Monday, August 12, 2013

Eid 2013 - Macam Tak Raya Jer ....

Salam Lebaran semua..
Hari Raya kami kali ini sangat ter uji dengan tahanp kesihatan anak-anak yang tak begitu baik..
Hamzah is melepek sejak 28 Ramadhan membawa ke Syawal yang ke-3, diikuti Umar Zidan sejak Syawal ke-2 sampai la hari ini...


Tengoklah...Hamzah hampir tak berdiri atau duduk...cuma baring lemah sejak dia kena cirit birit dan muntah2 masa raya pertama tu..malah menangis pun tak..semua makcik2 aku risau tengok dia,sebab layu sangat sampai pucat. Tapi apa lagi aku nak buat..aku still bagi dia minum sebab dia rasa haus memanjang, tapi tiap kali minum..mesti keluar balik, apatah lagi kalau aku bagi ubat.Tapi nak raya kan..aku sarungkan ler jugak dia baju Melayu tu walau dia tak nak...pakai kejap jer buat ambik gambar.Selebihnya dia cuma nak tido..tido dan tido.
Masa raya pertama Umar Zidan terlebih excited atau sebenarnya dia pun dah berjangkit ngan penyakit adiknya aku pun tak perasan, tapi aku tau yg dia 1 hari tu memang tak makan lansung...makanya pagi raya ke-2 sebelum nak balik kampung Am Umar dah start muntah2..ada lah 2,3 kali muntah sampai kami berhenti kat R&R nak basuh muntah kat seat dan baju dia..huhu
Al kisah..2 budak sudah tumbang di hari raya.

Masa ni okey lagi..kami kat kampung belah mak aku...

Si Feesa so far Alhamdulillah masih sihat...jangan dia pun sama aku tak larat dah wei..hari ni dia masih kat kampung sebab tak puas beraya lagi ngan atok nenek...
biarlah..nanti dia balik sini ngan Mak Ngah nya..harap2 dia sihat2 jer...kalo dia lembik kang siapa pulak nak mendokong dia pegi klinik..mau patah pinggang bapak kau.

Semua anak2 mak cepat sihat!!


* Hamzah dah sihat selepas 5 hari tak makan...badan susut 2kg sampai mata cengkung..start petang Sabtu dia dah mula mintak nasik,lapar sangat agaknya...makan dengan banyak walau cuma lauk kicap manis dan takde muntah2 dan cirit lagi.

No comments:

Popular Posts