Monday, September 30, 2013

Harga Minyak Naik??

Iye ker??
aku pun tak tau...
yang aku tau harga emas turun..
oleh itu...marilah beli emas dari kita beli minyak kannnnn...ahaks!

Sekali rupanya cerita pelesu sahaja...
pagi tadi aku tanya Bangla stesen minyak....ramai ke orang beli minyak malam tu??
Dia kata  "ramai...selalu bisnis 25 ribu, itu malam 50 ribu dapat"
Kaya weh tokey minyak kalau gossip begini tetiap minggu..hahaha!

Aku ada gak kawan keje kat negara yang minyaknya cuma 70sen seliter..
tapi la ni dia dah hantor anak bininya balik sini sebab katanya sana mungkin akan perang.
Ko tengok....
walau minyak dia 70sen seliter..ko ingat mereka hidup aman damai ker?
Kalau nak sangat hidup kat negara yang murah benor minyaknya tu.....berapa pulak ko nak bayar untuk beli sebuah keamanan??
BTW...minyak kat negara tu pun sepatutnya boleh di jual pada harga 30 sen instead of 70 sen..tapi kenapa yer mereka still jual mahal jugak?
Muskil.
..... dan harga ayam di negara mereka adalah 17ringgit seekor....juga sewa sebuah apartment biasa adalah USD3.5k.

...orang kata...
hujan emas di negara orang , hujan batu di negara sendiri lebih baik di negara sendiri..
susah2..atau hidup melarat sekalipun, lebih elok di tempat sendiri.
Boleh jugak nyusahkan mak bapak sendirikan....dasar!!

No comments:

Popular Posts