Thursday, December 26, 2013

Bil Api Kurang RM 20,YiPPi !!

Okeh...
ingat lagi langkah2 penjimatan elektrik yang pernah aku tulis sebelum ni??
kalau tak sudi baca aku tak kisah..
aku tak rugi..malah bulan ni aku jimat RM20 atas kesedaran diri aku untuk berjimat cermat.

Memang ternyata benar, kaedah mencabut segala plug daripada soketnya selepas digunakan sangat membantu dalam mengurangkan kadar bil elektrik aku.

Selalu bill aku mencecah hampir RM90 kadangkala...atau biasa-biasa RM70-RM79 sahaja...
tapi kali ini cuma RM55++ sahaja.
Penjimatan hampir 25%...siapa tak nak tak perlu susah payah..tapi aku nak.

Sekarang juga...semenjak musim hujan ni...penggunaan penghawa dingin sangat2 aku kurangkan..
dalam 3 jam setiap malam atau kalau lebih pun 4 jam sahaja.
Mungkin selepas ini aku akan hadkan 4 jam penggunaan penghawa dingin untuk setiap malam dan lihat berapa lagi aku boleh jimat.

Ini adalah cara bagaimana aku mengawal hidup dan perbelanjaan ikut keperluan aku..
sering aku ingatkan diri..
*berbelanjalah ikut keperluan, bukan mengikut kemampuan*

Senyum!

No comments:

Popular Posts