Petang Sabtu lepas, aku ajak Am & The Boys pegi kogging kat tasik belakang muzium Shah Alam ni..mana lagi tempat biasa aku tu. Cuma dah lama benor aku tak jejak kaki ke sana.
Maklum laki kursus 2 bulan, lepas tu puasa lepas tu raya lagi..
hampir 5 bulan kot tak ke sana.
Aku ni..walau badan tak berat tapi benornya tak mampu pun nak lari lama-lama...
setakat 20-30 meter..lepas tu jalan, sambung lagi 2 meter terus jalan sampai ke sudah.
Am dah lari satu pusing setengah..dia jumpa aku ngan anak anak...
cemana aku nak kogging benornya, sebab aku kogging sambil dokong scooter Hamzah.
Budak kecik tu bawak scooter tapi dia nak kogging, habis cemana gaya aku lari bawak scooter, buruk benor gayanya....ntah apa2 ntah.
Kalau aku naik scooter tu lagi teruk gayanya, nak tak nak lari je lah bawak sekali, cam bengong jer aku rasa.
Satu masalah yang aku tak pasti kenapa...
tiap kali aku nak ber kogging..selepas 20-30 meter aku tu..aku mesti menguap..aku bajet kurang oksigen dalam otak. HHmmmmm....so kena banyak bersenam secara sederhana tetapi kerap nampak gayanya ni,supaya otak aku cukup oksigen, kalau tak nanti asik nak menguap..tido,menguap tido.
Kalau takde aral Sabtu ni aku nak pegi kogging lagi...
Jom sihat!
No comments:
Post a Comment