Assalammualaikum....
hari ni aku nak tulis azam aku start gaji bulan 8 yg lalu..
wah ..aku kan nak berazam tak kira bila- bila pun..tetiba terbit hati aku nak berazam bagai
azam aku kali ni...
aku kena buat saving paling kurang RM400 setiap bulan daripada gaji aku...
tu tak masuk saving ASB lagi...
yang 400 ni kira cam saving cair la...
boleh kurang atau lebih..boleh ambik kalau terdesak sangat!
Tapi yang pasti kena capai target aku iaitu 10 bulan = RM4k!
Maka aku kena tutup mata dan napsu dari melihat benda2 yang menarik ...benda2 yang boleh buat aku menghabiskan duit dan kepada perkara2 yang boleh buat duit aku hilang bukan dalam simpanan.
Perkara pertama :
1 - Limit kan entertainment bersama kawan-kawan dan anak beranak di luar kawasan rumah contoh : ke cinema atau mall
2 - makan di luar dengan anak beranak cuma 2 kali max. sebulan
3 - beli groceries tanpa bawak anak-anak
4 - takde nak beli mainan anak-anak setiap kali gaji
5 - habiskan barang masak dalam peti sejuk baru keluar beli barang masak yang baru - selalu aku beli dan tak masak, busuk/tak elok terus buang - sangat membazir!
6 - Keluar dengan anak-anak ke taman untuk riadah,daripada berjalan ke mall - dah lama aku tak buat
Ramai orang kata harga barang dah mahal.kalau belanja satu troli di Tesco ajer dah cecah RM400, so far aku belum pernah beli barang dapur sampai RM400 tapi kalau 3 kali lawatan ke Tesco tu mau RM400 jugak.
Tapi aku selalu tgk pembelian mereka jenis yang makan/minum sekali dah habis..benda2 pakai buang cam plastik sampah la.
aku memang kurangkan membeli makanan/minuman yang tak mengenyangkan ni..contoh : jus-jus berperisa,jajan-jajan,biskut2 fancy dll.
Bulan lepas aku pegi Tesco ngan Am...kali ni dia terkejut bila kena bayar bill groceries sebab aku pulun stok sebelum dia pegi kursus lagi. Haha...tercengang kejap cik abang kita.
Sebab aku malas nak keluar beli groceries bawak anak-anak..belakang opis aku ni ada gak MyMydin..tapi kedai Mydin orang kaya...mahai oooo barang dia.
Tuesday, September 3, 2013
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
No comments:
Post a Comment