Monday, June 7, 2010

CeRiTa HuJunG MiNGGu !!

Hari Sabtu & Ahad yang lepas..kami bersiar-siar bukan dengan kapal persiaran..tapi dengan kereta buruk kami yang dah habis bayar hutang tu (harus membanggakan diri).

Hari Sabtu cuma ke Giant membeli barang dapur sikit2 tapi 100 hengget jugaklah habis.Ohh! harga barangan semakin mahal sekarang ni.Oleh itu..haruslah kerap memasak sendiri daripada makan di kedai..haaaa...makcik ni kalau tengah rajin..asiklah memasak.Nak dinner pun..pukul 4 petang dah standby nak masak.
So hari Sabtu selepas ke Giant..makcik ni masak lah lamb shoulder lagik dan lagik!!
Itu hari ada yang tanya resepi..benornya takde resepi..pakai taram jer.

Tapi yang pasti..the lamb shoulder makcik (eeehhhh tersasul pulak..) hakak perap ngan sos Mustard, Honey & Herbs tu.
Jangan di tanya apa kebenda herbs nya itu...beli dan perap sahaja yer. Harga sos tu sebotol ialah 10 hengget lebih sikit kot.

Sebelah sos mustard tu ialah sos Muschroom..hat ni hakak buat kuah black pepper mushroom tu.Tapi masa masak last Saturday tu, anak hakak si debab tu asiklah menjerit2 macam kena sawan kat tangga umah..maka hakak ngko ni telah tercurah hampir 3 suku sos dari dalam botol tu.
Huuuwaaaa..! macam tak sedap la pulak hasilnya.
Tapi dah lapar punye pasal..wajibun habis licin kami makan anak beranak!



Inilah hasilnya....dalam gambar memang tak nampak sedap...takde rupa komersil lansung la katakan.Tapi kami punye perut tak kira komersil ker tak, asal boleh baham jer!


Bye !





No comments:

Popular Posts