Thursday, February 20, 2014

Makan-makan @ The Sumbs Cafe


Holla...
malam tadi kami pegi makan kat The Sumbs Cafe Seksyen 13 Shah Alam, tengok dalam instagram cafe ni dpat banyak feedback yang menarik so tak salah la kita cuba rasa makanan kat sini iye tak.
Oh yer, salah satu sebab cafe ni menjadi tumpuan ialah sebab dessert Dr Fazli tu ada jual sekali kat sini, tapi malam tadi aku tgk dessert dia cam kuih talam jer, maleh nak cuba...mungkin lain kali la kot.

Harga makanan sangat okey berbanding cafe2 lain yang menghidangkan makanan ala western ni, menu tak begitu pelbagai tapi sebagai sebuah cafe menu yang di tawarkan dah agak menarik.
Lagi satu aku sebenarnya suka pegi ke cafe yang ada pelbagai pilihan dessert, aku kan hantu kek dan segalanya ...molek benor la tu...excercise nak kempis perut konon!




Umar dengan menu kegemarannya, spaghetti carbonara, Feesa dengan spaghetti ala The Sumbs = pada aku biasa jer dan yang penting anak aku boleh terima so okey la tu.

Si kenit ni tak nak makan pulak, semalam aku order dessert ni, Panna Cotta ngko namanya. Rasa cam dadih bersama manisan berperisa strawberry, tak berapa manis, sedap2 di tekak. I like! Harganya RM4 sebekas.


Ini aku punya...chicken parmigiana.... nampak sedap tapi aku tak makan lansung sebab aku dah bedal spaghetti Feesa ngan Umar, Am pulak order set nasi kambing Samah..apa benda la tu?? kambing si Samah mana la pulak yang jadi lauk ni kan...ia adalah set nasi dengan lauk kambing cam nasik beriyani pun ada aku rasa. Ok-ok la. So yang set aku tu aku bawak balik bagi ayah aku...suka dia.


Yang ni pulak..churros namanya..rasa cam roti goreng gitu, ada sikit rangup then celup ngan coklat tu, adalah rasa. Hamzah gak yang makan,kongsi2 la anak beranak.

Overall aku kasik 3 star la, food presentation dalam kotak okeh, mereka takde pinggan kot, bagi aku tak begitu praktikal sebab semalam aku duduk 5 beranak kat meja yang 4 segi tu, order ada 5 jenis makanan habis bersempit2 atas meja tu, ko tau la kotak kan siap ada penutup bagai,dngan airnya lagi,dessertnya lagi.
Tapi kalau nak makan tak habis boleh terus angkut ler kotak tu balik rumah kan, pelayan kedai pun tak payah susah2basuh pinggan. But I think, cost untuk kotak tu ajer dah mahal malah tak mesra alam gitu.
Service sangat bagus okey, makanan sampai di meja tak sampai 15 minit, ini sesuatu yang pelanggan suka kalau masuk kedai makan.Orang dtg kedai makan sebab lapar kan, bukan suka nak tunggu lama2.Boleh bikin hati panas kalau lama benor menunggu.


Apa-apa pun..untuk tekak aku, the best western food you can get in town ialah di Dave's Deli.
Still my choice untuk kali ke entah berapa kali pun tak tau.

No comments:

Popular Posts