Monday, June 25, 2012

DaPaT GaJi BaYaR BiL & BeLaNjA DaPuR!!

Setiap kali masuk 25hb..semua orang penuh kat bank
ambik duit bayar bil & segala mak nenek hutang
Aku pun sama jer...tapi so far..segala bil dan hutang Encik Am yang bayar
aku bayar hutang yang aku sendirik buat jerk..seperti..hutang membeli membelah...lain keje takder!
Bila dah ada yang ambik tugas bayar hutang..tugas aku pulak beli groceries la pulak kan..takkan duit gaji telan sendirik pulak..
nanti orang tu tak kasi pegi keje baru tau..kata pergi bekerja nak membantu suami kan?? berhajat nak telan sendirik ape hal??

Cerita bab groceries ni...
Dulu....aku suka belanja kat Giant...lama-lama dah tukar trend..now aku belanja kat Tesco..dengan kad ahli Tesco..aku seret setiap kali berbelanja ...kali ni aku dapat voucher RM9.50 + RM5.50 voucher terdahulu yg aku asik lupa nak guna. At least something la kan ko dapat dari belanja satu voucher pun takde di beri...kedai manalah tu??

Dalam satu bulan aku limitkan 2 kali lawatan rasmi (iaitu untuk belanja besar RM100 ke atas) dan 3 lawatan tak rasmi (untuk top up2, selalu less than RM50) untuk ke Tesco atau mana-mana kedai la yang aku sempat jejak.Kalau lebih banyak kali lawatan aku ke Tesco ker Giant ker..alamatnya, dah over bajet la tuh..bukan apa...kadang setiap kali kita pegi tu..banyak pulak kaum kerabat barang yang tak tersenarai pun aku beli.Maka..sipi-sipi nak masuk gaji ..duit dah kering kontang kaedahnya..arrangement failed namanya tu.

Tak kisah lah macam mana pun kaedah kita mengatur kewangan...
yang penting disiplin nak membayar hutang tu perlu ada...jgn suka skip sana sini...
alamatnya suatu masa..semua hutang tu bertimbun2 atas kepala.

Lagi satu yang selalu aku ingatkan diri aku...
"biar takde duit hujung bulan ke tengah bulan...asal susu & diapesr anak sudah ku beli tetiap awal bulan"
hahahahahah!

No comments:

Popular Posts