Kalau benar ia di situ segerakan lah mencari,
kalau masih belum di izin Allah untuk kita menemuinya jangan berputus harap, panjatkan doa dari tangan-tangan kita yang penuh dosa ini semoga kita semua di ampunkan dosa-dosa yang lalu.

Zikirlah dengan nama dan zat Allah

19
al-Alim
العليم
Maha Mengetahui (Memiliki Ilmu)

Selamat beramal, doa untuk #MH370

Hamzah is 3 !!

Masa umur dalam pantang


My apricot little baby is turn 3 today.
Alhamdullillah, terima kasih Allah atas kurniaanMu.

Monday, March 10, 2014

Doaku Bersamamu ...#MH370

Assalammualaikum semua,
aku cuma insan biasa yang punya hati yang rapuh, yang boleh saja bila2 menangisi sebuah tragedi yang tidak ada kena mengena dengan diri aku sekalipun.


Ini sesuatu yang tragik, yang sangat jarang berlaku dalam kehidupan kita di Malaysia juga di mana-mana negara sekalipun.Tetapi ianya tetap juga boleh terjadi kerana semua ini ketentuan Illahi, malah dugaan lebih besar juga mungkin boleh berlaku.
Aku berdoa semoga Allah merahmati mereka sama ada mereka hidup atau sebaliknya, kerana perancangan Allah ni lebih hebat dari apa yang kita selalu inginkan.Subhanallah.
Banyakkan berzikir, insya Allah jika di izinkan, kita akan ketemu dengan mereka sama ada buruk atau baik kerana itu tetap atas izinNya.



Thursday, March 6, 2014

Apa tu....Event Coordinator?

holaaa....
aku jadi cam sibuk pulak bulan ni..
padahal selalunya setiap bulan 3 jadi bulan aku berseronok-seronok sebab bulan hari lahir aku..
tapi nampaknya tidak untuk tahun ini.

Tak sangka2...selalu aku buat birthday party jer bulan 3 tapi nampak gaya kali ni aku kena organize sebuah event untuk company tempat aku keje ni.
Giler gelabah..aku tak pandai benornya dan tidak berpengalaman..
tapi Insya Allah dengan team member yang aku ada, aku harap dia org akan tolong aku....jadi tak jadi aku paksa sampai jadi.

Event tu akan berlansung pada 5/4/2014 - di bawah nama Mylife Healthcare Bukit Jelutong Carnival 2014.
Hah ...bagi kawan2 yang nak try buat laser treatment, aku pastikan Radiant Clinique akan beri diskaun istimewa dengan harga paling berpatutan, jangan lepaskan peluang.

Nanti aku update lagi.

Tuesday, February 25, 2014

Harga Emas Makin Mendaki

Salam all...
sejak sebulan lepas harga emas makin mendaki, pernah turun cuma 1-2 hari jer,kemudian naik dan kekal agak lama.
harga kedai komersil RM160/g dah seminggu.
Kuala Pilah me tak sure dalam RM129-RM130/g
Kedai KL macam Deen ialah RM139/g..
kalau nak murah lagi boleh pegi kedai Farah Jewel...slightly harganya murah sikit dari Deen, murah 1-2 ringgit jugak la.

Kalau macam ni...bila la nak penuh tabung emas aku nih??

Thursday, February 20, 2014

Pretzel - Synder's of Hanover - Kosher Food tahu atau tidak??



Assalamualaikum kawan-kawan...
lately ramai peniaga jual pretzel bersalut coklat dan macam2 lagi,
dulu aku pernah tanya kat seller online sama ada mereka buat sendiri pretzel mini ni atau beli yang dah siap kemudian just celup dalam coklat dan perisakan.
sebab aku tau pretzel mini ni ada di jual di kedai2 groceries mcm Cold Storage.
Dulu aku pernah beli sekali, harganya dalam RM13++ sepeket, tak habis aku makan kemudian aku sangsi sebab atas paket tu ada tulis Kosher Food.
Apa itu Kosher Food ?
Meh sini aku tepek

Answer: Kosher food is food prepared in accordance with Jewish Dietary Laws.

Apa itu Jewish Dietary Laws, korang boleh terus klik link di atas.

Walaupun ada beberapa website mengenai status halal pernah menyatakan yang produk Pretzel keluaran Synder's of Hanover (yang aku beli dan dalam gambar di atas) adalah berstatus halal...tapi sesuatu yang berkait terus >> lansung dengan penetapan Yahudi adalah sesuatu yang agak janggal untuk aku terima.
Mungkin ramai yang cakap..eleh benda makan lain yang adik beradik Yahudi ko tak ambik kira yang ni sibuk pulak nak berkira.
hhhhmmmm it's ok, kalau sungguh ianya halal maka kita tak terjerumus la makan makanan yang haram,Alhamdulillah... tapi aku jadi was-was dengan sokongan yang aku berikan (dengan membeli dan makan) untuk sejenis makanan yang dah siap2 cop Kosher Food.

Bangga ker?? I eat Kosher Food everybody!

Aku betul2 tak lena tidur kalau tak tulis perkara ni..at least aku dah tulis sesuatu untuk korang ambil peduli.

* Aku tak pernah tulis kata Pretzel ini tidak halal, kalau ianya diuli sendiri di rumah kemudian digentel bentuk reben, digoreng/bakar kemudian dicelup coklat dan dijual maka kita tak perlu berasa sangsi, aku yang sangsi dengan cop Kosher Food atas peket pretzel Synder's yang pernah aku beli tu* 

Makan-makan @ The Sumbs Cafe


Holla...
malam tadi kami pegi makan kat The Sumbs Cafe Seksyen 13 Shah Alam, tengok dalam instagram cafe ni dpat banyak feedback yang menarik so tak salah la kita cuba rasa makanan kat sini iye tak.
Oh yer, salah satu sebab cafe ni menjadi tumpuan ialah sebab dessert Dr Fazli tu ada jual sekali kat sini, tapi malam tadi aku tgk dessert dia cam kuih talam jer, maleh nak cuba...mungkin lain kali la kot.

Harga makanan sangat okey berbanding cafe2 lain yang menghidangkan makanan ala western ni, menu tak begitu pelbagai tapi sebagai sebuah cafe menu yang di tawarkan dah agak menarik.
Lagi satu aku sebenarnya suka pegi ke cafe yang ada pelbagai pilihan dessert, aku kan hantu kek dan segalanya ...molek benor la tu...excercise nak kempis perut konon!




Umar dengan menu kegemarannya, spaghetti carbonara, Feesa dengan spaghetti ala The Sumbs = pada aku biasa jer dan yang penting anak aku boleh terima so okey la tu.

Si kenit ni tak nak makan pulak, semalam aku order dessert ni, Panna Cotta ngko namanya. Rasa cam dadih bersama manisan berperisa strawberry, tak berapa manis, sedap2 di tekak. I like! Harganya RM4 sebekas.


Ini aku punya...chicken parmigiana.... nampak sedap tapi aku tak makan lansung sebab aku dah bedal spaghetti Feesa ngan Umar, Am pulak order set nasi kambing Samah..apa benda la tu?? kambing si Samah mana la pulak yang jadi lauk ni kan...ia adalah set nasi dengan lauk kambing cam nasik beriyani pun ada aku rasa. Ok-ok la. So yang set aku tu aku bawak balik bagi ayah aku...suka dia.


Yang ni pulak..churros namanya..rasa cam roti goreng gitu, ada sikit rangup then celup ngan coklat tu, adalah rasa. Hamzah gak yang makan,kongsi2 la anak beranak.

Overall aku kasik 3 star la, food presentation dalam kotak okeh, mereka takde pinggan kot, bagi aku tak begitu praktikal sebab semalam aku duduk 5 beranak kat meja yang 4 segi tu, order ada 5 jenis makanan habis bersempit2 atas meja tu, ko tau la kotak kan siap ada penutup bagai,dngan airnya lagi,dessertnya lagi.
Tapi kalau nak makan tak habis boleh terus angkut ler kotak tu balik rumah kan, pelayan kedai pun tak payah susah2basuh pinggan. But I think, cost untuk kotak tu ajer dah mahal malah tak mesra alam gitu.
Service sangat bagus okey, makanan sampai di meja tak sampai 15 minit, ini sesuatu yang pelanggan suka kalau masuk kedai makan.Orang dtg kedai makan sebab lapar kan, bukan suka nak tunggu lama2.Boleh bikin hati panas kalau lama benor menunggu.


Apa-apa pun..untuk tekak aku, the best western food you can get in town ialah di Dave's Deli.
Still my choice untuk kali ke entah berapa kali pun tak tau.

Wednesday, February 19, 2014

Aku - Ibu Yang Busy Sama Macam Anda

Kawan-kawan seangkatan semua,
kita ni semua jenis ibu-ibu yang busy kan?? malah yang suri rumah lebih busy dari yang bekerja di pejabat.
Macam aku...lahai la...lahai....rasa nak merangkak-rangkak naik bilik bila dah malam tu.

Jadual aku walau tak sepadat ibu2 yang bekerja di rumah tapi tetap menuntut kudrat jugak.
Bangun 0630 > subuh > siapkan Feesa nak sekolah > buat sarapan > mandi terus>siap2 nak pegi kerja
0725 > siapkan Umar pegi sekolah
0745 > angkut Hamzah kalau masih tidor dan hantar Umar pegi sekolah
0800 > sampai rumah mak, kemas2 rumah mak dulu
0840 > pegi kerja > jam bagai
0910 > baru sampai opis = relax la kejap

Jadual kerja aku ni sepatutnya hanya di office tapi sebab kekurangan tenaga kerja, aku selalunya akan keluar dengan another staff ke sana sini cari barang, meeting atau tengok other branch.
semalam aku sampai ke Cheras ngko..adoi letihnya lah, dah la panas berdengkang selamat tak kering aku dalam kereta tengah2 panas tu.

Belum sampai office dah doktor klinik sebelah call suruh datang bawak a few staff ke klinik, aku tak berapa dengar apa dia cakap semalam tapi katanya nak buat demo untuk removal hair. Aku pun sampai2 terus ajak 3,4 orang staff pegi tengok demo la katanya.
Sekali bukan tengok demo, dia nak demo kan aku ngan budak2 ni..ada mesin laser baru la pulak...mesin hilangkan bulu ketiak. Dah sudah dia suruh tunjuk ketiak sorang sorang...aduhai..aduhai..selamat bebudak ni tak berani nak sumpah aku..hahahaha mampus la aku pun mana tau. Sensorang tayang celah ketiak, tapi sorang jer yang layak nak kena laser,sebab ada bulu,kahkahkah malu budak tu. lagi sorang kena laser sebab ada jerawat, ntah mesin apa nanti aku buat review sebab aku tak buat lagi.

1800 > aku balik kerja . tempuh jam yang tak berapa heavy
1835 > sampai rumah > ambik anak3 umah mak > kena kemas umah mak dulu baru balik
1855 > sampai rumah > mandikan anak2 > aku pun mandi > masak > makan > solat maghrib > ngajikan Umar
2000 > keluar  lagik hantar anak umah mak balik > pegi fitness class pulak
2215 > habis kelas, ambik anak3 umah mak
2230 > mandi > solat > kemas rumah
2300 > tido
0230 > bangun lagi > Hamzah nak kencing pulak.

Gitu la aku sehari-hari kalau kat rumah, busy sikit kalau nak ke fitness class tapi kalau takde fitness class aku kene ajar anak2 belajar pulak.
Umar dah ada rutin yang bagus, lepas mandi time pukul 7-8 malam tu dia memang buat kerja menulis atau melukis selain pelajaran wajib dia lepas aku Maghrib > belajar Iqra.
Lepas Umar dah selesai Hamzah pulak..jangan tak tau budak ni lagi super duper semangat nak belajar dia kalah budak dah pegi sekolah. Kurang2 30 minit dia nak ngadap buku tau..mak kadang maleh tau...huhu,naseb la!




Meh tengok dia tengah melukis apa tu?? Dia cakap dinosor ngko....takde muka dinosor pun mak tengok tapi ko buat2 paham sudah.
Semoga aku terus sihat dan sabar melayan karenah anak3...now aku dah sedeh2 sebab Hamzah dah besar ngko..tengok la pegang pen pun dah pandai sangat.Sikit lagi pegi kerja dah anak bongsu aku ni..huhu!

Biar Perut Kempis Jangan Poket Kempis Sudah

Okeh...
setelah bersenam 4-5 kali aku semakin tahu apa yang aku nak betulkan (fit) badan aku ni...
berat badan ada sikit naik, masalah sama ngan kawan2 yang berhenti nyusukan anak...aku pun sama. Sebab Hamzah kan dah hampir stop breastfeed dengan aku >> dia lah satu-satunya anak yang menyusu penuh dari susu badan sahaja >> why hampir?? sebab sekali sekala dia akan tetiba terindu nak "bergayut" jugak..geli mak!haha

Selain dari berat sedikit maningkat, aku ialah berperut voncit! Tak banyak sikit je, cam ngandung 2 bulan gitu.huhu..sedey kot!

Jom kita cuba senaman perut mudah (iye la tu) yang tak payah keluar duit pun, yang penting biar perut kita kempis jangan poket yang kempis.


Okey mari pilih, mari pilih, mudah dan percuma lagi.Haha..1 hari set kan masa lebih kurang 15 minit waktu pagi dan 15 minit waktu malam (lepas2 maghrib tu ke kan)
Biar betul katoon ni....tangan kebelakang badan ke atas, mau terkehel tangan aku.eheh...
okey, 10 hari lagi aku tgk ada kesan tak senaman gini untuk perut aku.

Tuesday, February 18, 2014

Semoga Berbahagia ....

Assalamualaikum semua,
Jumaat lepas aku cuti untuk menghadirkan diri ke majlis pernikahan kawan baik aku di bangunan JAIS.
Tak sangka kawan baik aku ni bertemu jodoh semula, aku doakan yang baik2 untuk semua kawan2 baikku yang sentiasa sedia bersusah senang selalu bersamaku.

Lepas majlis akad nikah kita orang pegi minum pagi kat Kedai Kopi Taman Tasik Shah Alam, lepas tu mula la masing buat hal sendiri, aku ngan geng2 kan suka sangat bergambor..sakan cam Bangla nak hantar gambar balik negeri kaedahnya. Haha...
apalagi nak buat kan..kawan aku ni pulak lepas nikah balik ikut mak ayah dia lagi, suami dia pun balik ikut mak ayah dia jugak...pulak,dah kenapa korang ni??

Hahaha...
kami pun apalagi...sebelum ni tak sempat nak celebrate hari membujang, dah lepas nikah baru nak bersakan sakan.
Aku tak bujang la kan....sedar diri okeh, isteri orang mak budak anak 3 aku ni...bangga tau!

Ini kawan baik aku Ida, masih single, masih menanti jodoh yang belum tiba, Insya Allah suatu hari nanti.

Yang ini dah berbelas tahun berjodohan..anak pun dah 3 = aku!!

Sajer tepek gambar pengantin yang jauh2...semoga berbahagia.

Last but not least, hero mak yang tersayang, aku bawak dia sekali tau dengan Encik Am ler ofkoz..time orang nak nikah tu la start dia melapar nak makan, nak makan..mak apalagi...suruh apok bawak dia turun sana cafe kasik dia makan. Budak2 apa ko nak kata kan bang..eheh!
Terlepas sessi laki aku nak feeling2 menikah ... huhuiiii!

Okeylah, nanti majlis resepsi akan di buat hujung bulan Mac kot, Insya Allah kita pegi lagi.



Monday, February 17, 2014

Jazzercise Class !

Hollaa...
Last Thursday aku pegi fitness class kat fitness club office aku ni.
Buat pertama kalinya baru lah tetiba teringin nak join, ada kawan boleh la jugak mengagahkan diri, it's free okeh!
Kelas pertama yang aku hadir ini di panggil Jazzercise, guna stack block tu jer, tapi cam nak putuih urat perut aku dibuatnya. Non stop selama 1 jam buat aku betul2 sweating dan jantung aku berdegup laju....dup dap dup dap cam nak fengsan, orang ke kanan aku ke kiri, orang ke tepi aku ke atas...ala first time kan cam bengong2 la..hihi!

Tak mau kalah punya pasal sebab cikgu fitness tu ialah makcik2 umur dalam 45++ aku rasa...punyalah fit dia dok henjut2 kaki, bila aku tengok cermin apasalah aku hentak kaki perlahan benor?? Tak cukup energy namanya..malu jer.

Lepas satu jam....aku nak balik, hehehe kelas belum habis aku dok nak balik2 jugak...benornya cam nak pengsan dah tapi laki aku pun dah sampai, so cam kuat la jugak alasan tu kan...balik la dengan muka tak cukup oksigen tu kan.
Laki aku gelakkan jer...nanti la ko bang, perut I dah six pack nanti you pun I angkat sekali. Hambooiii ntah bila2 la nak jadik 6 pax nya tu.
Esok ada kelas Zumba kot....eeeeiiiiii cemana eeekkk? Aku ni kan...bab2 step menari memang kaku cam tiang la..orang pegi kiri aku pegi kanan dengan pergerakan kaki dan tangan yang tak boleh ikut rentak..memang failed habis tahap tak boleh repeat dah.
Harap aku tak memalukan diri sendiri di depan cermin nanti.ahahaha!

Wednesday, February 12, 2014

Workout Pants Yang Best!!

Okey,
sambung cerita aku join fitness class tu...
Macam biasa....aku kan kalau terlebih excited memang gini jadiknya...
Pengakuan terbuka sejak aku dah dewasa ni aku jarang beli training pants, kecuali yang brand Diadora tu..kainnya nipis cotton, setiap kali nak pakai kena gosok dulu kalau tak kelemot seribu, malu aku.
Itu la satu-satunya training pants/tracksuit yang aku ada, sebab aku kan selalu gi kogging ngan anak3 takkan nak pakai seluar jeans pulak.
Time aku rajin gi jogging tu ,masa tu jugak aku beli kasut jogging aku...


Haaa..yang ni la kasut kogging aku, dah setahun dah umurnya, pakainya baru lah tak sampai 10 kali aku rasa.Masih cantik sangat, so sesuai la sekarang bila aku dah ada aktiviti baru jadi kasut ni adalah gak keje nak buat dari dok dalam kotak je kan...sian ko!

Excited aku tak habis lagi, tadi kan cakap training pants takde la bagai...
jeng jeng3..haruslah aku beli yang baru.....yang aku suka dan selesa. Aku ni jenis memang suka yang cantik2 jer tau..maka yang cantik2 tu kalau murah harus sujud syukur tapi biasa asal aku pegang jer mesti mahal..asal aku telek jer mesti kempis poket aku.huh!


Yeeeaaaayyy puas hati dapat seluar yang comel dan selesa, aku beli pattern macam gambar belah kiri tu tapi warna stripe dia macam gambar kanan ni, aku pun tak pasti iye ke tak...sebab baru pakai sekali kan...
takpe nanti ada masa aku snap gambar real, yang ni aku beli kat Adidas outlet kat SACC Mall jer, mana lagi nak pegi, terjah Al-Ikhsan tak banyak pilihan dengan takde saiz bagai,takkan aku nak terjah semua tempat. Dah ada yang berkenan dan saiz yang sesuai aku bungkus je lah.
Lagi satu aku siap beli training tees nya..konon2 satu set la..
Laki aku cakap jangan excited kejap jer, beli baju mahal2. Okeh..paling koman pun aku mesti pegi fitness class  ni 20 kali untuk meng"halal"kan pembelian outfit senaman mahal aku ni.hihi

Malam ni ada kelas lagi, to be update.
Semoga orang lain jugak akan terpengaruh jugak untuk terus buat workout lepas ni.





Tuesday, February 11, 2014

I went To Fitness Class

Okey.....
nak bagitau aku telah menjoinkan diri ke fitness class berdekatan rumah aku, tapi aku tak lah jadi member kat fitness centre tu, aku just walk in dan ikuti fitness class yang telah dijadualkan dan kalau tak nak join fitness class aku boleh la guna fitness equipment yang ada kat sana.

Aku kan berangan nak mempunyai sebuah treadmill, oleh kerana saiznya sangatlah besar alam cam size katil single gitu, maka aku pendamkan je la.So kat sana aku dapat la berlari (berjalan actually) atas treadmill yang hebat.
Hari Sabtu lepas (8.30 malam) aku dah pergi kat fitness centre tu dan join buat fitness training buat pertama kalinya dalam hidup aku. Selepas dari malam tersebut hidup aku jadi "sakit urat satu badan"
hahahahaha.....tapi cuma hari Ahad jer aku sakit2 tangan,bahagian belakang dan sedikit sakit di bahagian abdomen.

Tapi kan...masa 1 jam lebih kelas tu..aku rasa cam tak cukup napas...selamat tak pikir nak muntah sebab kawan aku yang sorang tu...cam nak muntah2 bagai, kelakor sangat. Pengalaman pertama la katakan.
Ramai gak yang join, ada gak makcik umur dalam 48 kot, yang lain semua orang muda cam aku ni, yang lagi solid dari aku pun ada, aku ni ada la gak spare tyre di sana sini sebab anak pun dah 3, so kalau aku join nampak la sebabnya kan.

Tapi yang solid molid pun hado?? untuk kecergasan la aku pikir, semua orang harus bersenam benornya.Aku ni cam terlambat la jugak...dah tua bangka baru ada masa dan kesedaran nak bersenam bagai.

Aku jugak berjaya mengayuh basikal sejauh 1.65km malam tu jugak berjalan atas streadmill sejauh 1.5km, jauh aku jalan tu..hehehe. At least la, aku ada aktiviti yang bagus untuk diri aku.Okey, petang ni aku nakjoin Zumba class kat Menara Wellness (belakang opis ni je), esok pulak gi Aerobik class kat fitness centre tu dan hari Jumaat juga.

Fitness centre yang aku cakap tu ialah Anna Fitness Centre, Seksyen 23 Shah Alam. Belakang Tam Nasi Ayam - kalau walk in bayar RM5 (unlimited usage) kalau nak jadi member RM80/month.


Kesan Laser - Dulu dan Terkini




 
27/9/2013

2/10/2013
25/10/2013




30/12/2013

Terkini .....11/2/2014 -  selepas 8 bulan


Like seriously aku tak guna any camera application or filter yer, buat apa nak tipu, this is my experienced yang sebenar, mungkin orang lain akan dapat result yang lebih bagus tapi untuk aku result begini adalah tersangat baik untuk aku, what else I want? ooohhhh saya nak lagi satu kali buat Fractional co2, tunggulah bulan 6 nanti ker.
A friend of mine asik cakap, "kulit muka ko glowing la", glowing ker?
Laki me cakap..."kat luar nampak muka mak ko cerah..kat rumah gelap!" Iye lah bang, dah umah kita gelap, tingkap 2 bilah jer haruslah nampak suram  nyampesss!!
Itu sebab semua gambar aku tepek ni aku snap kat office, sebab kat opis aku ni terang bebenor, dengan tingkap takde tinted pasang lampu lagik siang hari..barulah korang leh nampak jeragat & parut jerawat aku tu semua.

Kepada sesiapa nak mencuba silakan, untuk 6 bulan pertama aku hanya buat medlite laser, untuk seratakan warna kulit muka, mematikan sel kulit yang tua, mengaktifkan collagen dll.
Last sekali bulan 12 hari tu aku buat Fractional Co2, dan inilah yang beri hasil yang superb, aku tak pasti kenapa selepas 6 bulan jer baru aku buat Co2, instead of pegi2 terus jer buat kan?
Nanti aku tanya doktor yer.

Untuk makluman, segala proses ini aku lakukan di Radiant Clinique, Bukit Jelutong Shah Alam dengan Dr Linda. Kalau ada sesiapa nak cuba boleh cakap you all baca dan dapat maklumat daripada membaca blog aku >>> mentioned la my name Umi...hehehe!
Contact mereka untuk sebarang pertanyaan, btw mereka memang selalu tau buat offer 1+1 atau apa2 offer, murah dan berbaloi.

03-78439101 - Shima atau Fathiha.

Monday, February 10, 2014

Masa Harga Emas Murah ....

Aku tengah menukar minat dari membeli emas perhiasan kepada emas simpanan,
orang kata cara nak lindungi kekayaan adalah dengan menukar duit kertas kepada emas.

eerrrrr...walau aku tak kaya, tapi dalam diri aku ni ada satu perjuangan nak kumpul kekayaan bukan untuk diri sendiri tapi untuk kelansungan hidup masa depan.
Setakat hari ini, aku masih kuat untuk mencari rezeki dan beri pada anak2, tapi nanti ... 10...15..20 tahun lagi, siapa puna tak tau nasib kita macam mana?
Yang penting kita dah bersedia.
Mengharap dan  menyalahkan pentadbir dalam segala kesulitan dan kepayahan hidup kita bukan satu jalan keluar kepada semua yang kita alami, aku tak nak masuk rancangan Bersamamu sebab tak boleh masukkan anak dalam universiti, masa senang tak hingat donia...dah kesempitan baru carik sejadah.


Target aku, aku mesti allocate kan anak3 at least 8 keping dinar (1 dinar) beserta 50gm emas setiap seorang bila mereka capai usia 18 tahun. Aku pikir masanya masih panjang dan target ini dah hampir 30% terlaksana, tapi jangan kita lupa.Harga emas ni takkan statik macam sekarang (yang dikira sedang turunharga harga).. dijangkakan harga emas pada 2020 ialah RM500/gram.
Terbeliak bijik mata, aku rasa by the time aku tak mampu kot nak beli walau sebentuk cincin.

By 2020, Feesa akan berumur 16 tahun (dah anak dares)
Umar dah 11 tahun (dah boleh sunat)
Hamzah pulak 9 tahun (cemana la agaknya dia)
dot dot dot dah berapa tahun pulak..(imaginasi jer ni kot2 ada anak kecik lagi kan, mana tau)

Aku?? Aku dah 40 tahun ... itu pun kalau kami masih panjang umur..Insya Allah, ameen semoga masih terus hidup untuk terus beribadah.

Adakah aku dah sampai seru untuk jadi pelabur emas yang tegar??
aku tak pandai jual insuran sebab aku pun takde insuran.
Tapi aku rasa aku tersangat minat emas...eloklah aku selangkah lagi barangkali ....

Tunggu.....

Hamzah & Asthma

Okey, hari ni nak tulis something about my 3 year old boy Hamzah, orangnya sedikit garang malah terlebih garang dari Umar yang sangat pelembut dan penyayang. Sesuai lah kot dengan namanya tu..HAMZAH.
Tapi jugak, kesihatan budak Hamzah ni adalah sangat fragile dan sensitif dengan persekitaran dan pemakanannya.
Dari kecik dia ada asthma, aku kaji semula asthma dia terjadi bukan disebabkan oleh perubahan cuaca atau kerana dia batuk atau deam atau selesema, tapi selalunya di sebabkan alahan pada makanan.
Pernah dia asthma sebab makan buah terlebih, kena asthma bila makan coklat terlebih dan yang terbaru makan gula2 banyak benor lansung kena asthma paling teruk, hampir nak kena admit di hospital.
Masalah di sini, suami aku jenis suka bawak anak pegi kedai, asal meronda mesti masuk kedai, kedai kedai kedai,ntah berapa hengget nak belanja budak2 ni ke kedai setiap hari pun aku tak tau.
Suatu petang (last week) papanya macam biasa bawak pegi kedai, budak kecik bawak balik air kotak Laici dan gula2 macam Tic Tac tu tapi bukan,jenama cokia rasanya.
Dia makan gula2 tu banyak2 walaupun tak la sedap benor, kemudian dia keluarkan balik,masuk mulut balik dan aku nampak terus buang.
Start dari malam tu..dia batuk2 dan terus semput yang teruk, napasnya berbunyik2 tak boleh tidor malam.


Hari Ahad aku bawak gi hospital Salam dan budak kecik ni kena neb 4 kali okeh...4 kali, tgh hari 2 kali dan malam pun 2 kali, doktor suggest suruh admit hospital tapi aku tak nak.
Malam tu lepas neb ke 4 dia bolehtidor lena, napas dah kurang bunyik tapi masih ada.
Esok paginya aku bawak sepital lain pulak..aku bawak gi DEMC dan doktor sahkan asthmanya dan berkurang, ada sikit dalam 20% dan dia bagi neb sekali lagi.


Ini gambar masa ambik neb kat DEMC, takut Hamzah sebab kat sini asap nebnya tu membuak2..hahah,nasiblah dik, selamat dah sihat.
Tapi la ni....tangan kanan dia kena gigit sesuatu pulak, bengkak mengelembung..tembab je nengok.Tapi gatal2....tak tau la kenapa lagi si buak kecik ni.
Nampak gaya kena beli Hamzah medical insuran la macam ni. 



Shopping Baju Raya ....??

Salam Isnin,
Kalau tulis tajuk gini mesti ramai yang terjah
baru bulan 2 dah nak shopping baju raya??
Benornya kawan baik aku kalau jadi nak gi USA bulan 3 ni nanti, agak2 ada sale apa agaknya kat sana masa tu?
Dia akan singgah Tanger,Barstow - Oh iye itu ialah nama sebuah Factory Outlet di salah satu tempat yang beliau akan melawat nanti.
Orang lain yang nak melancong, aku yang buat surveynya..hahaha, over excited aku nak mengirim so kenalah buat research sikit...mudah la kot keje kawan aku tu nanti nak memenuhkan impian shopping aku.

Jangan tak tau, baju kurung raya aku pun dah siap tempah, langsir pun sama.So takde la heran benor kalau aku nak mula shopping baju boboy dan apoknya lepas ni. Maklum kat sana lebih murah lagi pulak dah ada yang memang nak ke sana kan....sekali jalan orang kata, eehh tak aku yang kata.hehehehe!


Ok lah..sesambil buat list sesambil kira duit tabung, sikit je pun aku nak ngirim bukan nak bukak kedai pun kan.Yang penting, dapat yang murah dari harga kat Malaysia raya ni.

Tata!

Thursday, February 6, 2014

Hamzah & Kumon

Salam all,
lama tak menulis banyak hal rumahtangga nak kena settle, mak ayah pulak dilanda dugaan menimpa-nimpa harap mereka sihat2 jer.

Hari ni nak tulis pasal Hamzah dan Kumon Workbooks nya, minggu lepas aku dah belikan dia satu lagi buku mewarna Kumon

Dah 15 muka dia buat latihan, aku stop kan kejap sebab nanti bukunya habis mak kena marah pulak. Dia tu kalau angin rajin datang, satu malam terus buat 5-6 mukasurat kalau boleh tak nak berenti,nanti kalau habis dia ngamuk sakan.Adoooiii laaa...
So dah 2 malam dia tak mewarna tapi belajar iqra' dan sebelum tidur mengulang Peter & Jane.


Mari tengok, motor-skills bertambah bagus. Cara pegang crayon pun dah sangat yakin, dah boleh gerakkan tangan untuk mewarna instead of menyorong tarik jer tangan dia sebelum ni. Maksudnya dia dah hampir mahir menguasai cara menggunakan pencil/crayon, itu tujuan sebenar buku ini di terbitkan, menagajar anak2 seawal 2 tahun cara/membiasakan jari untuk menggunakan pensil, rugi aku tak praktik pada Umar lebih awal sebab sampai la ni perkembangan Umar setaraf dengan Hamzah jer, Umar yang sikit lambat atau Hamzah lebih cepat pun aku tak pasti.

Bila Hamzah dah habis warna bulatan putih tu, mak kena baca perkataan APPLE kuat2 sambil tunjuk perkataan tu, idoklah aku menjerit cam tarzan APPLE,APPLE gitu...sakit jantung jiran aku nanti,sebolehnya biar anak tu pandang pada tulisan tu dan kemudian menyebutnya. Sekarang setiap kali kami mengulang buku ni, bila aku tanya mana Apple, dia akan tunjuk perkataan Apple tu bukan kepada objek apple tersebut.

Seronok tau kalau dapat ajar anak2 kat rumah walau kadang kala time aku penat, aku cam teremosi sikit mengajar anak, Umar lari rumah 2 malam lepas sebab takut aku ajar dia Iqra',hahahaha! Sorry la nak, mak memang takde skill mengajar, tapi tau la cemana nak "pandaikan" anak sendiri.hheheheh!






 Ini antara buku-buku KUMON dalam kategori First Steps Workbooks, lepas ni aku nak ajar Hamzah cara guna gunting pulak, aku akan beli buku Let's Cut Paper!




New Polar FT7 - SOLD

Set ini telah di jual kepada seseorang,
sila sms 0185704633 untuk pertanyaan atau pesanan, sekarang takde ex-stock kalau nak kena order within 1 week boleh pos.
Harga pasaran RM429, my price?? 



Polar FT7 Heart Rate Monitor Specs
Specification
Description
Best use
Cross-training
Digital
Chest strap
Yes
Yes
Yes
No
Yes
No
Yes
No
Windows / Mac
Yes
No
Yes
Backlight
Yes
1.2 x 1.5 inches
Yes
1 year
50 meters
1.1 ounces
Unisex
Analog or Digital
Heart rate sensor type
Heart rate target zone(s)
Time in target zone
Average heart rate
Recovery heart rate mode
Tracks calories burned
Speed/distance
Exercise log
Wireless communication
OS compatibility
Stopwatch
Countdown timer
Alarm
Illumination
Time display
Dimensions
User replaceable battery
Average battery life
Water-resistant depth
Weight
Gender

Popular Posts