Wednesday, June 27, 2012

PeRcUtIaN ImPiAn SaYa !!

 Hello all
lama dah nak tulis cita-cita percutian impian yang aku idamkan selama ini..
tapi ini kisahnya bila anak2 aku dah besar lah yer..paling kurang si kecik sekali dah 5 tahun , dah okey dah tu..tak lama lagi..4  tahun jer lagi..cuma jgn aku baranak kecik lagi sudah lah kan.

Aku memang suka gak pegi2 bercuti ni sekali sekala dalam 1 tahun tu..short vacation atau long vacation terpulang pada bajet dan hasil menabung pada waktu tersebut.Yang penting perancangan kena details.
Tempat yang selalu menjadi pilihan aku..pantai atau hutan rimba/sungai.

Kalau ikut stamina aku ni...aku mmg tak ler fit sangat nak berextreme2 kan..tapi mmg cita2 aku nak bawak anak2 jungle trekking dalam hutan di Taman Negara & bercamp fire sambil mengenali alam.
I mostly love the nature.....dan aku nak anak2 aku berada di sebuah kawasan yg paling mereka tak biasa supaya boleh dipahat dlm memory buat kenangan.

Setakat ni..semua ni masih dalam anganan...so far yang selalu aku buat kalau aku nak ke sebuah destinasi tu..aku suka menyusuri jalan2 kampung instead of jalan bandar & highway.Aku suka tengok rumah2 org dan terasa nak tau apalah, siapalah,kerja apakah mereka2 tu.Aku tak buat lah..tapi aku sgt perihatin dengan apa yg org lain tengah buat agaknya??
Kalau dulu masa aku kecik2..aku selalu pikir..."Apalah Micheal Jackson tengah buat sekarang ni kat rumah dia kat Amerika tu?"
Tapi sekarang aku dah tau dia buat apa?? Tak buat apalah..sebab dah meninggal..kannn!!







Terasa tak damainya kalau kita berada di lokasi di atas..gambar ini ialah gambar sebenar di Taman Negara Endau Rompin di Pahang.Mengusuri sungai2 cetek dengan langit berkanopikan tumbuhan hutan..sangat fresh rasanya.
Kalau jadilah impian percutian ni...paling kurang aku nak habiskan masa at least 3 malam kat sini..terlebih dahulu..fit kan stamina aku yang selalunya mmg tak fit habis..badan jer cikeding..energy out habis kalau bab2 nak berxtreme2 ni..
sebab apa..aku tau aku mmg failed kalau bab2 merentas desa time sekolah..jgn kan merentas desa..suruh jogging satu padang pun aku hampir muntah hijau.
Laki aku suka gelakkan aku..katanya badan ringan tapi lembap!! Iyelah bang...

Oleh itu..bajet percutian aku sebegini ialah RM2k..jomlah aku start menabung dari sekarang

2 comments:

Nieza Ishak said...

Mi, bukit cerakah pun ada aktiviti camni ... takyah tunggu 4tahun lagik ;).

ammi said...

Bukit Cerakah pun...tunggu 4 thn sebab tak nak mengendong anak..aku dah lah tak fit..kang aku nak pengsan pun serba salah.hahahaha

Popular Posts