Salam semua,
semalam, saya membaca blog kawan blogger iaitu cik ME tentang khasiat pemakanan untuk minda anak2.Beliau pun korek idea dari sebuah laman blog yang lain.
Kagum jugak dengan usaha ibu itu untuk memaksimumkan perkembangan otak anak dengan memberi makanan kepada otak yang terbaik yang dah lama di amalkan oleh para tahfiz.
Hhmmmm..maka, mak Feesa & Umar ni pun apalagi..terhegeh2 la nak beri anaknya makan untuk kesihatan minda dan otak budak berdua tu. InsyaAllah, usaha saya berjaya lah hendaknya!
Tapi...saya mestilah guna jalan shortcut ajer..(patut aku yg makan ubat minda ni, tu yang lembap jer), semalam telah pegi kedai jamu dan beli 2 produk ini.
Hat atas harganya RM22 dan yang Jus Tok Guru ni pulak harganya RM20.
Yang atas buat minum malam, yang Jus Tok Guru minum pagi sebelum sarapan.
Kedua-duanya sama khasiat cuma Jus Doa yang di atas tu di campur pati epal hijau yang manis.
InysaAllah, saya berusaha mana yang termampu.Lepas ni nak terapkan anak2 mengambil minyak ikan dan buah badam yang dicampur dalam susu.
~ anak2 dah minum 2 kali seorang sejak malam tadi dan pagi tadi...kesannya..Umar Zidan jadik makin bijak sekelip mata bila dia bergayut kat kerusi dan jatuh!!! gggrrrrrrr!! bukan salah Jus Tok Guru, salah anak aku ada bakat nak jadik tarzan!!~
3 comments:
kekekkee.......tak pe takpe..sapa x nak anak bijak..zaman sekarang semua nak terkedepan...selamat beramal...
nnti bg review jus MJ k????
keekkkekeke
thank's ME!
Post a Comment