Kalau masih ingat dulu aku pernah cerita yang bahagian belakang leher aku ada seperti benjolan kecil seperti jelly atau apa yg aku tak pasti..tapi ia bergerak-gerak kalau di pegang.
Sebenarnya episod tu dah berlalu tapi sebab aku rasa ada orang yang mencari info tentang masalah yang lebih kurang aku mungkin, aku kongsikan kat sini apa yang telah aku jalani.
Aku pergi buat pemeriksaan lanjutan di Hospital Sungai Buluh, mula2 doktor cuma ambik sampel darah dan ukur kebesaran benjolan itu, masa pertama kali pegi tu benjolan memang agak besar..hampir 3cm!
Next appointment adalah lagi 6 minggu tak silap untuk keputusan ujian darah.
Keputusan ujian darah aku membuktikan tidak terdapat sel-sel kanser, semuanya nampak ok. Dan kemudian doktor mengukur saiz benjolan tersebut yang sudah mengecil sedikit dalam 1.5cm ke 1.7cm, tapi time tu doktor ambil sampel kat leher pulak.
Tau tak mcm mana dia ambik sempel tu?? Dia cucuk leher aku ngan jarum cam nak ambik darah tu sambil pusing2kan picagari tu...adoiiiii...gile sakit, berdenyut denyut leher aku 4-5 hari.
Berakhir episod tu dan tunggu lagi 4 minggu untuk reasultnya....
akhirnya result yang amat menggembiarkan..aku takde apa-apa penyakit tapi benjolan itu terjadi sebab jangkitan kuman..yang aku pun tak pasti dari mana? mungkin dari selesema atau batuk.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
No comments:
Post a Comment