Monday, September 30, 2013

Harga Minyak Naik??

Iye ker??
aku pun tak tau...
yang aku tau harga emas turun..
oleh itu...marilah beli emas dari kita beli minyak kannnnn...ahaks!

Sekali rupanya cerita pelesu sahaja...
pagi tadi aku tanya Bangla stesen minyak....ramai ke orang beli minyak malam tu??
Dia kata  "ramai...selalu bisnis 25 ribu, itu malam 50 ribu dapat"
Kaya weh tokey minyak kalau gossip begini tetiap minggu..hahaha!

Aku ada gak kawan keje kat negara yang minyaknya cuma 70sen seliter..
tapi la ni dia dah hantor anak bininya balik sini sebab katanya sana mungkin akan perang.
Ko tengok....
walau minyak dia 70sen seliter..ko ingat mereka hidup aman damai ker?
Kalau nak sangat hidup kat negara yang murah benor minyaknya tu.....berapa pulak ko nak bayar untuk beli sebuah keamanan??
BTW...minyak kat negara tu pun sepatutnya boleh di jual pada harga 30 sen instead of 70 sen..tapi kenapa yer mereka still jual mahal jugak?
Muskil.
..... dan harga ayam di negara mereka adalah 17ringgit seekor....juga sewa sebuah apartment biasa adalah USD3.5k.

...orang kata...
hujan emas di negara orang , hujan batu di negara sendiri lebih baik di negara sendiri..
susah2..atau hidup melarat sekalipun, lebih elok di tempat sendiri.
Boleh jugak nyusahkan mak bapak sendirikan....dasar!!

Thursday, September 26, 2013

Tak Baik Cakap "DUGONG":

itu dialog Feesa bagi kat aku pagi tadi...
aku tegur aksi Mr Am buat workout style haper ntah...
aku cakaplah.."abang buat apa ni..dah macam dugong gayanya"
tetiba Pica cakap..
"Ma...tak baik cakap dugong..sebab dugong tu babi laut"

Aaaiiikkkk...ko biar betul...aku tak pernah pulak dengar dugong tu istilah lainnya babi laut.
Aku sergah Pica .."siapa pulak yang ajar, cemana mama tak tau pun"
Terus dia jawab "nenek yang cakap, dia tengok kat Discovery Channel"

Alahai......iye ker
kihkihkih

Tuesday, September 24, 2013

Asal Jogging ...Aku Menguap



Petang Sabtu lepas, aku ajak Am & The Boys pegi kogging kat tasik belakang muzium Shah Alam ni..mana lagi tempat biasa aku tu. Cuma dah lama benor aku tak jejak kaki ke sana.
Maklum laki kursus 2 bulan, lepas tu puasa lepas tu raya lagi..
hampir 5 bulan kot tak ke sana.

Aku ni..walau badan tak berat tapi benornya tak mampu pun nak lari lama-lama...
setakat 20-30 meter..lepas tu jalan, sambung lagi 2 meter terus jalan sampai ke sudah.
Am dah lari satu pusing setengah..dia jumpa aku ngan anak anak...
cemana aku nak kogging benornya, sebab aku kogging sambil dokong scooter Hamzah.
Budak kecik tu bawak scooter tapi dia nak kogging, habis cemana gaya aku lari bawak scooter, buruk benor gayanya....ntah apa2 ntah.
Kalau aku naik scooter tu lagi teruk gayanya, nak tak nak lari je lah bawak sekali, cam bengong jer aku rasa.

Satu masalah yang aku tak pasti kenapa...
tiap kali aku nak ber kogging..selepas 20-30 meter aku tu..aku mesti menguap..aku bajet kurang oksigen dalam otak. HHmmmmm....so kena banyak bersenam secara sederhana tetapi kerap nampak gayanya ni,supaya otak aku cukup oksigen, kalau tak nanti asik nak menguap..tido,menguap tido.

Kalau takde aral Sabtu ni aku nak pegi kogging lagi...

Jom sihat!

Friday, September 20, 2013

Selamat pergi dan pulang mak....

Assalamualaikum...
Semalam petang aku keluar awal dari office sebab nak bergegas ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya.
Tujuan utama sebab nak menghantar emak kampung (mertua) pergi menunaikan fardhu haji.
Beliau menaiki penerbangan ke 36 dari KLIA pukul 1 pagi.

Kali terakhir aku menghantar jemaah haji ??? HHHmmmmm aku rasa 27thn yang lalu mungkin...aku pun hampir tak ingat bila tapi aku memang pernah ke sana menghantar arwah atuk masa tu nak tunaikan haji.
Keadaan waktu tu penuh sesak dengan rombongan keluarga yang datang..sama seperti semalam.
Harapnya anak2 ku jugak merasa memori seperti yang aku rasakan masa aku kecik dulu.

Kalau dulu banyak orang jual mainan sorong2 dan berkepak tu..kali ni takde. Tapi banyak yang jual belon helium macam2 bentuk, yang pasti harganya sanagt mahal. RM8 sebijik, mak aiii nak gi haji balik hari ke bang?
Bagi mak-mak tegar cam aku ni...aku buat tak layan jer bila anak aku mintak, aku seboleh-boleh tukar topik lain bila anak aku mintak belon.
8 hengget okeh..aku nampak ramai jugak yang beli,pada aku tak salah membeli tapi punyalah banyak yang terlepas dari besi pemberat tu dan melekat kat ceiling khemah menunggu tu.Khemah tu tinggi beb, dalam 30 meter ke atas, aku jer gigih panjat kalau belon anak aku terbang..hahaha!
For me..8 ringgit is money that you can buy something else worth it. Jadi pengguna kena bijak, tak mati pun anak aku tak dapat belon, elok jer, nangis dalam 5 minit belikan air tin terus senyap!Selamat duit mak.

Suasana dalam khemah menunggu sangat hingar bingar, panas berkuap, ramai family yang bawak bekalan makanan mcm berkelah, aku jer tak bawak apa2, tapi mak aku dah siap2 masak dari rumah.Aku tinggal makan jer..dah la lapor benor lunch tak makan semalam. Siap bertambah2 aku..dasar tak pegi haji...hihii!
Dok terpikir aku agaknya kat Mekah/Madinah esok macam ni jugak ker?? Hingar bingar panas berkuap?? Ntah la yer.

Sebelum 9.30 mak dah nak masuk balai berlepas TH, sessi bersalam-salaman peluk cium dan berjujuran air mata bermula, sebak jugak tapi aku doakan yang baik2 sahaja untuk mak.Semoga mak berseronok di sana. Berseronok beribadat di tanah haram, tempat yang ingin di tuju oleh semua umat Islam, Insya Allah.

Tetiba aku pun terbit di hati nak pegi haji jugak.... tapi aku nak pegi ngan Mr Am Insya Allah ...amin!

Makkk..ramainya umat! Kesian mak aku pegi sendiri, harap2 mak kuat menharungi lautan manusia demi memenuhi rukun Islam ke-5.
Amiiinn!




Wednesday, September 18, 2013

Dia dah besar ....

lama tak update pasal Umar Zidan..
anak tengah mak ni..
aku tak nak sebut tapi perbuatan aku selalu membuktikan bahawa aku ada "anak kegemaran"
laki aku jugak suka sebut perkataan "anak omeh omak kau" bila sesuatu perkara aku buat untuk Umar
well said...mungkin elemen favouritism tu terserlah kot bila aku melayan Umar,
tapi aku selalu ingatkan Feesa terutamanya yang Umar lah anak aku yang paling sikit masa bermanja dengan aku.
Aku mengandungkan dia masa usia Feesa hampir 4 tahun,
sedangkan aku mengandungkan Hamzah masa Umar berusia 14bulan, masa yang kita patutnya timang2 dia penuh kasih sayang.
Awal2 pregnantkan Hamzah aku dilanda kepenatan yang extra jugak ler...
kadang aku dah balik keje tapi aku tak larat nak jemput dia kat umah Opah Peah..selalu bila dah petang2 aku ambik dia, dia melekap muka kat celah2 gate rumah Opah nya tu..sedih.
Tapi nak buat macam mana...3 bulan pertama aku banyak keletihan..Encik Am pulak masa tu kerja cam kompeni bapak dia..dia kuli dia boss, tapi tak jadi boss jugak. Maka aku jer lah hadap anak2 aku lepas balik kerja.

Atas sebab itu aku selalu lebihkan masa dan perhatian aku pada Umar sekarang ni...
dia jugak anak yang extra caring pada aku sebenarnya...orang kata anak lelaki memang begitu. Kalau begitu Alhamdulillah sangat..memang itu doa aku hari2.
Hari Isnin aku balik dari kampung, aku singgah belikan Umar seluar basahan duduk rumah kat kedai2 ekonomi di pekan Bahau..masa tu dia tidur. Aku beli jer, dapatlah baju jersi Malaysia sepasang dan seluar basah 2 helai.
1 jam kemudian dia bangung dan Feesa tunjukkan seluar aku belikan tu...
1 minit lepas tu dia terus cakap "terima kasih mama sebab belikan Umar seluar"
Inilah butir2 bicara dia yang selalu buat aku rasa sayang sangat kat Umar. Hamzah pun ada jugak ciri2 mengucap terima kasih pada aku setiap kali tolong dia...tapi anak perempuan aku memang berbeza. Tapi dia jugak banyak dah boleh di harap...
Feesa dah boleh memasak nasik dengan baik tanpa perlu aku sukatkan airnya sejak umur 8 thn lagi. Dasar pandai makan haruslah pandai masak nasik kan.



Umar sama macam budak lelaki lain aku rasa (harapnya sama)
lasak dia boleh buat orang ingat aku tak pandai didik anak..
dia suka terjerit2, berlari dan baring2 kat lantai di tempat awam macam mall,kedai atau klinik atau mana2 pun. Bukan sebab mengamuk tapi sebab dia bermain...bermain lari2 sambil jerit2 dan kadang kala baring di lantai..hamboi!
Sekali pandang memang rasa nak lenyek jer..tapi aku biar jer anak aku tengah mengasah motor skill dia supaya lebih mudah menerima maklumat (la sangat)

Doa aku semua sama untuk anak3 aku supaya mereka jadi anak yang soleh,taat perintah Allah dan Rasulnya,menghormati  dan menyayangi ibu bapa dan ahli keluarganya serta di tetapkan imannya, Insya Allah!

Harga emas semakin murah

Assalamualaikum semua..
waktu ini harga emas semakin menjunam sejak 2 minggu yang lalu
HArga hari ni cuma RM129/g di Kuala Pilah
RM135/g di KL
dan RM165/g untuk harga kedai2 komersial biasa.

Sabtu lepas aku balik kampung..alang-alang lalu Kuala Pilah aku singgah ler jugak kat kedai-kedai emas di pekan kecil tu.
Memang harga mereka jauh murah berbanding harga emas di kedai2 komersial biasa kat mall kita ni.
Masa aku pegi tu harganya masih lagi RM134/g, dah kira murah jugak sebab sebelum ni dah naik sampai Rm144/g.
Kepulangan aku kat kampung bukan selalu..
maka di kesempatan itu aku pun rembat ler 2 bentuk cincin ngan loket kecik buat gantung kat gelang ni.

Nasihat aku...
pergilah rikki-rikki beberapa kedai kat sekitar situ..sebab rata2 harga mereka adalah sama. Yang tak sama cumalah harga upahnya.
KAlau sebut kedai emas di Kuala Pilah..kedai Lee Wah paling top sekali.
Tapi bagi aku..agak mahal sebab harga upahnya. Susah nak mintak tawar kalau dah letak upah sebentuk cincin ajer Rm70, aku tawar2 sampai air liur berombak dalam mulut cuma dapat kurang jadi RM58.++ jer.
Maka next time memang aku tak terjah dah kedai ni...
Mula-mula aku pegi kedai depan dia...apa namanya aku lupa, nanti aku update lagi nama kedai tu.
Pilih2 cincin...banyak design yang baru2 macam kedai pak habib jugak. Cuba yang itu, besar, yang ini besar, hhhhhhmmmmm..jari aku halus okey...standard jari puteri2 gitu..puteri Islam jer..yg pakai kain pink tu..hahaha!
Akhirnya aku dapat yang aku suka dan ngam2 ngan jari manis aku yg comel itu...
iaitu size 11...tada....selalu aku pakai saiz 10 nok..kembang pulak jari aku kat Kuala Pilah hari tu.
Maka inilah cincinnya..


Yang original gambar atas...tapi persis cam yang bawah..tak sama tapi serupa.

Gambar ni aku ambik dari FB Lee Wah Goldsmith

Upah untuk cincin bunga ni dalam RM38.++ jer..kira sangat murah okey, cumanya aku tengok kat kedai ni cincinnya berat2 belaka..semua atas 3.5g, aku punya 5g lebih...wwooooo!
Tengah murah aku beli jer lah..buat simpanan.

Lagi satu cincin aku belikan untuk anak dara aku, gambar rerama kat Kedai Lee Wah, cincin tu mahal betul upahnya, yang aku tulis 58.++ tu ler...anak aku pulak pakai cincin saiz 17 ngko!!Giler montok jari ko Pica oooiiii...kalah mak ngko, cemana nak jadi jelitawan cam ni.

Bila dengar harga emas turun lagi...macam stress2 jer aku nak membeli sebijik loket kalau dapat..hahahha..

Aku selalu ingatkan kawan2 perempuan aku supaya tingkatkan rizab emas dalam simpanan, bukan untuk di nilai untung ruginya, emas bukan pelaburan yang begitu berkesan bagi aku, yang untungnya cuma bila kita beli masa murah, dan bila kita takde duit, kita akan jual jugak tak kira masa murah atau mahal kan.
Yang penting ada.

Tutup buku emas tahun ini dengan 40g. Alhamdulillah.

Friday, September 13, 2013

Cantiknya Corelle Ni ..


korang..
cantik kan new design corelle asia ni..
alahai...
ni yang tak senang montot ni!

Argan Oil

Lama dah tak update pasal minyak Argan yang begitu banyak faedahnya ni..
So far saya tak guna dah minyak ni (dasar kan)
muka bila dah elok sikit mula lah malas..
kalau dulu masa kulit kering dan kusam..memang tenyeh setiap malam..
la ni warna kulit me dah sekata...dan tak sekering dulu...
apalagi...malas jadinya.
Itu biasa...heheh..
tapi ramai yang sedang mencari Argan Oil ni..
terbukti kat kedai farmasi saya kerja ni...
berpuluh botol telah terjual.
anda bila lagi...???
Kalau nak order sms saya 0185704633 atau email me at amminafeesa@yahoo.com


Harga Emas Turun Sedikit ...

Assalamualaikum semua...
infor terkini harga emas sedikit turun berbanding minggu sebelum ini
harga komersial kedai mahal ialah RM170/g...korang jangan beli sebab mahal...
kita boleh dapatkan yang murah kat kedai Lee Wah di Kuala Pilah dengan harga RM139/g sahaja.
Design yang mereka ada semua sama macam kedai2 lain..sama macam yang ada di jual di kedai pak habib.
Kalau kat Deen di KL harganya RM144/g.

Sedang berkira-kira nak dapatkan cincin rerama...

lalalalalal.............


Wednesday, September 11, 2013

Mereka Dah Bersalin...aku ???

Jeng jeng jeng...
hahahaha.....
rindu baby girl...
anak MR sungguhlah montel..
anak si Ana sungguh lah halus...

saya nak baby girl jugak!

Tuesday, September 10, 2013

Mesin Basuh Aku Pun Padam ....

huhuhuh...
baru nak start saving cam nak pegi London..tetiba mesin basuh aku yang dah umur 10 tahun tu pun padam...
tepat2 10 tahun okeh!!
so dah 3 minggu aku basuh baju kat dobi....
selamat aku tinggal kat bandaraya urban cam Shah Alam ni..maka self service dobi adalah melambak2 setiap seksyen ada.
Sekali bawak baju segunung masuk mesin 25kg bayor RM12 hengget...masuk dryer RM4 tak cukup kering tambah lagi 50sen...sampai la kering.
Kadang yg mana tak berapa nak kering tu aku sidai balik kat rumah.
Seminggu sekali memang aku bawak gak la...terus masuk mesin 25kg ...tak payah aku nak ngulang seminggu 2-3 kali ke dobi.

Bila dah kunci napsu nak shopping ni....
beli mesin yang jadi keperluan tu pun aku maleh...
jom lah basuh baju dalam bilik air...
janganlah malas sangat!
Balik rumah aku bukan kena masak pun...
laki aku tak kasi...so aku basuh baju je lah..feeling2 membasuh kain di gigi sungai gitu!

Pic : kredit to abg jonni blogspot

Pre Order Corelle ETA end Disember!

Hai semua
pre-order corelle stok end Disember di buka lagi..
kami sedang menerima tempahan dan seluruh pelusuk peminat page kami di Facebook kami iaitu
Corelle & Friends
ramai antara mereka buat tempahan untuk set 76pcs kali ini.
sila email atau sms
untuk keterangan lanjut.
terima kasih.

Tuesday, September 3, 2013

Puasa Shopping ... Mampukah Aku?

Assalammualaikum....
hari ni aku nak tulis azam aku start gaji bulan 8 yg lalu..
wah ..aku kan nak berazam tak kira bila- bila pun..tetiba terbit hati aku nak berazam bagai
azam aku kali ni...
aku kena buat saving paling kurang RM400 setiap bulan daripada gaji aku...
tu tak masuk saving ASB lagi...
yang 400 ni kira cam saving cair la...
boleh kurang atau lebih..boleh ambik kalau terdesak sangat!
Tapi yang pasti kena capai target aku iaitu 10 bulan = RM4k!

Maka aku kena tutup mata dan napsu dari melihat benda2 yang menarik ...benda2 yang boleh buat aku menghabiskan duit dan kepada perkara2 yang boleh buat duit aku hilang bukan dalam simpanan.

Perkara pertama :

1 - Limit kan entertainment bersama kawan-kawan dan anak beranak di luar kawasan rumah contoh : ke cinema atau mall
2 - makan di luar dengan anak beranak cuma 2 kali max. sebulan
3 - beli groceries tanpa bawak anak-anak
4 - takde nak beli mainan anak-anak setiap kali gaji
5 - habiskan barang masak dalam peti sejuk baru keluar beli barang masak yang baru - selalu aku beli dan tak masak, busuk/tak elok terus buang - sangat membazir!
6 - Keluar dengan anak-anak ke taman untuk riadah,daripada berjalan ke mall - dah lama aku tak buat


Ramai orang kata harga barang dah mahal.kalau belanja satu troli di Tesco ajer dah cecah RM400, so far aku belum pernah beli barang dapur sampai RM400 tapi kalau 3 kali lawatan ke Tesco tu mau RM400 jugak.
Tapi aku selalu tgk pembelian mereka jenis yang makan/minum sekali dah habis..benda2 pakai buang cam plastik sampah la.
aku memang kurangkan membeli makanan/minuman yang tak mengenyangkan ni..contoh : jus-jus berperisa,jajan-jajan,biskut2 fancy dll.

Bulan lepas aku pegi Tesco ngan Am...kali ni dia terkejut bila kena bayar bill groceries sebab aku pulun stok sebelum dia pegi kursus lagi. Haha...tercengang kejap cik abang kita.

Sebab aku malas nak keluar beli groceries bawak anak-anak..belakang opis aku ni ada gak MyMydin..tapi kedai Mydin orang kaya...mahai oooo barang dia.


Monday, September 2, 2013

31 Ogos - Hari Merdeka dan 10 Tahun yang lalu


Salam Hari Merdeka semua
tahun ni kita menyambut kemerdekaan untuk tahun yang ke-56, syukur kita hidup ajer terus dah merdeka..tak perlu mengeheret rifal atau makan ubi kayu cicah garam dalam kebun...atau berdemonstrasi jalanan menuntut kemerdekaan.

Tarikh ini jugak pada 10 tahun yang lalu aku naik pelamin ngan laki aku. Laki aku yang sorang tu ler..mana ada laki lain sejak 15 tahun yang lalu...
Aku nikah 2/8 tapi bersanding 31/8 sebab nak tunggu cuti jugakkan.
Masa aku sanding tu..kami pakai baju perantin warna pepel...khemah pun birai pepel...meja makan pun lapik pepel pelamin jugak.

Kisah aku masa bersanding...
tak pernah aku cerita dalam blog...ok lah..sempena tahun yang ke-10 ni aku story la sikit.
Aku benornya pemalu sangat orangnya...
aku tak nak naik bersanding walau dah ada pelamin...pelamin tu aku guna untuk majlis khatam Quran jer, tapi makcik2 joyah mana ntah paksa2 aku naik pelamin.
Katanya once in a life time (eehhh mana ko tau acik ooi??..hahaha)
maka terjongket aku atas pelamin tu ngko...
duduk atas pelaminan indah sambil tunduk ke bawah..
sampai semua orang tak boleh tangkap gambor aku..sebab asik pandang bawah jer...malu sesangat!
aku memang ada masalah pemalu ke tak confident sejak aku kecik aku tak pasti yang mana satu..memang sah-sah aku tak layak jadi penghibur jalanan.

Haha..memang lawak giler la...
duduk atas pelamin tapi pandang lantai jer..apa kes tak berbatang hidung ker?
Yang pasti sessi tu aku rasa cam lama sangat....mcam 2-3 jam atas pelamin tu..padahal tak sampai setengah jam...aku cepat2 nak turun cakap nak pegi makan beradab. Boleh pulak pengantin sibuk2 nak pegi makan..haha! Lawak lah memang...tak akan aku bersanding lagi dalam hidup ni.

Tapi now Alhamdulillah...
aku dah semakin berani dan berasa self confident yang sedikit bertambah..
tapi janganlah kau suruh nyanyi sambil main gitar depan orang..sure tak dapek punyo..sebab aku mana pandai main gitar.hihihi...

Thank you Allah kerana masih memanjangkan jodoh kami...menemukan aku dengan seorang yang sangat memahami dan sangat melindungi aku dan keluarga.
Walau kadang aku rasa terlalu dimanjakan dan rasanya tak patut kot...
well nak buat macam mana...dah laki aku hobinya aku...hadap je lah! Jangan jeles tau!
Hehe...

Popular Posts