Monday, June 28, 2010

KeeLLaaasss TaU UMaR ZiDan !!





semakin maju dalam bidang breakdance, yang terbaru boleh spinning dalam tudung saji!
Anak orang lain boleh???




oooooohhhhhh !!

tetiba ku nengok gambar2 yang ku snap cantik2 la pulak (ecceehhh perasaaaaannn laaaa sangat!)
tetiba jugak...macam tak patut ku nak ber kamera baru!!
nampak sangat ketamakkan haloba melampau2!





ooohhhhhhh! bila la nak merasa Nikon S8000 ni???

Aroma Ikan Bakar - PanTaI JerAm !!





Semalam petang, kami berjalan-jalan nak makan seafood sampai ke Pantai Jeram.Bertolak dari rumah pukul 6 petang dan sampai di tempat yang di tuju 1 jam kemudian, Ingatkan tak ramai lah orang hendaknya, sekali ngko..penuh satu kedai.Ada kot 150 orang!


Bila dah pilih2 seafood yang nak di "tala", kami pun mengambil tempat merehatkan bontot sesambil melihat gelagat orang...gelagat anak sendiri tak larat dah nak nengok! Si Feesa sempat lagi nak basah2 kan kaki..lepas tu rimas kaki basah tu kena pasir.Lain kali jangan mengada pi basahkan kaki!!

Masa ni....udang goreng butter & ketam 2 hekor masak cili tak sampai lagi.Sesudah semua di atas kami "tala"..barulah 2 masakan tadi sampai.So apalagi, sambung lah menala untuk sessi ke-2.Sebelum tu, Encik Am pi sembahyang kat surau yang di sediakan khas kat kedai ni.
Iye lah kan, setakat nak makan seafood takkan lah kami nak tinggal Maghrib pulak, majoriti dalam kedai tu 90% Melayu, so sangat bagus sebab dah sediakan tempat sembahyang!

Habis makan, makan dan makan..kami bertolak balik Shah Alam..sampai umah tepat2 pukul 10 malam!


~ seingat ku, last sekali pegi masa Umar Zidan masih dalam perut...walla, dah setahun yang lalu tu~




MacaM2 UmaR !!


Ini budak kecik sudah umur 15 bulan. Sangat lasak tak larat nak kepong dah, awal pagi hari ni dia jatuh katil pulak masa tidur.Sian dia!!
Kat rumah pulak, kalau tak memanjat meja PC sambil bergoyang...bukan Umar Zidan namanya.Kalau mak ni nak mandi pulak, kena letak kerusi depan pintu billik air, kalau tak nanti kena skodeng ngan anak sendiri.hik hik hik!!
Paling sadis, tangan dia yang hari tu sebenarnya melecur, terkena air panas kemungkinan besar.sebab kami tak perasan lansung bila dia pegang benda2 yang panas ni kecuali masa kat umah nenek masa tu. So sekarang tangan dia memang naik belon2 tu semua.


Ini antara aksi dia semasa menunggu Feesa buat ujian di Enopi kelmarin.

Tak dok diam semenit pun!!




Haaaa...kan dah cakap, memanjat lah, turun naik kerusi lah..tak boleh di bilang dah aktiviti dia kat situ!


hhmmmm....nak kena enroll dia satu kelas sarkas!!





FeeSa Ke ENOPI!



Setelah habis pikir, kali ni kami ambik keputusan untuk enroll Feesa ke Enopi untuk ambik Math programme.

So, kelas akan bermula pada Sabtu minggu hadapan. Fo sure, ini antara subject yang mama & papa tak excell lansung, jadi kami harap Feesa dapat belajar dengan "jaya"nya di ENOPI.
Kami jugak ambik kelas yang satu kali seminggu sahaja sebab kalau kelas hari biasa pada waktu malam, mak ni malas nak drive jejauh, al maklum papa mereka ni kerja malam semedang.
Oklah..harap Feesa dapat belajar bersungguh-sungguh! Tunggulah perkembangan dia seterusnya.

Friday, June 25, 2010

SeSSi VeRanGaN ....

jeng..jeng...
mari lihat jenis jenis kasut yang ku minati.Minat untuk di lihat tetapi tak semestinya selesa di pakai.Oleh itu, sessi verangan bermula.




Kasut ni namanya YOU by Crocs.Agaknya brand Crocs kot.Korang dah nampak ker kat kedai?? Acik ni jarang masuk kedai kasut mahal, setakat ninjau di balik cermin sahaja. Agak2 berapa hengget duit Malaya kalau kasut ini yer??
Kat negeri omputih harganya $60 selepas discount! (huyyyoooo, lets verangan !)


.
Yang ini pulak...sangat ranggi wwoooo!! ku berangan kalau pakai kasut ni, padankan dengan selur jeans ketat sikit (aauuuww malu la pulak) lepas tu naik motorbike (bukan motor kapcai kami pi kerja tu hokeh)Mesti mantoooppp kasut tu! Bukan haku yang mantop!
Namanya : Geox Taormina, harga $80 duit omputih!! (ayoyoyo)


Kasut verangan No 3 pulak, namanya : Timberland Earthkeepers Belicia Ring! Harga $100 takde discount. Ranggi la jugak, tapi part tumit dia yang macam boot askar tu bikin acik ni kurang sikit nak suka.Harga pun mahal, tunggu kamu bengkrap nak tutup kilang baru panggil acik datang beli yer!

.
Haaaaa...kasut terakhir, ini dia! Cun dan ranggi kan!Cuma kaler tu tak berapa nak ranggi, kalau pakai jeans biru masuk pulak kasut kuning ni pakai pulak baju pink.Acik rasa dah rupa rainbow jer! Kalau ada kaler brown atau hitam ker..mesti cun sesangat.Acik suka yang ni, tetiba nak terasa seksi dengan kasut yang berjalur2 tu.
Nama kasut : Camper - Vaquilla..harga dia $129.99 selepas discount.hhhmmmmm kalau ada versi murah yang macam gini, baik beli yang murah sajer kan.

Habis sudah sessi verangan di hujung minggu.Korang rasa cantik tak pilihan kasut2 ku ini???
Ker ku yang syok sendiri.

Bye bye all !!

FeeSa CaKaP .....

I Love You To Me Chickem!!
;
;
;
;
;

kepada mak dia ni tadi.
Bila part last sekali nak letak phone tu..dia asik cakap ayat yang sama jer.
Yang last tu memang CHICKEM yer..bukan CHICKEN! Habis dah ku telek...takde part kat badan aku ni yang macam chicken pun??
Ntah la..semakin banyak perbendaharaan ko ye nak! Tapi yang pelik2 jer mama dengar!

SaNGaT CuTe TaK BoLeH TaHaN ...


Sandal di atas adalah sangat cute okkey! Kalaulah kaki ku boleh pakai sandal cute begini, harus sudah ku punya satu! Tapi, yang ada cuma saiz anak kecil.Siapa lagi kalau bukan saiz si kenit kat umah tu. Bukan nak beli....sekadar nak berkongsi perasaan betapa cute nya sandal itu.
Hakhakhakhaktuih!! (korang percayalah cakap haku nih)



Yang ini juga termasuk dalam kategori cute di mataku. Tapi macam kurang menjadi pilihan sikit sebab kasut kan.Tau lah, anak anak Malaysia kini.com macam tak sesuai sangat nak berkasut bagai. Selalu pun pakai sandal jer yang lebih afdal!
Tunggulah Malaysia tukar iklim sejuk atau jadi 4 musim, barulah mak consider nak beli kasut macam ni banyak2! (melampau)




(tetapi di dalam hati teringin nak belikan Feesa kasut boot paras betis!)

MoDe GaJi BuLaN ini !!

ialah menyimpan dan membelanjakannya!
hahahahahahah! sukati lah kan..gaji sendiri!! Nak lingkup ker..nak bengkrap ker, nak simpan ker (lagi afdal).

Mode : Insaf sebentar.........
saya harus terus menginsafi perbuatan belanja tak tentu arah ni..sebab ramai lagi orang yang susah sekadar nak mencari sesuap nasi.

Mode : menyimpan
cepat2 simpan duit dalam ASB..sebab kalau dah masuk ASB amat jenuh nak pegi keluarkan!

Mode : Membelanjakannya
hahahahah! korang tunggu je lah entry akan datang!


Thursday, June 24, 2010

SpiNNiNg HeAd !!

bukan nak jadi mat break dance yer..itu Umar Zidan!
tapi mak dia dah spinning head ...baru dapat puasa 2 hari..ini hari dah coti puasa sebab, itu mat break dancer ada melepuh2 kat jari dia.Penyakit haper yer?? Macam melepuh terpegang benda panas, lepas tu mengelembung isi air.Ada kat dua2 belah tangan pulak tu. Nanti mak ni rajin akan snap gambor kasik jelas sikit penerangan ni.
Mak pun dah weng sikit kepala gara2 tak lena tidur malam tadi.
Lunch nanti nak qada tidur! Harap lepas tu makin cergas!

Tuesday, June 22, 2010

SaLMoN !

Hi all
dah ada yang bertanya stock salmon!
Kalau ada yang nak order..sila beritahu yer.Nak kumpul order.
Harga tak confirm lagi..
mungkin RM33 atau RM35 se kilo.
TQ

BiLa MaK iNi DaH MuLa MeRiSaU...~ PaRt 2

hahahahaih!
ada pulak cerita part 2
okey, sebenarnya malam tadi dah ajak Feesa buat ulangkaji bersama setelah dia bawak senduk mak naka semua ke tengah umah, lepas tu pulak berebut ngan budak kecik kat umah tu..mak ni naik hangen la kan? Maghrib2 melalak berebut senduk apa kes?? Ada yang bersudu senduk nanti!
Alhamdulillah..sebenarnya Feesa tak lah selambat yang saya sangkakan. Dia boleh baca buku Paul&Mary (ala ala Peter&Jane Ladybird tu lah) dengan baik sekali malah sudah boleh hafal setiap ejaan perkataan tersebut.
Sebab tu kami selalu main spelling contest kaedahnya kat umah tu..nak hantar yang Spell-it Right RHB tu lambat lagilah kot!
Dalam kiraan saya..dia dah boleh mengeja sebanyak lebih kurang 20-30 perkataan, tak lah bagus sangat tapi still ada kemajuan.Ni mak dia yang ajar okkey! bukan cikgu dia!
Kalau bahasa pulak..dia dah boleh membaca dengan cara mengeja dulu, sekarang dah maju sikit sebab dah boleh baca perkataan 3 suku kata yang senang2 dan ejaan yang seperti "ME MANG", "NA KAL",
"PAN DAI"...bla..bla.!

semalam punya cerita tu actually...hahahahaha merujuk kepada ajaran baru mak dia. Mak ni sibuk dah suruh dia hafal sifir 2 sampai 5..itu yang mak dia cakap anak dia lambat.sebab tak hafal sifir! Ker terlalu awal yer??
takpe...usaha tangga kejayaan. Lepas ni nak belikan buku latihan yang lain dan study desk..kesian dia, nak study pun buku kena keronyok dek Umar Zidan dulu!

Monday, June 21, 2010

BiLa MaK iNi DaH MuLa MeRiSaU...

huwaaaaaa!!
dah setengah tahun Feesa masuk sekolah..semester baru pun dah mula. Tapi tak nampak pencapaian akademik Feesa sangat memberangsangkan.
Membaca dah boleh..tapi masih terketar2....tak pun eja dulu!I think it's normal! So..biarkan ajelah.
Tapi bila anak ni macam lambat banyak..dan suka tersasul...mak dia tak boleh la nak nampakkan semua tu normal.Mau ada yang berpusing kepala!
Tension la...kalau anak2 nampak tak catched up dengan akademik ni!Risau! Haaa..baru tau..senang ker tak jadi mak ni?? Menggeletar bila anak tak berapa nak boost tang akademik ni.

Saat ni macam nak menyalahkan sekolah yang dia masuk pulak?? Nampak macam mak ni tak menghargai jasa guru..tetiba pulak terasa sekolah bayor agaknya boleh buat anak kita pandai!
Aaarrgghhh! semua itu ridiculous! Kalau dah memang anak tu spesis macam "tukul dan pemahat"..kalau tak ketuk tidaklah bergerak..makanya kenalah ikhtiar lain.

Nampak cam serius jer kan?? Ker mak dia ni tinggi benor harapannya kat budak umur 6 tahun ni?
OOhh no! I must do something...must be something wrong somewhere!
Anakku harus di polish otaknya sampai berkilat!!

iNi HaRi TaK BeRaPa KeRjA TaPi StReSS !!

sebab...???
setengah hari ku nak mengintsall smart reader card device tidak berjaya...
sampai semua orang kat eP dah ku call..tapi masih tak berjaya!
Sampai orang2 customer service eP tu suruh haku mari opis mereka bawak CPU dan segala tok nenek yang nak di install. Beku IT sungguh haku lately!!(ker memang selalu pun begitu?)
sampai install benda senang (sepatutnya) menjadi sangat sukar!
Haaaiihhh!
Time for browsing...

Sunday, June 20, 2010

PiLiHaN KiTa BerBeZa ...

~ tiada apa yang menjadi kedukaan ku selain melihat kedukaan ibu bapaku ~
~ tiada apa yang menjadi kegembiraan ku selain melihat kegembiraan ahli keluargaku ~

CuTi SeKoLaH DaH OveR pun...

dan anak debab saya sedang mengada2 macam haper jer nih kat belakang mak dia..macam ada yang nak kena backhand jer nih!Siap kamu!!
OOhhh!! selamat terlepas..sebab nak pegi kedai beli kuetiow ladna!
Hari Khamis - Sabtu kami balik kampung Palong. Lama dah tak balik sejak cuti sekolah bulan Mac yang lepas.Yang kami tunggu2..masakan nenek, dah semestinya masak lemak cili api dengan permintaan khas anak menghantu ni..siput sedut!
Habis terjuih bibir ni dok menyedut! Sedddaaaappp siot! Lagi2 MIL yang masakkan, menghantu tak buat apa2..konon2 kejor anak bujang dia yang sakai nampak tangga.
Cantik benor tangga umah nenek..seperti tidak boleh dilepaskan peluang untuk memanjatnya!
Maka..jenuh mak budak ni mengepong.At least ada jugak saya alasan untuk skip the memasak session!BUkan malas okkey..tapi lebih kepada nak bermanja kaedahnya! waakakaka hak hak haktuih!!
Okeylah...nak nyambung nonton MENTOR ni..saya suka Mohamad & Ila Damia..eh tak...benornya saya suka Joe FlizzoW! You hensem la jugak!

HaPPy AyAh Day!!

hhmmm..hari ni rupanya!
Sorry..tak sempat beli hadiah pun untuk ayah.
Oleh kerana my ayah tak baca my blog..no use aii tulis ucapan untuk beliau di sini.

Wednesday, June 16, 2010

MJ - The ReSuLT !!

Hahahahahah
setelah beberapa hari (tak ingat berapa hari dah) mengapplikasikan (yer ker nih?) MJ pada diri sendiri, mari saya berkongsi pengalaman!

Masa mula2, saya amalkan sembur di bawah lidah 2 kali sehari, lepas tu bila angin malas bertiup jadi 1 kali sehari jer (biasalah Umi Salwa..ko tak kenal ker?)

Kemudian...saya rasa badan sangat letih lesu..pukul 10 malam jer dah nak tidur sesangat.Umar Zidan kena dodoikan mak dia dulu baru dia masuk tidur. Huwaaahh! sudah terbalik kot hidup saya 2-3 hari tu. Time tu dalam hati..saya nak boikot ini produk sebab bagi saya jadik makin lembik tk bertenaga!

Kemudian...saya pikir, baik saya buat semburan 2 kali setiap hari.Bermula daripada itu...saya telah mendapat resultnya!
Badan saya tidak letih lesu lagi terutama setelah pulang berkerja. Ingat tak saya balik naik komuter dan tunggu komuter nak 1 jam lebih tu.Balik rumah saya masih boleh memasak.
Kalau tak..haihh! kirim salam banyak2 nak memasak setelah penat walau tak buat haper pun sekadar menunggu komuter sahaja kan!
Dan..sekarang saya nak akui..produk ini sangat membantu mengembalikan kecergasan saya..terutama lepas balik kerja..tak pernah sekali pun saya tak masak makan malam sebab saya kata saya letih kecuali tak masak sebab saya teringin nak makan kat luar.itu jer!

kalau nak cuba...belilah sendiri!!
Di jamin korang akan memasak setiap malam! (lain macam jer bunyiknya)
kakakakak!




DesIGn BaRu La koNoN !!

Sekali ku dah tak tahu cemana nak centre kan gambar bebudak atas ni..
udah nyenget ke tepi pulak.
Anyone..guide me please.I malas nak membaca nih...(kalau baca pon tak paham kot)

ThiS Is OuR FaMiLy !!

Hi all,
lets introduce our family to all of you!
(ini semua melalui mata hati Saidatul Nafeesa)

Haaaa...gambar pertama itu ialah PAPA, segak tak papa saya dengan rambut yang tercacak dan boleh dibilang ngan jari ada berapa tu?

Gambar kedua - kanan! (nak kata muka mama..jauh sekali, tapi gaya tu macam mama..huwaaa!)
Ialah mama saya....cantik tak?? Mama saya pakai cermin mata, dan rambut beliau keras macam tu ..seperti lepas kena renjatan!

Gambar ketiga - kiri bawah ialah gambar Umar Zidan.Adik saya sangat comel! Dan rambut dia cuma ada satu sahaja!

Gambar keempat - ialah gambar saya ..juga dengan versi rambut keras selepas terkena renjatan! Saya juga macam dah slim dalam gambar ini..sebab kami semua tengah excercise..sebab tu semua gambar kami tengah depangkan tangan!
Malangnya..kami semua keturunan Alien..sebab tu cuma ada 3 jari. Hebat tak keluarga saya??
Yang pasti, kami semua tersenyum..sebab kami adalah keluarga yang paling bahagia!


Yang ini pulak....
bila kakak & adik dah besar..mama & papa akan tinggal berdua sahaja di rumah. Kakak dah belikan mama & papa rumah sorang satu...rumah yang besar & 2 tingkat!
See..mama dah tua masa tu..takde lagi rambut keras..sebab sudah botak!!
(huwaaaaaaa...!!!)Tapi papa still maintain dengan rambut yang tercacak tu.




"Roti Papa Mama" - aku tak paham maksudnya apa?

PiChA PoToNg RaMbUt !!

haih!!
Rimas tengok rambut Feesa yang panjang, so hari Sabtu kami bawak dia potong rambut kat salon yang biasa dia pergi.Dekat jer, kat Seksyen 17 tu, tapi kali ini, dia demand nak bershampoo bagai.Mak dia ni layan kan je lah sebab cuti sekolah ni tak layan dia apa pun.

Hambekkk ngkooo...cuci & potong ajer sudah 20 hengget! Hasilnya....takde pulak gambor dia ngan rambut baru.Yang pasti..ku nak panggil style rambut dia "cendawan butang".


Kalau Feesa potong rambut kat sini, mesti tokey kedai ni yang potongkan.Salon Anura.Tapi tak tau..dia ker yang nama Anura...konpius kejap!



Tukang cuci rambut ni ...mak tak tau apa gendernya."complicated" kaedahnya..tapi Feesa panggil "kakak".Lantaklah anak ooi!


Dia nampak customer kat sebelah tu "steam' rambut.Maka anakku pun berpoyo2 nak jugak steam rambut..lepas tu dia cakap, nak kaler pulak.Mak dia ni macam nak pitam2 kat kedai tu..sebab bau chemical dye rambut tu, anak pulak demand macam2.Macam rasa ada yang kena sumbat rambut dalam mulut ni haaa..mintak tak nak berhenti!
Nak kalerkan rambut purple lagik! Ngkoo ingat cantik ker???

Monday, June 14, 2010

AdOiii !!

sakit kepala...
sakit ..bukan pening!
dah nak seminggu..dah la bawak kereta ke opis hari ni..cemana pulak ku nak bawak balik ni??
haih! malas nak drive!

Thursday, June 10, 2010

FatHers Day!!

Baru ku tahu 20hb June ghopernya!
Sudah aku suruh anak aku wish Sabtu lepas!
wakakakakaka!

ToNg SaRDiN BeRgErAk !!

Oh my!!
semalam...haku kena pulang ke rumah dari opis naik komuter..idaklah ku teringat yang sistem komuter tergendala sikit sebab ada gerabak tergelincir kar Segambut tu. Makanya haku menunggu komuter barang 70minit semalam kat stesen Subang Jaya. Dengan hujan lebatnya..dengan sesaknya bebudak remaja balik nyopping ker dating ntah..adalah kot sampai 100 orang manusia nak nunggu komuter serangkai tu.

Dengan riuh rendah hiruk pikuk..sampai annoucement pun tak kedengaran lagik.Macam stesen keretapi kat India aku rasa. Yang pasti..ianya kat Malaysia.
Bila 5 minit lagi komuter nak sampai.Haku mestilah terpacul kat garisan kuning, dengan harapan boleh lah masuk dalam komuter tu kan.Sekali komuter datang dengan muatan yang buat aku nak terpekik Gila Sendat!!!!
Tetapi....wakakakaka..dengan hilang rasa siviknya..orang bertolak tolak, sampai yang nak keluar pun tersepit..haku pun tersepit jugak noks!
Tetapi..kerana saiz S nak masuk M haku ni..dapatlah aku muat2 masuk berdiri depan pintu.Posisi - hampir melekat di cermin pintu!!
Dalam hati happy sangat sebab lepas aku tersumbat jer dalam komuter tu..pintu pun tutup dan ada ramai lagi yang tak sempat naik.Kiranya aku ni last2 kopek yang tersumbat la!
Dalam hati happy lagi bila memikirkan..senang nanti aku nak keluar sebab duduk depan pintu..tetapi tersalah pikir la noks..aku kena keluar setiap stesen sebab nak kasi laluan kat orang.

Bila lepas aku keluar kat Stesen Batu Tiga, komuter dah sedikit aman, tapi....huwaaaaaa..aku asik tergesel ngan mamat sorang ni..macam melekat pulak.Geli mak!!! Dah la sama rendah ngan haku..melekat pulak bahu ngan bahu kat belakang ni..sampai pagi ni terasa geli ..yaaakk!
Kenkadang terlakat tang montot..aiiyakk! Harap Allah ampunkan lah hambamu ini...dan Cik Am tak baca lah blog ni (dah tentu lah kan)

Dengan auntie kat depan haku ni yang asik tutup hidung..sebab kat belakang dia ada orang angkat tangan..kikikikii! selamat haku masih hidup sihat walaupun menghirup udara yang di kongsi bersama satu gerabak!Hanya tuhan yang tahu!

Aku terlupa bawak kamera...ingat nak jugak tepek kat sini betapa sesaknya stesen komuter semalam!

Huwaaaa!! sejarah betul!
Yang pasti...Malaysia Boleh......Boleh sumbat satu gerabak kalah ketapi India!!

Tuesday, June 8, 2010

RS WaReHoUSe SaLe !!

Haaaa! tetiba semalam ternampak bunting RS Warehouse Sale! Apalagi hakak ni..cecepat pergi on the first day dengan harapan tidak perlu mendapat serdak kumbahan orang lain di akhir2 waktu.
Maka..sebelum orang tu siap tag rege lagi hakak dah masuk bersama ibu2 lain yang tak la ramai pun...5-6 orang jer.

Baju hat bertiga di atas...cik Am punye.Sila bayangkan kecomelannya! :)

Ooii salah...Cik Am yang pilih untuk anak teruna kenit tu, yang paling best..satu helai cuma 10 hengget! sangat la sesuai untuk hakak pakaikan pada anak hakak.Kang beli baju mahal..habis ada yang mereport aku dapat duit dari kerajaan langit mana pulak?


Seluar ni konon2 nak buat pi mandi pantai.Ntah kurun bila nak pegi pantai pun tak tau? Kalau tak..nanti suruh Umar & Feesa lenjan kolah rumah atuk Palong jer.


Last but not least...beli la jugak baju Feesa...hat gown jeans tu 10 hengget jugak...harga asal 36.90 kot.Jadik lah..baju dalam tu 9 hengget jer.
Buat basahan jer ni.Anak hakak mana cermat pakai baju, lagi2 si Feesa, nak lap hidung guna lengan baju pun boleh!Huh! kemproh!!


Lupa nak habaq..
Sale di Seksyen 15 Shah Alam
dari 8-13HB June
10 pagi - 6 petang.


Monday, June 7, 2010

DeMaM BoLa !


heheheheh!
Macam lah minat sangat tengok bola!
Tapi Umar Zidan minat bola tau.Sebab tu dah belikan dia sebiji bola murahan kat Tesco, si bapak siap pilih hat Brasil lagik!
Maka dengan sedondonnya si Umar Zidan di suatu petang..mak dia dapat snap gambar ni.

Haaa...ni muka penat selepas sepetang training baling bola, sebagai permulaan menjadi bintang bolasepak terkenal persis Zinadine Zidane, maka si Umar Zidan kena mulakan dari peringkat paling bawah sekali.
Mak dia jadik coach!

DaTeS SyRuP !!


Hi all..
ini produk terbaru yang saya bancuhkan dalam setiap minuman dan makanan untuk Umar Zidan...dan juga minuman kami.
Rasanya mestilah seperti manisan kurma, kalau untuk Umar Zidan, saya bancuh kan sedikit dalam satu sudu teh kedalam susu dan bubur nasi dan jugak nestum!
Semoga dapat lah jugak khasiat kebaikan kurma tu pada si Umar ni..sebab dia tak boleh menguyah lagi..mana taknya..gigi masih setia 2 batang di bawah!

CeRiTa HuJunG MiNGGu !!

Hari Sabtu & Ahad yang lepas..kami bersiar-siar bukan dengan kapal persiaran..tapi dengan kereta buruk kami yang dah habis bayar hutang tu (harus membanggakan diri).

Hari Sabtu cuma ke Giant membeli barang dapur sikit2 tapi 100 hengget jugaklah habis.Ohh! harga barangan semakin mahal sekarang ni.Oleh itu..haruslah kerap memasak sendiri daripada makan di kedai..haaaa...makcik ni kalau tengah rajin..asiklah memasak.Nak dinner pun..pukul 4 petang dah standby nak masak.
So hari Sabtu selepas ke Giant..makcik ni masak lah lamb shoulder lagik dan lagik!!
Itu hari ada yang tanya resepi..benornya takde resepi..pakai taram jer.

Tapi yang pasti..the lamb shoulder makcik (eeehhhh tersasul pulak..) hakak perap ngan sos Mustard, Honey & Herbs tu.
Jangan di tanya apa kebenda herbs nya itu...beli dan perap sahaja yer. Harga sos tu sebotol ialah 10 hengget lebih sikit kot.

Sebelah sos mustard tu ialah sos Muschroom..hat ni hakak buat kuah black pepper mushroom tu.Tapi masa masak last Saturday tu, anak hakak si debab tu asiklah menjerit2 macam kena sawan kat tangga umah..maka hakak ngko ni telah tercurah hampir 3 suku sos dari dalam botol tu.
Huuuwaaaa..! macam tak sedap la pulak hasilnya.
Tapi dah lapar punye pasal..wajibun habis licin kami makan anak beranak!



Inilah hasilnya....dalam gambar memang tak nampak sedap...takde rupa komersil lansung la katakan.Tapi kami punye perut tak kira komersil ker tak, asal boleh baham jer!


Bye !





Friday, June 4, 2010

MeLaHiRKaN BaNgSa Yg KuaT !!

saya sangat menyesal..kerana baru sekarang..
saya baru tersedar..
kenapa tidak dari dulu lagi..
bila kita mendengar bangsa yang kuat tetapi kejam itu dari kaum Yahudi
mereka telah membina bangsa mereka sejak berkurun lamanya...
dengan menjaga pemakanan anak2 zuriat mereka semata2 untuk menguasai dunia..!!

Mengapa tidak kita..umat Islam????

dan

sejak kebelakangan ini baru saya sedar...
kita juga harus menjaga pemakanan anak2 dan zuriat kita untuk membina bangsa yang KUAT!!
Melalui makanan..kita dapat menjana minda dan otak kita supaya lebih optimum daya pemikirannya..lebih bijak dan lebih pandai.
Baru kita dapat menguasai dunia dengan ilmu yang kita ada!!


mari kita
beri anak2 kita makanan yang menyihatkan minda..
kalau tidak pun...masaklah makanan itu sendiri di rumah..
tiupkan doa dalam setiap masakan kita supaya berkat doa ibu/isteri itu dapat menyuburkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah juga berkat hidup di dunia/akhirat!
Amin!

SaYa KoNgSi ApA YaNg SaYa TaHu.....

Pagi tadi saya menonton rancangan MHI, lately memang isu yang di war2kan di TV semua tentang kempen kemanusiaan GAZA dan tentang keganasan Rejim Zionis.

Pagi tadi, seorang tetamu iaitu...?? arrrgghhh tak nampak pulak namanya...
beliau bercerita tentang "Siapa itu kaum Yahudi - Israel?"..actually mereka membincangkan tentang sebuah buku yang bertajuk PALESTIN TAK PERNAH GENTAR.Saya rasa...kita semua patut beli dan baca buku ini, banyak ilmu yang kita tak tahu tentang mereka dan banyak di paparkan penderitaan orang2 Palestin melalui gambar, sampai ada gambar seorang kanak2 yang rentung di dalam itu.
Zionis itu terlalu zalim!

Apa yang saya ingat....

1) Israel datang dari keturunan Bani Israel yang wujud sejak zaman Nabi lagi..malah ramai keturunan nabi2 adalah dari keturunan Bani Israel.

2) mereka sangat percaya yang mereka adalah kaum yang terpilih oleh Tuhan untuk kekal di dunia ini...dan tidak kaum2 lain.

3) Allah pernah menyesatkan mereka selama 40 tahun kerana kemurkaan Allah terhadap keangkuhan mereka daripada memasuki Baitulmaqaddis.

4) Apa juga yang saya dengar dari penerangan ustaz itu..tidak semua kaum Yahudi itu jahat.ianya sama seperti tidak semua orang Islam itu baik.Tetapi..mereka yang memegang fahaman Zionis ini adalah Yahudi yang sangat ekstrem untuk menakluk dunia dengan membinasakan kaum lain iaitu yang petama sekali, Orang Islam, kedua Orang Kristian dan ketiga bangsa2 atau kaum2 dan agama lain di dunia!

Dan ustaz itu bercerita lagi...
kalau nak tahu..apakah rancangan TV yang ke udara di Israel itu???
Cuma cerita tentang 2 perkara iaitu : Makanan & Pendidikan

* mereka sangat menjaga pemakanan mereka yang di yakini dapat membantu/menjaga kecerdasan otak mereka dan memastikan umur mereka panjang!
* Pendidikan pula..mereka memastikan ..ibu2 hamil mendengarkan bahan ilmiah sejak bayi di dalam rahim lagi dan makan makanan minda supaya mereka semua melahirkan bayi yang bakal menjadi manusia yang genius dan bijak pandai.Kerana itu...kebanyakan CEO bank2 antarabangsa dan bank2 terbesar di Amerika di ketuai oleh bangsa Yahudi.Mereka sangat bijaksana!

kini saya mula mengorak langkah..walau entah bila baru dapat kesannya..untuk anak2 saya mengamalkan makanan untuk minda.
Sebab orang Yahudi ini sudah berkurun membina bangsa mereka yang kuat!

Satu lagi yang saya pikir..tentang kelemahan kita ialah..kurang keimanan kepada Al-Quran sedangkan si Yahudi laknatullah itu sangat beriman kepada kitab mereka iaitu Talmud..kitab yang di ubahsuai mengikut motif kejam mereka menakluk dunia!

Maka..marilah kita mencermin diri kita...perbetulkan diri kita sambil berdoa agar Allah mengurangkan kesengsaraan saudara kita di Palestin, juga supaya Allah memberi azab di dunia kepada bangsa Yahudi ini.



~ tidak akan datang kiamat selagi kaum Muslimin tidak dapat menghancurkan Yahudi ~


RiViEw PaSaL MJ !!

muahahahahah!
takkan secepat itu ianya berkesan???
si bapak cakap "takde kesan ker kat mak ngko ni"? Relax ajer!!
hahahahahaha...
memang aku nak gelak! sabor ekkk kawan2...ker hakak ni terlambat sikit nak boost up energy!!
dah 'tua' kaedahnya..nak panas tu ambik masa sikit!

~ sob...sob...~

Thursday, June 3, 2010

MJ......bUkAN MaIKeL JekSeN !!


muahahahahahaha!
pernah tak dengar MJ????
takkan tak pernah...ada kawan tanya apa tu?? short form Mak Janda ker??
Tak la...! takkan Mat Jambu pulak??

Hihihihi...MJ = Malam Jumaat...haaaa, malam ni la tu!
Awas!! Banyak hantu berkeliaran orang cakap! kikikikiki!

Semenjak dua menjak ni hakak ni macam terover2 nak menerai MJ ni....korang jangan dok pikir hakak ni nak menambah tenaga malam jemahat pulak yer.Sudah2 lah dengan yang 2 ketul tu! Kang ter'proses' lagi...9 bulan + 2 bulan hakak merana!

Okkey...semalam dah beli pun..MJ untuk wanita..perisa madu + strawberry. Ingatkan benda ni di spray2 bawah lidah keluar cam minyak wangi tu.Tapi ubatnya likat ..macam madu, rasanya pun!Tapi sedap sungguh! Caranya, sembur di bawah lidah di waktu pagi sebelum serapan untuk kesan optimum! Tapi malam pun hakak sembur jugak!Kikikikik..hakak ngko ni ober tau.

So far takde lah kesan nya lagi! Saborlah....baru 2 kali sembur.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut....ker nak cuba ker... Klik di sini yer... MJ



~ hakak beli untuk meningkatkan tenaga untuk beramal ibadat sahaja ..tapi kalau dah terlebih benor...........tak pastilah apa yang jadik..mau aku cat umah tetiap malam kot! muahahaha~




JuS PiNTaR !!


Salam semua,
semalam, saya membaca blog kawan blogger iaitu cik ME tentang khasiat pemakanan untuk minda anak2.Beliau pun korek idea dari sebuah laman blog yang lain.
Kagum jugak dengan usaha ibu itu untuk memaksimumkan perkembangan otak anak dengan memberi makanan kepada otak yang terbaik yang dah lama di amalkan oleh para tahfiz.

Hhmmmm..maka, mak Feesa & Umar ni pun apalagi..terhegeh2 la nak beri anaknya makan untuk kesihatan minda dan otak budak berdua tu. InsyaAllah, usaha saya berjaya lah hendaknya!

Tapi...saya mestilah guna jalan shortcut ajer..(patut aku yg makan ubat minda ni, tu yang lembap jer), semalam telah pegi kedai jamu dan beli 2 produk ini.


Hat atas harganya RM22 dan yang Jus Tok Guru ni pulak harganya RM20.
Yang atas buat minum malam, yang Jus Tok Guru minum pagi sebelum sarapan.
Kedua-duanya sama khasiat cuma Jus Doa yang di atas tu di campur pati epal hijau yang manis.
InysaAllah, saya berusaha mana yang termampu.Lepas ni nak terapkan anak2 mengambil minyak ikan dan buah badam yang dicampur dalam susu.

~ anak2 dah minum 2 kali seorang sejak malam tadi dan pagi tadi...kesannya..Umar Zidan jadik makin bijak sekelip mata bila dia bergayut kat kerusi dan jatuh!!! gggrrrrrrr!! bukan salah Jus Tok Guru, salah anak aku ada bakat nak jadik tarzan!!~

HaRgA PeNgeNaLaN !!

Hi all...
Harga pengenalan untuk Choco Almod Dates ialah

RM47/box of 45's (termasuk poslaju)

@

RM43/box of 45's (meet to collect)

@

RM25/20pcs (termasuk poslaju)

@

RM15/10pcs (termasuk poslaju)


~ Harga Confirmed 100% bukan lebih mahal tapi lebih murah daripada yang tercatat jika saya dapat order banyak ~


Wednesday, June 2, 2010

CoKLaT+KuRmA+BaDaM !!


Hi all....
haaaaa...sedia maklum aii ni memang minat meniaga kecil-kecilan
oleh itu, aii akan menjual "coklat+kurma+badam" untuk kali ini.
rasanya sangat sedap okkey dan originally bukan dari Malaysia la kan.
Yang hat ni aii import (chheewaah) dari Dubai.
Nanti aii tepek the gambar okey..."coklat+kurma+badam" tu ialah sebiji kurma yang di saluti coklat dan di isi buah badam yang rangup.
(gambar isinya..hat atas ni kotaknya)

Satu kotak = 45 biji
harga .....jeng jeng jeng!!

aii tell you all later!!



daaa...

Popular Posts