Wednesday, September 18, 2013

Dia dah besar ....

lama tak update pasal Umar Zidan..
anak tengah mak ni..
aku tak nak sebut tapi perbuatan aku selalu membuktikan bahawa aku ada "anak kegemaran"
laki aku jugak suka sebut perkataan "anak omeh omak kau" bila sesuatu perkara aku buat untuk Umar
well said...mungkin elemen favouritism tu terserlah kot bila aku melayan Umar,
tapi aku selalu ingatkan Feesa terutamanya yang Umar lah anak aku yang paling sikit masa bermanja dengan aku.
Aku mengandungkan dia masa usia Feesa hampir 4 tahun,
sedangkan aku mengandungkan Hamzah masa Umar berusia 14bulan, masa yang kita patutnya timang2 dia penuh kasih sayang.
Awal2 pregnantkan Hamzah aku dilanda kepenatan yang extra jugak ler...
kadang aku dah balik keje tapi aku tak larat nak jemput dia kat umah Opah Peah..selalu bila dah petang2 aku ambik dia, dia melekap muka kat celah2 gate rumah Opah nya tu..sedih.
Tapi nak buat macam mana...3 bulan pertama aku banyak keletihan..Encik Am pulak masa tu kerja cam kompeni bapak dia..dia kuli dia boss, tapi tak jadi boss jugak. Maka aku jer lah hadap anak2 aku lepas balik kerja.

Atas sebab itu aku selalu lebihkan masa dan perhatian aku pada Umar sekarang ni...
dia jugak anak yang extra caring pada aku sebenarnya...orang kata anak lelaki memang begitu. Kalau begitu Alhamdulillah sangat..memang itu doa aku hari2.
Hari Isnin aku balik dari kampung, aku singgah belikan Umar seluar basahan duduk rumah kat kedai2 ekonomi di pekan Bahau..masa tu dia tidur. Aku beli jer, dapatlah baju jersi Malaysia sepasang dan seluar basah 2 helai.
1 jam kemudian dia bangung dan Feesa tunjukkan seluar aku belikan tu...
1 minit lepas tu dia terus cakap "terima kasih mama sebab belikan Umar seluar"
Inilah butir2 bicara dia yang selalu buat aku rasa sayang sangat kat Umar. Hamzah pun ada jugak ciri2 mengucap terima kasih pada aku setiap kali tolong dia...tapi anak perempuan aku memang berbeza. Tapi dia jugak banyak dah boleh di harap...
Feesa dah boleh memasak nasik dengan baik tanpa perlu aku sukatkan airnya sejak umur 8 thn lagi. Dasar pandai makan haruslah pandai masak nasik kan.



Umar sama macam budak lelaki lain aku rasa (harapnya sama)
lasak dia boleh buat orang ingat aku tak pandai didik anak..
dia suka terjerit2, berlari dan baring2 kat lantai di tempat awam macam mall,kedai atau klinik atau mana2 pun. Bukan sebab mengamuk tapi sebab dia bermain...bermain lari2 sambil jerit2 dan kadang kala baring di lantai..hamboi!
Sekali pandang memang rasa nak lenyek jer..tapi aku biar jer anak aku tengah mengasah motor skill dia supaya lebih mudah menerima maklumat (la sangat)

Doa aku semua sama untuk anak3 aku supaya mereka jadi anak yang soleh,taat perintah Allah dan Rasulnya,menghormati  dan menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya serta di tetapkan imannya, Insya Allah!

No comments:

Popular Posts