Wednesday, June 27, 2012

PeRcUtIaN ImPiAn SaYa !!

 Hello all
lama dah nak tulis cita-cita percutian impian yang aku idamkan selama ini..
tapi ini kisahnya bila anak2 aku dah besar lah yer..paling kurang si kecik sekali dah 5 tahun , dah okey dah tu..tak lama lagi..4  tahun jer lagi..cuma jgn aku baranak kecik lagi sudah lah kan.

Aku memang suka gak pegi2 bercuti ni sekali sekala dalam 1 tahun tu..short vacation atau long vacation terpulang pada bajet dan hasil menabung pada waktu tersebut.Yang penting perancangan kena details.
Tempat yang selalu menjadi pilihan aku..pantai atau hutan rimba/sungai.

Kalau ikut stamina aku ni...aku mmg tak ler fit sangat nak berextreme2 kan..tapi mmg cita2 aku nak bawak anak2 jungle trekking dalam hutan di Taman Negara & bercamp fire sambil mengenali alam.
I mostly love the nature.....dan aku nak anak2 aku berada di sebuah kawasan yg paling mereka tak biasa supaya boleh dipahat dlm memory buat kenangan.

Setakat ni..semua ni masih dalam anganan...so far yang selalu aku buat kalau aku nak ke sebuah destinasi tu..aku suka menyusuri jalan2 kampung instead of jalan bandar & highway.Aku suka tengok rumah2 org dan terasa nak tau apalah, siapalah,kerja apakah mereka2 tu.Aku tak buat lah..tapi aku sgt perihatin dengan apa yg org lain tengah buat agaknya??
Kalau dulu masa aku kecik2..aku selalu pikir..."Apalah Micheal Jackson tengah buat sekarang ni kat rumah dia kat Amerika tu?"
Tapi sekarang aku dah tau dia buat apa?? Tak buat apalah..sebab dah meninggal..kannn!!







Terasa tak damainya kalau kita berada di lokasi di atas..gambar ini ialah gambar sebenar di Taman Negara Endau Rompin di Pahang.Mengusuri sungai2 cetek dengan langit berkanopikan tumbuhan hutan..sangat fresh rasanya.
Kalau jadilah impian percutian ni...paling kurang aku nak habiskan masa at least 3 malam kat sini..terlebih dahulu..fit kan stamina aku yang selalunya mmg tak fit habis..badan jer cikeding..energy out habis kalau bab2 nak berxtreme2 ni..
sebab apa..aku tau aku mmg failed kalau bab2 merentas desa time sekolah..jgn kan merentas desa..suruh jogging satu padang pun aku hampir muntah hijau.
Laki aku suka gelakkan aku..katanya badan ringan tapi lembap!! Iyelah bang...

Oleh itu..bajet percutian aku sebegini ialah RM2k..jomlah aku start menabung dari sekarang

Monday, June 25, 2012

AnAk TeNgAh MaK !!


 Lama dah tak cerita pasal anak tengah aku sorang ni..
so..sebab hari ni 25hb..genaplah umur dia 3 tahun 3 bulan
Tetiba mak nak cerita sikit pasal dia...
Benornya hari ni..mak dah buat satu kesalahan kat dia..
Kisahnya..ada sebuah kereta Mercedes Brabus kat rumah mak aku..cam biasa budak ni memang suka lah tengok2 kereta canggih ni..pantang kau..suruh bukak nak duduk dalam.
Aku ni tengah buat apa yer masa tu?? aku kat kereta tu jugak..Umar bukak pintu belakang..kemudian dia bukak pintu depan pulak.Bila dia nak bukak pintu depan tu..
aku pun tutupkan lah pintu belakang tu..sekali tu..aku baru nak ter'click' pintu belakang tu..aku nampak jari comel dia kat pintu tu..
maka terkepitlah 3 batang jari comel dia kat pintu tu....
tapi tak kuat okeh..korang jgn igt cam kita tutup pintu cepat2 tu..
perlahan sangat aku tutup dandan tu jugak aku terus bukak semula..
berdenyut hati aku rasa kesakitan jari kecik dia.
Huhuhuu..sedih sangat..sikit lagi aku nak kena sepapan tengking  ngan bapak budak...huuuwwaaaa.
sorry yer Umar, mama tak sengaja.






Oleh kerana itu...mak tak mau beli kereta besau...baiklah kita pakai kereta buruk kita tu ajer.
Huhuhuhuh

DaPaT GaJi BaYaR BiL & BeLaNjA DaPuR!!

Setiap kali masuk 25hb..semua orang penuh kat bank
ambik duit bayar bil & segala mak nenek hutang
Aku pun sama jer...tapi so far..segala bil dan hutang Encik Am yang bayar
aku bayar hutang yang aku sendirik buat jerk..seperti..hutang membeli membelah...lain keje takder!
Bila dah ada yang ambik tugas bayar hutang..tugas aku pulak beli groceries la pulak kan..takkan duit gaji telan sendirik pulak..
nanti orang tu tak kasi pegi keje baru tau..kata pergi bekerja nak membantu suami kan?? berhajat nak telan sendirik ape hal??

Cerita bab groceries ni...
Dulu....aku suka belanja kat Giant...lama-lama dah tukar trend..now aku belanja kat Tesco..dengan kad ahli Tesco..aku seret setiap kali berbelanja ...kali ni aku dapat voucher RM9.50 + RM5.50 voucher terdahulu yg aku asik lupa nak guna. At least something la kan ko dapat dari belanja satu voucher pun takde di beri...kedai manalah tu??

Dalam satu bulan aku limitkan 2 kali lawatan rasmi (iaitu untuk belanja besar RM100 ke atas) dan 3 lawatan tak rasmi (untuk top up2, selalu less than RM50) untuk ke Tesco atau mana-mana kedai la yang aku sempat jejak.Kalau lebih banyak kali lawatan aku ke Tesco ker Giant ker..alamatnya, dah over bajet la tuh..bukan apa...kadang setiap kali kita pegi tu..banyak pulak kaum kerabat barang yang tak tersenarai pun aku beli.Maka..sipi-sipi nak masuk gaji ..duit dah kering kontang kaedahnya..arrangement failed namanya tu.

Tak kisah lah macam mana pun kaedah kita mengatur kewangan...
yang penting disiplin nak membayar hutang tu perlu ada...jgn suka skip sana sini...
alamatnya suatu masa..semua hutang tu bertimbun2 atas kepala.

Lagi satu yang selalu aku ingatkan diri aku...
"biar takde duit hujung bulan ke tengah bulan...asal susu & diapesr anak sudah ku beli tetiap awal bulan"
hahahahahah!

Thursday, June 21, 2012

LeMoN CHiCkEn !!


 Ini masakan semalam
aku ni kalau tengah nak memasak..memasak la jugak setiap hari walaupun hari bekerja..
benornya dah 3 minggu aku tak masak.Kuang3x...pecah tembelang sudah! Not in the mood la weh..mak-mak budak selalunya paham kot bila sindrom malas masak muncul.Terus jadik tak lapar ngko..kalau lapar sgt..cepat2 pegi tapau.Kaya awe kedai tomyam umah aku tu.






Semalam kita masak lemon chicken, idea terbit setelah balik dari makan kat Serai, so apalagi..Google resepi dan aku olah ikut tekak aku.Yang heran nyer..kenapa kuah lemon aku tak kuning cam yang kat kedai tu??
Nanti aku menuntut ilmu lagik yer..yang pasti aku suka..lagi sedap bila makan dengan nasik ayam.

Tadaaaa...jangan main2.Aku siap buat nasik ayam lagi semalam..ketang ketung kat dapur..pukul 6.30 dah siap masak...lagi satu lauk tambahan ialah...sawi park choy rebus bersama oyster sauce.Tak snap la pulak gambar sayur tu sebab tak sabor dah nak makan.
Tapi malangnya....aku cuma masak nasik 2 pot..tak cukup weh...
lain kali kena masak at least 3 pot baru sendat perut..berbaloi aku masak..ini nak makan pun aku tersukat2..takut nanti ada orang larik rumah tak cukup lauk nak makan kan??
..
..
..
aku lah tu, takmau cerita maluu....hikhikhik!

HaMzAH YaNg SaNgaT ....


Halooo..
lama dah tak update kisah anak bongsu mak...
gambar ni kami ambik masa kami balik kampung cuti sekolah yang lepas
Budak kecik ni dah pandai macam2..sampai kepala mak pening..
ko bayangkan..budak kecik pendek ni dah pandai bergaduh.Okey biasalah anak jantan kan...siap geget-menggeget lagi ngko..sampai libam libun anak tengah aku (Umar) di gegetnya.selamat taring tak tumbuh lagi..kalau tak mahu habis dikunyah anak tengah aku tu gamaknya...eehhh cam spesis karnivor pulak yang aku story ni.
Dasat laaa.....jadik la anak yang baik yer Hamzah..sopan santun...berbaik-baik dengan kakak & abang kamu,




Meh tengok..masa ni kat kampung, dia telah merampas air kotak Umar..dengan girang gumbiranya dia nak minum cam minum susu dalam botol...errrr??
Hhhmmm...nak ker??? Straw kena tarik panjang2 baru leh minum..ko mampoo?

Ko tengoklah kat mana sebenarnya dia baring..kat car poach kereta okeh!!
Goleklah nak..









HoMe iD DeCo ExPo DaTaNg LaGi





Hello hai..
ingat lagi tak mana tempat aku beli wallpaper siap install yang murah masa bulan 3?
Aku beli masa Home ID Deco Expo kat Stadium Melawati Shah Alam..
kali ni expo ni datang lagi..
bermula 28 June - 1 Julai 2012 (11am-10pm) - di tempat yang sama.
Ada jual lampu...perhiasan dinding, tile, pintu bagai..tapi pandai2 lah jugak buat pilihan..tak ler murah sangat cam lelong ker hargnya, tapi boleh lah!!
Kali ni aku nak recce2 something yang di panggil "wall art"..ikut hati aku ni tengah berkobar2 nak buat mural guna stencil kat dinding,
tapi oleh kerana stencil2 tu aku tak terbeli lagi...so far kat Malaysia aku tak pernah jumpa lagi..yang aku nampak kat US adalah, so dok diam2 dulu..kumpul angan2 sampai penuh baru jadik!

Korang ntah paham ke tidak apa tu stencil? Ia adalah sejenis peralatan bercorak (design) yang di gunakan
untuk letak kat dinding kemudian cat..maka corak tu akan ada lah kat dinding tu..nak explain pun tak reti.Nanti dah jadik aku tunjuk hokeh!.Bye!

Wednesday, June 20, 2012

CoReLLe DaH SaMpaI

Assalamualaikum...
Hello..semalam stok corelle batch bulan Mac sudah sampai ke tangan saya
stok kali ni tak banyak..cuma 10 kotak
next batch bulan 8 baru kita garuk kepala manalah nak sumbat semua corelle2 nak 35 kotak tu yer?









Until next batch...daaa..!

Friday, June 15, 2012

BuAh TaNgAn DaRi iTaLy !!


 Salam Jumaat semua...
tajuk kat atas tulis buah tangan dari Italy..
kalau dah namanya buah tangan..maknanya bukan aku lah yang pergi Italy kan?? Kalau aku yang pegi..aku bawak balik buah hati terus..taruk kat dapur suruh jadik tukang masak..hahahaha..ko mampu??

Adalah seorang teman mesra yang memang selalu jalan2 obersea tetiap tahun (bilalah turn aku nak tiba??)..
so cuti sekolah yang lepas dia pegi jalan2 makan pasta  kat Italy katanya bersama2 kaum kerabat.
Makanya..dia pun belikanlah aku buah tangan pasta made in Italy untuk aku..
sekalinya..pasta ni sangatlah comel2 belaka..macam kat sini aku tak pernah jumpa la kan..sebab bentuknya sgt fancy!!







Comei tau pasta ni..so tak sampai hati nak masak..anak2 aku pulak siap batak2 ingatkan benda ni mainan, maka terpaksalah sorok atas lemari.Nanti kalau dah jadi masakan...aku tepek la kat sini yer..tengah dok pikir2, apakah masakan yang sesuai di buat dengan pasta yang comei2 ni?
Supaya bila kita makan..kita akan terasa kecomelan pasta ni di dalam mulut.
Boleh tolong pikirkan??

Wednesday, June 13, 2012

JPO KiTa !!

Hello....
cuti2 last time..sempat kita pegi balik hari ke JB...
sajer jalan-jalan cuci mata...
tujuan utama nak pegi JPO kat Kulai tu...
perjalanan dari rumah kampung ialah 2jam 40minit.
Memang jalan-jalan habis la kita kali ni...sebab sampai JPO pun, end up tak beli haper2. Haaaa...habis aku bayar duit minyak..dari jauh dok berangan sangat nak pegi JPO ni konon2 nak shopping..sekali nan-hado yang ku beli.
Orang kalau selalu shooping online / or order dari US..takkan pandang la sale kat sini..idak ler murah benor..
setakat RL yang design dah lama sikit tu kalau kat US kita boleh dapat yg new design setanding harganya.
At least..bila orang tanya "ko dah jejak JPO tu?"
boleh la aku angguk kepala kan??
wakakaka...tapi serius, tempatnya menarik & cantik! I like!









Lagi satu yang best..terserempak dengan Rosyam Noor...aku sangka dia tu pendek & kecik orangnya..tapi jangkaan ku meleset..kira cam standard size la dia tu...tinggi gak, macho gak in real..tapi aku tak tegur la dia..masa tu dia dalam kedai perfume...aku kat luar jer sambil panggil laki aku "bang..meh sini tengok Rosyam Noor kat dalam tu"
kihkihkih!
Bila dah habis merapu jalan2 dalam tu..kami pegi jalan2 sampai ke Bandaraya Johor Bahru pulak..betul2 jalan2 kami kali ni...pukul 9.20 pagi keluar rumah..pukul 9.45malam baru sampai rumah semula.
Terbaiiikk punya percutian!!

I Like!!

Monday, June 11, 2012

A'FaMoSa ReSoRt !!


Hello all...
laaaaama dah kita tak tulis-tulis tayep-tayep  kat sini...
cuti-cuti Malaysia lah katakan...
huiii...lama dah tak pegi jalan-jalan tukar angin..rasa senakkk jer hari2 tidur bangun di tempat yang sama..
sesekali nak jugak bangun2 nampak London Bridge ker..nampak Eiffel Tower ker kan?? tapi jgn kau harap...
dapat tengok hutan belantara pun dah kira okey bebenor!
Last time masa MATA Fair mak dapat beli package penginapan yang murah lagi berbaloi...
maka kami anak-beranak berhangkutan ke Melaka cuti2 2h1m je pun...dapat ler budak2 tu mandi kolam & malamnya pegi Cowboy Town tengok parade.




Budak Hamzah ni happy sungguh..mula2 jalan2 excersice kaki dulu..lepas ni nak terjun kolam katanya






Wahhh..seronok bebudak ni..lagi best...depa ni jenis tak ler mandi lama-lama sangat..setakat 2 jam dah abis puas hati dah.Senang mak hangkut balik rumah semua..
next time kita jalan2 lagi okkey!

Monday, June 4, 2012

JoM SaLiN ReSePi !!

Hello all...
tau dah..kalau aku tak tepek resepi..ramai yang dok tanya...
terpaksa rela aku kongsi resepi kat sini
Sebenarnya ada 2 part yang korang kena buat untuk menkmati Chicken Pramigania ni..
1st part ialah - Marinara Sauce yang kalau korang malas bolehlah guna instant spaghetti sauce yang berlambak di pasaran tu.Tapi aku dah cuba buat sauce marinara ni & ianya lebih sedap!!
So...mari cuba resepi ini :-
Resepi dari web site ini allrecipes.com


Ingredients

  • 2 (14.5 ounce) cans stewed tomatoes
  • 1 (6 ounce) can tomato paste
  • 4 tablespoons chopped fresh parsley
  • 1 clove garlic, minced
  • 1 teaspoon dried oregano
  • 1 teaspoon salt
  • 1/4 teaspoon ground black pepper
  • 6 tablespoons olive oil
  • 1/3 cup finely diced onion
  • 1/2 cup white wine ** aku takder la letak wine, kang mabuk pulak anak beranak..HARAM! aku gantikan dengan sesudu gula**

Directions

  1. In a food processor place Italian tomatoes, tomato paste, chopped parsley, minced garlic, oregano, salt, and pepper. Blend until smooth.
  2. In a large skillet over medium heat saute the finely chopped onion in olive oil for 2 minutes. Add the blended tomato sauce and white wine.
  3. Simmer for 30 minutes, stirring occasionally. 


Okey, untuk 2nd part pulak..ayam!

Ikut resepi ni...benornya ayam bahagian dada yang disalut dengan breadcrumbs & digoreng.Kemudian..letak dalam caserolle yg ditabur sauce marinara tu ..then letaklah parmesan & mozarella cheese atas tu..bakar sekejap dalam ketuhar untul meltkan cheese tu..

Ingredients

  • 1 egg, beaten
  • 2 ounces dry bread crumbs
  • 2 skinless, boneless chicken breast halves
  • 3/4 (16 ounce) jar spaghetti sauce
  • 2 ounces shredded mozzarella cheese
  • 1/4 cup grated Parmesan cheese

Directions

  1. Preheat oven to 350 degrees F (175 degrees C). Lightly grease a medium baking sheet.
  2. Pour egg into a small shallow bowl. Place bread crumbs in a separate shallow bowl. Dip chicken into egg, then into the bread crumbs. Place coated chicken on the prepared baking sheet and bake in the preheated oven for 40 minutes, or until no longer pink and juices run clear.
  3. Pour 1/2 of the spaghetti sauce into a 7x11 inch baking dish. Place chicken over sauce, and cover with remaining sauce. Sprinkle mozzarella and Parmesan cheeses on top and return to the preheated oven for 20 minutes. 

Korang..kalau nak makan dengan pasta pun boleh..like my version! Ataupun makan dengan fries...then buat brown sauce...huhuhu..next time memang aku nak buat brown sauce sekali.

Selamat mencuba.



ChIcKeN PaRMiGiAnA !!

Salam all...
Saya mencuba resepi baru yang ...hhhmmmmm mantop rasanya! Apa salahnya sesekali bertekak western di hujung minggu kan??

 Kali ini kita buat Chicken Parmigiana & Spaghetti....dan yang paling best sos marinara nya saya bikin sendiri jugak... Hari ni cuma boleh tepek gambar jer..nak bertutorial bagai next time ler..saya ni malas ler jugak nak mengarang bagai...tapi nama dah ada..bolehlah search kat mana-mana website atau dalam youtube lagi ada demo video memasak hidangan ini.

Origin masakan ni tak tau dari mana?? Italy kot...hhmmm..kalau saya ada nenek berbangsa Italy harap dia tenang di dalam kubur sebab cucu dia pandai masak hidangan ala Italian ni..kot lah kan..muka kaler coklat2 kusam ada hati nak ber nenek orang Italy,phhhuuiiihhh!





Mula-mula ayam bahagian dada digoreng garing bersalut serbuk roti..kemudian di letak cheese dan di bakar.2 jenis cheese yang di gunakan ialah Parmesan & Mozarella.Bakar sekejap jer..agak2 cheese dah melting tu..boleh la keluarkan..di letakkan di atas pasta bersama sos marinara.Petang ni nak buat lagi...



Agak2 sedap tak?? Mestilah sedap...cuba tanya orang sebelah..."ko hader?"
Selamat mencuba kalau tergoda..

Popular Posts