waktu ini harga emas semakin menjunam sejak 2 minggu yang lalu
HArga hari ni cuma RM129/g di Kuala Pilah
RM135/g di KL
dan RM165/g untuk harga kedai2 komersial biasa.
Sabtu lepas aku balik kampung..alang-alang lalu Kuala Pilah aku singgah ler jugak kat kedai-kedai emas di pekan kecil tu.
Memang harga mereka jauh murah berbanding harga emas di kedai2 komersial biasa kat mall kita ni.
Masa aku pegi tu harganya masih lagi RM134/g, dah kira murah jugak sebab sebelum ni dah naik sampai Rm144/g.
Kepulangan aku kat kampung bukan selalu..
maka di kesempatan itu aku pun rembat ler 2 bentuk cincin ngan loket kecik buat gantung kat gelang ni.
Nasihat aku...
pergilah rikki-rikki beberapa kedai kat sekitar situ..sebab rata2 harga mereka adalah sama. Yang tak sama cumalah harga upahnya.
KAlau sebut kedai emas di Kuala Pilah..kedai Lee Wah paling top sekali.
Tapi bagi aku..agak mahal sebab harga upahnya. Susah nak mintak tawar kalau dah letak upah sebentuk cincin ajer Rm70, aku tawar2 sampai air liur berombak dalam mulut cuma dapat kurang jadi RM58.++ jer.
Maka next time memang aku tak terjah dah kedai ni...
Mula-mula aku pegi kedai depan dia...apa namanya aku lupa, nanti aku update lagi nama kedai tu.
Pilih2 cincin...banyak design yang baru2 macam kedai pak habib jugak. Cuba yang itu, besar, yang ini besar, hhhhhhmmmmm..jari aku halus okey...standard jari puteri2 gitu..puteri Islam jer..yg pakai kain pink tu..hahaha!
Akhirnya aku dapat yang aku suka dan ngam2 ngan jari manis aku yg comel itu...
iaitu size 11...tada....selalu aku pakai saiz 10 nok..kembang pulak jari aku kat Kuala Pilah hari tu.
Maka inilah cincinnya..
Yang original gambar atas...tapi persis cam yang bawah..tak sama tapi serupa.
Gambar ni aku ambik dari FB Lee Wah Goldsmith
Upah untuk cincin bunga ni dalam RM38.++ jer..kira sangat murah okey, cumanya aku tengok kat kedai ni cincinnya berat2 belaka..semua atas 3.5g, aku punya 5g lebih...wwooooo!
Tengah murah aku beli jer lah..buat simpanan.
Lagi satu cincin aku belikan untuk anak dara aku, gambar rerama kat Kedai Lee Wah, cincin tu mahal betul upahnya, yang aku tulis 58.++ tu ler...anak aku pulak pakai cincin saiz 17 ngko!!Giler montok jari ko Pica oooiiii...kalah mak ngko, cemana nak jadi jelitawan cam ni.
Bila dengar harga emas turun lagi...macam stress2 jer aku nak membeli sebijik loket kalau dapat..hahahha..
Aku selalu ingatkan kawan2 perempuan aku supaya tingkatkan rizab emas dalam simpanan, bukan untuk di nilai untung ruginya, emas bukan pelaburan yang begitu berkesan bagi aku, yang untungnya cuma bila kita beli masa murah, dan bila kita takde duit, kita akan jual jugak tak kira masa murah atau mahal kan.
Yang penting ada.
Tutup buku emas tahun ini dengan 40g. Alhamdulillah.
3 comments:
Lee wah mmg mcekik darah mahal sgt upahnye
betul2...ohhh harap ramai yang tahu
saya pernah beli cicncin sebentuk rasa nama kedai tuh poh kong kot...tapi masa tuh tk sempat riki...main terjah jer.
Post a Comment