Hari ni nak sambung kisah berangkai pasal laser treatment...
saya buat last week hari Jumaat 27/12/2013 pukul 1130...details sungguh..eehhh tempat tak tulis...di Radiant Clinique, Bukit Jelutong Shah Alam.
Kali ini doktor suggest buat Fractional Co2 atau senang cakap Co2 je lah yer. Tujuannya untuk menghilangkan bekas2 parut jerawat dan sekutu-sekutu yang tak berapa cantik atas kulit muka ni, jeragat, tanda penuaan awal dan sebagainya. Bila kulit terkena pancaran laser tersebut, kulit kita akan "cedera", akibat dari "kecederaan" tersebut, maka collagen kulit akan bergiat aktif untuk membina sel-sel kulit baru menggantikan tempat yang "tercedera" tadi, hasilnya...muka lebih cerah dengan kulit baru dan tanda2 yang tidak diingini itu akan pulih hasil daripada si budak collagen tadi yang bekerja keras....gitu la ceritanya.
Kalau salah sila rujuk pada yang pakar.
Mula mula masa pegi klinik...mereka buat facial kat muka dulu..bersihkan muka sebersih-bersihnya. Kemudian sapu krim kebas...okey me dengar cam scary kah proses ini sampai kena sapu krim kebas? Krim kebas di sapu dan dibiarkan selama 30 minit...sebelum tu di tepek plastik kat muka ni..supaya krim tu diserap cepat dalam kulit muka...
sedar tak sedar..merah padam muka me masa tu...panas pipi mak..tetiba cam blushing gitu!uwweekkk!
Ni mesin2 dalam klinik..mula2 aku ingat guna mesin tu...tapi bila aku belek2 nampak cam mesin nak sedut lemak je benda tu...heh bior betul? Ahahaha spekulasi tak sudah2..itu bukan mesinnya. Itu mesin lain.
Keadaan muka setelah di sapu krim kebas...di letak plastik pembalut biar cepat krim tu meresap..time ni bila pegang pipi rasa hangatnya. Sekali tengok muka..merah tak padam2 rupanya...takut okeh! Selepas 30 minit..muka start rasa kebas2 sikit...especially kat bahagian yang di sapu krim tu.
Kemudian mulakan lah sessi melaser tu..tapi bukan kat bilik ni..bilik lagi satu...dan siapa pulak nak rakan kan..you all boleh search kat youtube, ada tunjuk sessi laser tu cemana. Hasilnya muka bergrid-grid kotak. Down time yang doktor beri lebih kuran 4-7 hari...
Malam pertama...waaahhh ayat!
Sebelum malam..semasa masih di opis, muka cam merah2...tak boleh kena panas syukur hari tu agak redup dan petang hujan. Tapi the burning feel tu tetap ada, doktor bekalkan aloe vera gel..so applied la 1 jam sekali kalau rasa panas tu. But seriously , this time punya laser ada sikit "terasa"...muka perit,pedih sikit dan panas. Rasanya adalah seperti muka kena sunburn yang melampau.
Yang ini muka di malam pertama...wakakaka! Kalau malam pertama pengantin muka mek cam ni..laki lari okeh!
Balik rumah..seluruh umat rumah tangga mak cakap "kenapa muka mama ni?" Sian mama!
Laki pulak cakap "kesian muka mak ko..teruknya"...di penghujung ayat dia sebut "eeeiiiii"
ooohhh helloooo.....haaaiiisshhhh!-jgn tambah dosa tak baik~heheheh
Malam itu...masih pedih2...bila lap muka pun perlahan2...sebab pedih la di beberapa tempat dan malam tu saya sapu muka dengan argan oil, supaya sentiasa moist dan tidak kering.Esok paginya...dah semakin pulih..
kesan sunburn masih nampak tapi tak sehebat malam pertama tu...cam udang kena panggang...dan sedikit hitam..lepas cuci muka me letak aloe vera lagi.
Sabtu Ahad, 2 hari 2 malam tak keluar mana2 okeh..solehah duduk umah tengok tibi!
Ini gambar siang Ahad..aka hari ke 2...kesan merah semakin hilang...tapi hari ni Isnin..dia timbul cam keropeng lepas kena luka tu...bergrid2 kat muka ni.
Hari ni sebelum pegi kerja applied gold serum..nanti saya review produk ni...best jugak..al maklum dapat free so bolehla review sikit, kendian yer.
Pagi ni jugak semua staff saya tanya " eeehhhh kak, kenapa muka ko kotak2?"
hahahahahaha....jgn ko tanya!
Okey..2 hari lagi saya update kesan dan perkembangan terbaru.
Tunggu!
7 comments:
lepas ni hebattt la weiii.
licin ..glowing glowinggg ... ;)
tak tau la...at least adalah sesuatu..hahahah
Berapa ye esttimated cost untuk laser ni?
rasanya estimated dalam RM3k++
Hi.. After buat laser ada apa2 side effects x?
Sebab i ada buat laser pigmentation tapi muka jadi breakout teruk.. I dah buat 3 sesi.. Lagi ada 7 sesi..
3k ke...sbb sy buat rm1200 satu sesi..huhu
Post a Comment