Salam all...
Aku tengah rasa tak berasa seronok ni walau kita semua tengah "berhari raya" sekarang ni...
sejak awal bulan hari tu...ada benjolan kecil muncul di kelenjar leher sisi aku..dan bawah kepala sikit dekat dengan leher sisi jugak.
Rasa agak musykil dengan ketulan yang tiba-tiba sahaja muncul,sikit sakit macam bengkak tapi tak berapa sakit benornya, aku terus pegi klinik.
Doktor check di bahagian lain macam ketiak dan celah garisan panties kita tu..tapi kat situ takde benjolan..Alhamdulillah which is better than kalau tak tempat tu pun ada, maka ianya agak berisiko tapi tak dinyatakan apekah risikonya...But aku still cuak jugak sebab bunyiknya macam "sesuatu" sangat.
Doktor kata ia barangkali terkena jangkitan dan bagi aku antibiotik untuk 5 hari, maka aku pun makan jangan miss okey makan antibiotik ni sampai habis. Selepas tu benjolan itu semakin kecil dari mula2 aku kesan, lepas 2 hari habis antibiotik..aku pegi doktor semula sebab walaupun dah kecil ia masih tetap ada dan doktor suruh sambung antibiotik lagi 5 hari. Beres 5 hari cycle ke-2 antibiotik aku...aku lega sebab ianya seakan hilang. Tapi kalau kita urut urat tengkok/leher tu masih rasa samar2 benjolan tu. Aku pun relax jer lah.
Tiba2 2-3 hari ni aku urut2 kat tempat tu..makin terasa pulak...dah jadi besar balik benjolan tu.So far aku memang takde demam,batuk atau selesema kuat jadi semalam aku terus pegi klinik balik dan doktor bagi aku referring letter ke hospital.
HHhmmmmm....sesuatu yang aku tak pasti...tapi makin banyak aku search makin gelisah pulak hati ini.
Moga-moga ianya hanya ujian yang kecil buatku di bulan Ramadhan ini sebab ada orang dah start bergenang air mata dengar cerita aku ni. Kesian dia....
Kalau kawan-kawan pernah mengalami seperti mana aku alami sekarang..mintak kongsikan info atau pengalaman yer.
Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Assalamualaikum semua.. since saya menulis tentang bisul di kepala Umar 2 tahun lalu rasanya, ramai yang berkunjung untuk mengetahui apaka...
-
Assalamualaikum dan selamat pagi semua.. Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment... saya buat last week hari Jumaat 27/1...
-
Assalamualaikum semua, sebelum ni sebenarnya aku nak review pasal produk Hada Labo yang aku dah guna selama 1 minggu lebih, Alhamdulillah a...
-
Hari ni nak cerita kisah aku beli tiles murah kat warehouse Niro Granite, kilangnya ada kat Seksyen 15 Shah Alam ni, dekat sangat ngan ru...
-
Senang jer nak buat Pavlova ni benornya...haihhhh....kalau mak buyung ni mengidam.Harus di sempurnakan.Nak beli sepotong kena makan sorok2.T...
No comments:
Post a Comment