Tuesday, August 27, 2013

Ingat ... Sebelum Masuk Rumah ...

Bacalah 

sebanyak 3 kali dan kemudian memberi salam.

Buka sepatu kiri dahulu kemudian sepatu kanan dan melangkahlah masuk ke rumah dengan kaki kanan.

Sekadar ingatan....

kerana di atas pintu rumah kita itu terdapat jin penunggu yang akan sama-sama masuk ke dalam rumah bersama-sama kita jika kita tidak mempratikkan yang di atas.

Yang baik di kongsi bersama

A TriP Of A Life Time ....

Salam semua,
wah tajuk entry macamkan nak pegi bulan jer kan...
aku selalu berangan...kalau ada vacation pergi bulan aku nak ikut...tapi apakan daya duit tambang ajer nak dekat sejuta hengget...bukan itu cita-cita aku pun.

dalam hidup semua orang mesti ada cita-cita kecuali laki aku...
aku pun tak tau atau dia terlalu merahsiakan cita-cita dia. Nak jadi superman barangkali maka kenalah berahsia nanti orang tau kan..hahaha.

Dalam hidup aku pulak...
aku teringin nak memorikan perjalanan aku menjelajah ke 2-3 buah negara asing..tak banyak yang aku nak sebab mungkin tak bakal dapat, tapi yang 2-3 tempat tu aku akan pastikan cita-cita aku bakal tercapai sikit masa lagi atau sekurang-kurangnya tak perlu lah sehingga aku vateran benor baru tercapai cita-cita tu.

sebelum ianya menjadi kenyataan...
aku dah puas menjelajah blog orang membaca pengalaman mereka yang telah menjejakkan kaki ke negara asing...pada waktu itu..aku rasa alangkah bahagianya kalau aku jugak dapat memahat memori seindah itu bersama orang yang tersayang,

Kita pegi sini ker?? Kukenkhof Garden


Naik ini ker?? Glacier Express

berangan jer dulu...ada lagi dalam list ni...tunggu!


Wednesday, August 21, 2013

Tips Berjimat di kala membeli barang dapur

aku akan pastikan :

1. Pergi time perut kenyang so tak membeli membuta tuli nampak semua nak di beli konon nak balik masak
2. pergi tanpa bawak anak-anak
3. siapkan list barangan yang mesti beli
4. Limitkan belian untuk makanan yang sekadar penyedap tekak tapi tak kenyang pun mcm air2 jus, yogurt2, air kotak dan jajan2
5. Beli bahan basah yg akan di masak dalam tempoh 3 hari, sayur kalau tak pikir nak masak tak payah beli lansung.
6. mesti beli meggi,pasta,sos pasta,telur dan sardin
7.aku mesti beli bahan sarapan mcm pau segera,karipap segera,kentang goreng atau nugget (bukan 2-2) dan sosej.
8. Stock up sekali setiap bulan sabun basuh,softner,sabun cuci pinggan,minyak masak dan keperluan toiletries setiap kali walau masih ada stock di rumah..kalau murah beli 2...sebab ada masa bila duit terpaksa di ansurkan ke tempat lain..belian barang2 ini memakan amount yg bukan sedikit.

tapi kan...
masalah aku kalau beli time perut kenyang...
semua benda aku tak nak beli...sebab dah kenyang..takde idea nak masak..
dasar!!

Lauk-Lauk Sedap....

selepas asik tala rendang, masak lodeh, ketupat dan lemang...
lauk pauk yang sangat sedap dimakan dalah seperti
sambal sardin, sambal gesek, ikan masin goreng dan budu...
dimakan bersama nasik panas...
sangat membuka selera...

kalau ada sayur masak bening dan sambal belacan ada pulak ikan goreng garing...
ppphhhuuuhhh mau nasik aku 5 senduk!

* i'm hungry ghost!

Tuesday, August 20, 2013

Pre-Order Corelle ETA Disember 2013

Salam semua...
pre order corelle terbaru bermula end Ogos ini sehingga Disember 2013
kepada semua yang berminat boleh buat pilihan anda yang mana berkenan di hati..
jumpa page kami di Facebook Corelle & Friends untuk koleksi gambar corelle & Tefal

Akan datang kami akan bawakan produk-produk barangan dapur dari UK dengan harga berpatutan dan bayaran secara ansuran.

Tawaran terbaru...

Set Livingware 16pcs di tawarkan pada harga RM270/set normal price ialah RM290 (kuantiti terhad)

Sila sms atau email kami di amminafeesa@yahoo.com - 0185704633 (ammi)





Friday, August 16, 2013

9 Syawal sudah

Assalamualaikum... salam Jumaat 9 Syawal..
last week this day aku balik kampung laki kat N9,
hari ni aku dah pegi kerja pon..
Alhamdulillah anak-anak semua dah sihat, bila dah sihat lain pulak peelnya..
semalam aku cuti sebab Am offday..
so kami bawak anak2 jalan2...
lunch kat Ikan Bakar Jalan Bellamy lepas tu shoot ke IKEA..
sajer carik pasal.

Penat giler semalam dengan peel Hamzah..sejak baik sakit...
dia ngengade terlebih...
mengamuk sakan kalau nak sesuatu tak dapat..
contoh : Nak beli air dlm vending machine, nak air dlm botol instead of air dalam tin, duit aku pulak dah last kopek, pulak tu dah tertekan hat yang tin punyer..dia boleh bantai mengamuk sakan tak nak berhenti nangis nak 20 minit.
Aku ikat dia dalam car seat..ko nangis la puas2...dia dah letih nangis..tau pulak mintak tetek..
haaaaaa..baru ko tau...ngan mak ko ni..lagi ko nangis lagi aku buat tak kisah.

Biasa lah...sesekali aku treat jugak budak2 ni ngan toys, Hamzah dapat soft toys bentuk dinosaur kat IKEA, Umar dapat Kapten Amerika si kakak pulak dapat la Tumblin Monkey ker haper ntah nama mainan tu...semua tu adalah deduct their duit raya.
Sebab duit raya dah lebih seribu (3 beradik) so yang lebihnya aku tak kisah bagi dia orang belanja sikit.

Pagi ni mereka semua ikut papa hantar mak gi opis, sebelum tu kami pegi minum kat kedai..
ada pulak peristiwanya sebelum aku balik kedai tu...nak tau tak..lemah kaki ngan tangan aku...
kena sergah ngan anjing liar..selamat dia tak terkam si Pica..gatal sangat lari2..padan muka ko!

Monday, August 12, 2013

Eid 2013 - Macam Tak Raya Jer ....

Salam Lebaran semua..
Hari Raya kami kali ini sangat ter uji dengan tahanp kesihatan anak-anak yang tak begitu baik..
Hamzah is melepek sejak 28 Ramadhan membawa ke Syawal yang ke-3, diikuti Umar Zidan sejak Syawal ke-2 sampai la hari ini...


Tengoklah...Hamzah hampir tak berdiri atau duduk...cuma baring lemah sejak dia kena cirit birit dan muntah2 masa raya pertama tu..malah menangis pun tak..semua makcik2 aku risau tengok dia,sebab layu sangat sampai pucat. Tapi apa lagi aku nak buat..aku still bagi dia minum sebab dia rasa haus memanjang, tapi tiap kali minum..mesti keluar balik, apatah lagi kalau aku bagi ubat.Tapi nak raya kan..aku sarungkan ler jugak dia baju Melayu tu walau dia tak nak...pakai kejap jer buat ambik gambar.Selebihnya dia cuma nak tido..tido dan tido.
Masa raya pertama Umar Zidan terlebih excited atau sebenarnya dia pun dah berjangkit ngan penyakit adiknya aku pun tak perasan, tapi aku tau yg dia 1 hari tu memang tak makan lansung...makanya pagi raya ke-2 sebelum nak balik kampung Am Umar dah start muntah2..ada lah 2,3 kali muntah sampai kami berhenti kat R&R nak basuh muntah kat seat dan baju dia..huhu
Al kisah..2 budak sudah tumbang di hari raya.

Masa ni okey lagi..kami kat kampung belah mak aku...

Si Feesa so far Alhamdulillah masih sihat...jangan dia pun sama aku tak larat dah wei..hari ni dia masih kat kampung sebab tak puas beraya lagi ngan atok nenek...
biarlah..nanti dia balik sini ngan Mak Ngah nya..harap2 dia sihat2 jer...kalo dia lembik kang siapa pulak nak mendokong dia pegi klinik..mau patah pinggang bapak kau.

Semua anak2 mak cepat sihat!!


* Hamzah dah sihat selepas 5 hari tak makan...badan susut 2kg sampai mata cengkung..start petang Sabtu dia dah mula mintak nasik,lapar sangat agaknya...makan dengan banyak walau cuma lauk kicap manis dan takde muntah2 dan cirit lagi.

Tuesday, August 6, 2013

Macam Tak Raya Je Aku Ni Nampaknya ...

Salam all
macam biasa..semua plan aku hancus tahun ni...
rasanya aku plan nak raya sejak last year lagi tapi sampai masanya semua masih tak siap
tahun ni memang aku berangan nak shopping last minute (plan paling bongok!)
hasilnya....2 hari lagi nak raya ni...
baju Melayu Umar Zidan ngan Hamzah Qayyum tak beli lagi..
baju kurung aku ngan Feesa tak sempat lagi nak ngambik....
hanbag aku ialah beg plastik mahal nampak semua didalamnya...aku rasa cam kena tipu ngan seller ni..aku nak dalam gambar lain dalam realitinya 100% lain..dia seboleh2 suruh aku percaya apa yang aku nak mmg dalam gambar lain. Stupid!!
Okeh..selipar raya sampai ke saat ini memang aku takde...ntah2 aku tak beli lah kot..malas nak pikir..
2 malam aku tak tidor dah...
Hamzah pulak start petang semalam muntah-muntah dan cirit birit...
malam tadi pukul 1215 aku pegi klinik anak beranak...
lepas tu Hamzah tak mau tidor..kerempeng perut dia bila habis keluar semua isi perut sampai muntah kuning.
Kesian sesangat! Dia nak minum air tapi memang tak boleh lansung..seteguk dia minum dan dan tu terus tersembur balik...
pening kepala mak dah...aku tidor kat bawah je pagi tadi senang nak keluar masuk bilik air...
harap2 ler HAmzah cepat baik yer...
aku heran ler..sejak Feesa dulu anak2 aku jenis jarang giler demam atau sakit..tapi tiap kali nak raya jer aku memang asik ulang alik klinik..raya thn lepas sebelum raya 2-3 hari dah demam si Umar...
thn sebelumnya raya pertama aku gi klinik bawak Hamzah tak sihat..thn sebelum tu Umar pulak semput.
Mencabar sangat raya aku tetiap tahun...

bertabahlah yer mak....walau kasut raya aku takde...
yang penting anak2 aku sihat dan gembira di hari raya nanti.

Wednesday, July 31, 2013

Check List Hari Raya !!

Salam 22 Ramadhan yang tenang,
setakat ni Alhamdulillah puasa aku masih penuh...sikit hari lagi kot baru bendera Jepun naik...maknanya aku beraya awal la kali ni.

Lagi 7 hari nak raya...
banyak benda aku tak sediakan lagi...
Meh aku senarai pendekkan :

Langsir - dah beli tapi panjang belum hantar potong dan railing rod pun tak pasang kat dinding lagi.
Kuih raya - satu jenis pun aku takde teringin nak beli atau tak tempah satu pun
Baju Raya - semalam aku call tailor dia cakap baru bukak pelastik kain aku..okey mcm mana nak cakap yer..sabor ajelah tapi aku cakap kalau baju aku tak sempat tolonglah sangat siapkan baju anak dara aku sebab kalau saiz dia memang takdelah jenis yang readymade.
Baju raya jejantans aku pun semua belum beli..kali ni aku tak kisah nak warna apa pun yang penting murah...so sehari sebelum raya baru aku belikan baju mereka.
Karpet - no bajet
Selipar - hat ni untuk sayang-sayang aku semua dah setel..untuk kaki aku jugak yang tak setel lagi..aku masih pakai selipar koyak rabak pegi opis ni...sadis!
Cuci sofa seat cover - plan asal nak beli yang baru tapi malas la habis duit nanti kalau ada duit lebih lepas raya boleh la beli, so nak cuci pun aku takde masa lagi.
Cat dinding - aku dah siap pasang tape untuk tandakan bahagian mana aku nak cat..nampak gaya macam tidak jer.

Apa yang sudah hanyalah...

lap tingkap dan kipas oleh Encik Am,,,,selamat lah ada laki kan..kalau takde laki memang aku tak raya lah jawabnya.

okeh...nak sambung list lain!

Tuesday, July 30, 2013

Benjolan Kecil Di Belakang Leher ...

Salam all...
Aku tengah rasa tak berasa seronok ni walau kita semua tengah "berhari raya" sekarang ni...
sejak awal bulan hari tu...ada benjolan kecil muncul di kelenjar leher sisi aku..dan bawah kepala sikit dekat dengan leher sisi jugak.
Rasa agak musykil dengan ketulan yang tiba-tiba sahaja muncul,sikit sakit macam bengkak tapi tak berapa sakit benornya, aku terus pegi klinik.
Doktor check di bahagian lain macam ketiak dan celah garisan panties kita tu..tapi kat situ takde benjolan..Alhamdulillah which is better than kalau tak tempat tu pun ada, maka ianya agak berisiko tapi tak dinyatakan apekah risikonya...But aku still cuak jugak sebab bunyiknya macam "sesuatu" sangat.

Doktor kata ia barangkali terkena jangkitan dan bagi aku antibiotik untuk 5 hari, maka aku pun makan jangan miss okey makan antibiotik ni sampai habis. Selepas tu benjolan itu semakin kecil dari mula2 aku kesan, lepas 2 hari habis antibiotik..aku pegi doktor semula sebab walaupun dah kecil ia masih tetap ada dan doktor suruh sambung antibiotik lagi 5 hari. Beres 5 hari cycle ke-2 antibiotik aku...aku lega sebab ianya seakan hilang. Tapi kalau kita urut urat tengkok/leher tu masih rasa samar2 benjolan tu. Aku pun relax jer lah.

Tiba2 2-3 hari ni aku urut2 kat tempat tu..makin terasa pulak...dah jadi besar balik benjolan tu.So far aku memang takde demam,batuk atau selesema kuat jadi semalam aku terus pegi klinik balik dan doktor bagi aku referring letter ke hospital.
HHhmmmmm....sesuatu yang aku tak pasti...tapi makin banyak aku search makin gelisah pulak hati ini.
Moga-moga ianya hanya ujian yang kecil buatku di bulan Ramadhan ini sebab ada orang dah start bergenang air mata dengar cerita aku ni. Kesian dia....

Kalau kawan-kawan pernah mengalami seperti mana aku alami sekarang..mintak kongsikan info atau pengalaman yer.

Terima kasih.

Monday, July 29, 2013

Pemanggang Ajaib Benor - Aku Pun Ada - Kagum!!

hahaha...
tajuk tak hagak-hagak

orang lain lama dah main2 periuk pemanggang ajaib ni..
aku pulak baru jer keluar kotak semalam...
Alhamdulillah..dapat jugak ler walau tidak ketika ianya sedang hot di pasaran..
aku kan jenis lemau2 sikit bab-bab memasak ni..
orang lain dah simpan buat tukun pemanggang dia aku baru nak bagi panas bontot pemanggang tu..
Lama dah aku berhajat..kan bulan Mac lalu aku pegi Langkawi..tapi hati tersumbat nak bershopping, maka satu haper pun aku tak beli..
Last week kawan baik aku yang tinggal kat Langkawi tu balik Shah Alam
makanya aku pun mengirim ler pemanggang ni seketul.

*Gambar kredit to blog iamzainab*

Takde masa nak snap..anak aku kulur kilir buat mainan dia..bila lepas sorang,sorang lagi hangkut..siap ada yang terkepit jari lagi..gasak korang ler.

So semalam aku dah panggang ayam setengah peha tu 2 ketul buat lauk nasik ayam...yang penting tak merecik minyak dapur aku.

Aku punye saiz 32cm..harga dia cuma RM99 shj.

Saturday, July 27, 2013

IN Stock Now !! Corelle Hanami Garden

Hanami Garden x 2 set 
RM350 per set - COD Shah Alam after 31st July 2013 while stock last.
SMS to 0185704633

Wednesday, July 24, 2013

Selipar Raya Dah Setel !!

Hello all, Salam 15 Ramadhan, eeehhh dah setengah bulan kita berpuasa, laki aku pun dah 4 hari balik ke rumah. Hidup aku tak kucar kacir dah macam dulu, dapur aku dah bersih berkilat sebab sebaik ajer Am balik dia terus bersihkan dapur. Sedih okey...ingat nak manja2 dulu..boleh pulak laki aku bersihkan dapur dulu, dah dia rajin benor aku tidor je lah kat depan..muahaha!. Am jugak dapat tangkap 3 ekor Cik Ti hasil memerangkap...effisen betul ko bang.

Disebabkan dia begitu komited membersihkan dapur...
malam semalam aku belanja dia iftar, so far dah 2 kali kami keluar makan iftar di luar, aku akan turutkan ajer apa yang dia rasa teringin nak makan, al maklum duk jail 2 bulan.tak lalu makan sampai kempis perut dia..but i loike that!! haha

Semalam lepas berbuka kat Seoul Garden, aku terus pegi kedai nak carik selipar untuk aku dan Am..Selipar budak2 dah setel hujung bulan lepas.Now tinggal selipar Am dan aku jer..paling hazab benornya selipar aku..dah putus okey, tapi aku still pakai pegi opis..sian aku. So far aku takde berkenan lagi dengan mana2 selipar kat kedai2 yang aku kunjungi.So semalam beli untuk Am je la dulu...

Yang ini Am punye

Yang ini Umar punye, aku tak tau kenapa dia minat kaler kuning pulak.Sungguh kalerful hidupmu nak.

Yang ini macam selipar aku pakai sekarang yang dah putus tu..tapi inilah pilihan selipar raya Feesa..dan yang paling best,kami berkongsi saiz yang sama = W7!!!

Tadaaa...tetiba Hamzah dapat brand lain pulak selipar dia kali ni...dia okey jer, pantang nampak selipar baru dia mesti nak pakai...so kena sorok2 dulu,kalau nak pakai dalam rumah saja di benarkan. :)

So...mereka semua dah ada selipar raya..mak jer belum dapat lagi.Napsu shopping tak bergelora lagi..tunggu!!

Monday, July 22, 2013

Murah Rezeki Boss !!

Setiap kali iftar boss bagi duit untuk beli makanan...
dan yang paling best..
hari ni katanya nak bagi duit bonus raya...
hallamak..kerja tak sampai setengah tahun pun dia nak bagi aku jugak.

Lagi -lagi best....
mulai bulan depan aku dapat gaji baru lagi..
Alhamdulillah...2 kenaikan gaji dalam tempoh 6 bulan bekerja.

Resepi kejayaan...

jangan selalu merungut dan tunjuk kita tak boleh buat kerja..
apa yang boss suruh walau diluar job scope kita..
laksanakan dengan cemerlang sekali.
ini resepi aku bekerja..
Alhamdulillah..selama aku bekerja dengan 3 majikan...
aku dapat boss boleh di katakan sangat menyayangi aku....

Boss pertama aku ialah ex-boss aku sebelum ni...
masa 1st time aku berhenti mcm-mcm dia bagi aku..padahal aku kerja 1 thn setengah je kat situ sebelum aku tukar tempat lain.
2nd boss aku..tokei kilang cina..aku sales clerk je kat situ...
tapi bila aku nak berhenti..MD kat situ siap pegi belanja aku makan kat restoren sekali dengan dia.
3rd boss aku ialah boss aku yang pertama dulu...
apa nak buat company dah tak boleh nak survive,dia bagi aku 6 month salary lepas aku berhenti kerja hari tu...syukur Alhamdulillah sangat-sangat.
Belum pun berhenti aku dah dapat offer termpat kerja sekarang ni...
Aku percaya...dalam setiap pekerjaan yang kita lakukan..sentiasalah ikhlas dan rendah diri,lagi-lagi dengan majikan kita...barulah boss sayang.

Hahaha...
jumpa lagi!

Kedai Emas Murah !!

Assalamualaikum..

Okey... last time masa me buat entry pasal gelang emas baru tu...
me ada tulis pasal kedai emas harga murah di KL..
so ada 1,2 orang tanya nama dan alamat kedai tersebut.

Namanya kedai dan alamat adalah seperti berikut


SMS Deen Jewellers Sdn Bhd

52, Jalan Majlis India, Kuala Lumpur, 51100, Kuala Lumpur, WP Kuala Lumpur

    Tel: 03-2693 0455

Sebelum nak pegi tu bolehlah call kedai tu tanya harga emas hari ini...
Untuk pengetahuan, layanan kedai emas ni boleh kata average la..dia takdelah layan kita macam puteri nak beli berlian sebab kat dalam kedai tu memang ramai sangat orang..kalau kita setakat nak tanya-tanya cuci mata jer baik tak payah,mula-mula pilih corak mana yang kita berkenan lepas tu beritahu dia berapa gram emas yang kita cari (kira budget kita la)
Sebab dalam satu corak katakan rantai tu dia ada sebonjot corak yang sama dengan berat pelbagai...so buatlah pembelian ikut budget kita.

Yang penting, mintak kurang pada harga upah emas, rantai leher boleh dapat upah less rm100 dan ada kawan me dapat upah untuk sebentuk cincin cuma rm15 sahaja.

Bijaklah membeli!

Selamat bershopping.

Friday, July 19, 2013

Noktah 9 minggu !!

Assalamualaikum semua..
salam Jumaat yang indah lagi berakah..
esok..penantian 9 minggu aku dan anak-anak bakal berakhir..
Suami dan papa anak anak bakal pulang dan kami akan hidup seperti biasa...seperti 9 minggu sebelum ini...
seperti hampir 10 tahun yang ku lalui bersama...

Hati berbunga riang...
makin dekat harinya makin hari-hari nak terima call darinya...
Semoga Allah memberkati jodoh kami..
Insya Allah.




Lama tak tepek gambar Hamzah yang sudah makin pandai bergaya...
Sikit-sikit nak pakai seluar jim..seluar jim!!
Selamat seluar jim Umar dulu banyak..so dia pakai jer seluar jim abang!

*mak tak sabar nak tunggu esok*

Thursday, July 18, 2013

Ikat Nafsu, Kawal Belanja di Musim Perayaan !!

Salam semua...
sering kali kita dengar perbelanjaan melampau dan kawalan bajet yang longgar atau kita terikut napsu yang berkehendakkan itu dan ini setiap kali menjelang perayaan.

Nak tak nak...
paling kurang bajet yang harus disediakan adalah dalam linkungan 1 ribu ringgit atau lebih, bagi yang berkeluarga kecil..kurang dari bajet yang dinyatakan adalah lebih baik.

Jangan dilupa...
tahun ini kita bakal menyambut Syawal pada 8hb Ogos, maka gaji mungkin akan diberi seperti bulan kebiasaan iaitu pada 25hb..syukur di situ sebab kalau bagi gaji awal sangat takut ada yang tak cukup duit sambil nak menunggu giliran gaji akan datang.

Seboleh-bolehnya...
untuk mengawal napsu dari membeli yang bukan-bukan..
cuba senaraikan apa lagi perbelanjaan yang kita perlukan atau inginkan untuk hari raya nanti..
mana-mana yang dirasakan tidak perlu atau hanya dipakai sekejap sahaja, cuba abaikan!

Apa yang lebih baik...
kita hendaklah berbelanja mengikut senarai dan bajet yang telah ditetapkan,disiplinkan diri untuk tidak sesekali melanggar senarai atau bajet yang telah dibuat. Ayat dalam hati yang sering sekali terbit macam "takpelah..beli jer dulu" selalunya akan mendukacitakan kita kemudian hari, biasanya selepas pulang berhari raya dari kampung, jangan dilupa rutin harian selepas itu yang menuntut perbelanjaan harian seperti biasa.

Untuk musim perayaan kali ini..
Kami telah buat peruntukan yang sesuai dengan keperluan dan kehendak kami sekeluarga, juga termasuk dalam bajet ialah pemberian kepada insan tersayang iaitu ibu bapa dan mertua semestinya.

Till next episode!


DaPuR KoToR !!

Salam semua...
huhuu..sedih la aku sekarang ni...
dapur aku selalu kotor sebab dikunjungi tetamu tak diundang...
kalau dulu datang carik sampah jer...
sekarang siap tinggalkan najis lagi...
bersepah sana sini...geli mak!!
Setiap petang balik kerja aku kena bersihkan dapur sebelum masak..
malam sebelum tidur pun aku pastikan dapur bersih sebersihnya dan tak tinggalkan sampah lansung.
Semua sampah terus buang ke tong besar.
Tapi bila time sahur aku nak panaskan lauk...
dapur kotor kembali..bau busuk dan najis sana sini.
Tension la weh...
aku takut mana tau kalau aku cuci pinggan mangkuk yang digunakan tu tak bersih ker??
Lepas tu guna untuk makan..NAuzubillah..
Aku tunggu Am balik ni..
hari2 aku dok ngadu ngan dia...
tetamu tu datang bawak anak kecik 3 ekor lagi...
Am cakap tunggu dia balik..dia projek kemas dapur dan pasang perangkap...
siap lah kau!! Aku dah cakap ngan laki aku!!

Tuesday, July 16, 2013

Corelle Murah sempena Ramadhan!

Untuk pembaca dan pencari corelle sempena hari raya nanti
kami dengan sukacitanya membuat tawaran istimewa sempena bulan yang berkat ini

Hanami Garden x 1 set

Garden Sketch x 2 set

Camellia x 2 set


Harga terendah di pasaran :
RM330 COD! 

Cepat sebelum kehabisan.
SMS di 0185704633

COrelle Stok Julai - HampIr TiBa !!

Assalamualaikum semua..
stok pre order corelle sudah tiba di Malaysia tapi masih ada pada supplier..

ada 2 design yang available untuk di beli secara COD

Hanami x 1 set

Garden sketch x 2 set


sms saya untuk details :0185704633

Popular Posts