Semalam petang aku keluar awal dari office sebab nak bergegas ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Tujuan utama sebab nak menghantar emak kampung (mertua) pergi menunaikan fardhu haji.
Beliau menaiki penerbangan ke 36 dari KLIA pukul 1 pagi.
Kali terakhir aku menghantar jemaah haji ??? HHHmmmmm aku rasa 27thn yang lalu mungkin...aku pun hampir tak ingat bila tapi aku memang pernah ke sana menghantar arwah atuk masa tu nak tunaikan haji.
Keadaan waktu tu penuh sesak dengan rombongan keluarga yang datang..sama seperti semalam.
Harapnya anak2 ku jugak merasa memori seperti yang aku rasakan masa aku kecik dulu.
Kalau dulu banyak orang jual mainan sorong2 dan berkepak tu..kali ni takde. Tapi banyak yang jual belon helium macam2 bentuk, yang pasti harganya sanagt mahal. RM8 sebijik, mak aiii nak gi haji balik hari ke bang?
Bagi mak-mak tegar cam aku ni...aku buat tak layan jer bila anak aku mintak, aku seboleh-boleh tukar topik lain bila anak aku mintak belon.
8 hengget okeh..aku nampak ramai jugak yang beli,pada aku tak salah membeli tapi punyalah banyak yang terlepas dari besi pemberat tu dan melekat kat ceiling khemah menunggu tu.Khemah tu tinggi beb, dalam 30 meter ke atas, aku jer gigih panjat kalau belon anak aku terbang..hahaha!
For me..8 ringgit is money that you can buy something else worth it. Jadi pengguna kena bijak, tak mati pun anak aku tak dapat belon, elok jer, nangis dalam 5 minit belikan air tin terus senyap!Selamat duit mak.
Suasana dalam khemah menunggu sangat hingar bingar, panas berkuap, ramai family yang bawak bekalan makanan mcm berkelah, aku jer tak bawak apa2, tapi mak aku dah siap2 masak dari rumah.Aku tinggal makan jer..dah la lapor benor lunch tak makan semalam. Siap bertambah2 aku..dasar tak pegi haji...hihii!
Dok terpikir aku agaknya kat Mekah/Madinah esok macam ni jugak ker?? Hingar bingar panas berkuap?? Ntah la yer.
Sebelum 9.30 mak dah nak masuk balai berlepas TH, sessi bersalam-salaman peluk cium dan berjujuran air mata bermula, sebak jugak tapi aku doakan yang baik2 sahaja untuk mak.Semoga mak berseronok di sana. Berseronok beribadat di tanah haram, tempat yang ingin di tuju oleh semua umat Islam, Insya Allah.
Tetiba aku pun terbit di hati nak pegi haji jugak.... tapi aku nak pegi ngan Mr Am Insya Allah ...amin!
Makkk..ramainya umat! Kesian mak aku pegi sendiri, harap2 mak kuat menharungi lautan manusia demi memenuhi rukun Islam ke-5.
Amiiinn!
2 comments:
Opis aku depan tabung haji tu ammi ooiii .. hihihi.
Seronokkan tengok org pi Haji, tak sabar2 bila la jemputan utk aku pi sana lagik. Tempat yang paling seronok & tenang..mmg takkan jumpa kat mana2. huhuhu.
Aku tau..aku cakap ni tempat keje Nieza ni..hihihihi,aku sampai dah petang ler
Post a Comment