Kali ni nak beri review untuk produk Heliocare, a sun protection product based on Fernblock. Apa itu fernblock? Nak terang macam tak pandai tapi korang boleh baca kat sini HELIOCARE.
Doktor cakap, kita ni kakak-kakak cantik manis kena pakai sunblock setiap kali keluar rumah dan jugak ketika dalam rumah kalau tengah nak masak-masak hebat > banyak2 (sebab terdedah panas)
Tapi kalau tak masak hebat2 atau lama2 kat dapur tu tak pe lah kot, ko pakai topeng pun takde siapa kesah! hihi.
Aku pakai product ni sejak 3-4 bulan yang lepas, tepek2 kat muka macam pakai foundation tapi nipis jer yer. Teksturnya seperti compact krim walau nampak macam compact powder, cara nak tepek biar minimum ialah dengan tidak menggunakan span yang di sediakan tu, kalau ko pakai dengan span tu..haruslah habis tengah bulan depan.Nak beli lagi mau pikir 8 juta kali sebab mahal...kalau aku kata mahal korang kene percaya sebab aku walau dah biasa beli benda mahal tapi bila benda kecik toet ni harga RM160 aku dah rasa cam nak main kutu jer...dapat duit kutu baru boleh beli..hehe!
Kenapa kita kena pakai sunblock? Sebab bila kulit kita terdedah cahaya matahari, lagi2 musim panas kering sebelum2 ni..haruslah muka kering dan sel2 kulit muka bahagian paling luar burn maka kedut la dengan cepat, aku dah la baru buat Co2, sia2 jer nanti kesakitan 3-4 hari yang aku lalui tu kalau tak jaga selepas buat treatment tu kan.
Tau tak...sebab pakai sunblock ni jugak..terpelihara la warna kulit sedikit cerah yang aku dapat hasil Co2 treatment itu hari, kalau tak mesti jadik kulit asal semula, maklum walau bekerja dalam pejabat, tapi tiap kali nak pegi makan aku kena keluar jugak.
Beli kat mana? Kat farmasi aku kerja ada jual tapi cuma kat Cawangan Tesco Shah Alam dan kat Radiant Clinique semestinya.
Kalau tak nak beli brand ini pun tak pe, yang penting kita semua kena pakai sunblock SPF50 paling sikit, kalau kurang ianya tak begitu protect kulit muka kita, ini apa yang aku belajar..doktor yang ajar.aku ikut jer mana yang baik..dan haruslah di kongsi bersama.
Kalau tak nak beli brand ini pun tak pe, yang penting kita semua kena pakai sunblock SPF50 paling sikit, kalau kurang ianya tak begitu protect kulit muka kita, ini apa yang aku belajar..doktor yang ajar.aku ikut jer mana yang baik..dan haruslah di kongsi bersama.
No comments:
Post a Comment