Monday, June 28, 2010

Aroma Ikan Bakar - PanTaI JerAm !!





Semalam petang, kami berjalan-jalan nak makan seafood sampai ke Pantai Jeram.Bertolak dari rumah pukul 6 petang dan sampai di tempat yang di tuju 1 jam kemudian, Ingatkan tak ramai lah orang hendaknya, sekali ngko..penuh satu kedai.Ada kot 150 orang!


Bila dah pilih2 seafood yang nak di "tala", kami pun mengambil tempat merehatkan bontot sesambil melihat gelagat orang...gelagat anak sendiri tak larat dah nak nengok! Si Feesa sempat lagi nak basah2 kan kaki..lepas tu rimas kaki basah tu kena pasir.Lain kali jangan mengada pi basahkan kaki!!

Masa ni....udang goreng butter & ketam 2 hekor masak cili tak sampai lagi.Sesudah semua di atas kami "tala"..barulah 2 masakan tadi sampai.So apalagi, sambung lah menala untuk sessi ke-2.Sebelum tu, Encik Am pi sembahyang kat surau yang di sediakan khas kat kedai ni.
Iye lah kan, setakat nak makan seafood takkan lah kami nak tinggal Maghrib pulak, majoriti dalam kedai tu 90% Melayu, so sangat bagus sebab dah sediakan tempat sembahyang!

Habis makan, makan dan makan..kami bertolak balik Shah Alam..sampai umah tepat2 pukul 10 malam!


~ seingat ku, last sekali pegi masa Umar Zidan masih dalam perut...walla, dah setahun yang lalu tu~




2 comments:

Zana said...

sedapnyaa.....
kat mana pantai jeram ni? dekat2 port klang ke?

ammi said...

eehhh tak..pantai jeram ni jalan antara kapar ke sungai buloh lama(nak ke Kuala Selangor tu).1 jam dari Shah Alam.

Popular Posts