Kawan-kawan seangkatan semua,
kita ni semua jenis ibu-ibu yang busy kan?? malah yang suri rumah lebih busy dari yang bekerja di pejabat.
Macam aku...lahai la...lahai....rasa nak merangkak-rangkak naik bilik bila dah malam tu.
Jadual aku walau tak sepadat ibu2 yang bekerja di rumah tapi tetap menuntut kudrat jugak.
Bangun 0630 > subuh > siapkan Feesa nak sekolah > buat sarapan > mandi terus>siap2 nak pegi kerja
0725 > siapkan Umar pegi sekolah
0745 > angkut Hamzah kalau masih tidor dan hantar Umar pegi sekolah
0800 > sampai rumah mak, kemas2 rumah mak dulu
0840 > pegi kerja > jam bagai
0910 > baru sampai opis = relax la kejap
Jadual kerja aku ni sepatutnya hanya di office tapi sebab kekurangan tenaga kerja, aku selalunya akan keluar dengan another staff ke sana sini cari barang, meeting atau tengok other branch.
semalam aku sampai ke Cheras ngko..adoi letihnya lah, dah la panas berdengkang selamat tak kering aku dalam kereta tengah2 panas tu.
Belum sampai office dah doktor klinik sebelah call suruh datang bawak a few staff ke klinik, aku tak berapa dengar apa dia cakap semalam tapi katanya nak buat demo untuk removal hair. Aku pun sampai2 terus ajak 3,4 orang staff pegi tengok demo la katanya.
Sekali bukan tengok demo, dia nak demo kan aku ngan budak2 ni..ada mesin laser baru la pulak...mesin hilangkan bulu ketiak. Dah sudah dia suruh tunjuk ketiak sorang sorang...aduhai..aduhai..selamat bebudak ni tak berani nak sumpah aku..hahahaha mampus la aku pun mana tau. Sensorang tayang celah ketiak, tapi sorang jer yang layak nak kena laser,sebab ada bulu,kahkahkah malu budak tu. lagi sorang kena laser sebab ada jerawat, ntah mesin apa nanti aku buat review sebab aku tak buat lagi.
1800 > aku balik kerja . tempuh jam yang tak berapa heavy
1835 > sampai rumah > ambik anak3 umah mak > kena kemas umah mak dulu baru balik
1855 > sampai rumah > mandikan anak2 > aku pun mandi > masak > makan > solat maghrib > ngajikan Umar
2000 > keluar lagik hantar anak umah mak balik > pegi fitness class pulak
2215 > habis kelas, ambik anak3 umah mak
2230 > mandi > solat > kemas rumah
2300 > tido
0230 > bangun lagi > Hamzah nak kencing pulak.
Gitu la aku sehari-hari kalau kat rumah, busy sikit kalau nak ke fitness class tapi kalau takde fitness class aku kene ajar anak2 belajar pulak.
Umar dah ada rutin yang bagus, lepas mandi time pukul 7-8 malam tu dia memang buat kerja menulis atau melukis selain pelajaran wajib dia lepas aku Maghrib > belajar Iqra.
Lepas Umar dah selesai Hamzah pulak..jangan tak tau budak ni lagi super duper semangat nak belajar dia kalah budak dah pegi sekolah. Kurang2 30 minit dia nak ngadap buku tau..mak kadang maleh tau...huhu,naseb la!
Meh tengok dia tengah melukis apa tu?? Dia cakap dinosor ngko....takde muka dinosor pun mak tengok tapi ko buat2 paham sudah.
Semoga aku terus sihat dan sabar melayan karenah anak3...now aku dah sedeh2 sebab Hamzah dah besar ngko..tengok la pegang pen pun dah pandai sangat.Sikit lagi pegi kerja dah anak bongsu aku ni..huhu!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
No comments:
Post a Comment