Thursday, October 20, 2011

My KiDs TaK SiHaT !!

Haaaaaa...mak depa pun dah sengal2..tajuk pun tonggang langgang bahasa rojak.
HHmmmmm......kali ni mak sedang di duga...bila anak2 tak berapa nak sihat.Macam tak biasa pulak jadik mak kan?? Iye lah bukan apa..sebab anak2 aku ni jenis jaaaarrranng sekali nak demam2...so far Umar baru demam sejak mungkin 8 bulan yang lalu, atau lebih.Tak ingat dah bila kali terakhir dia demam...ini pun bukan demam sangat..setakat demam panas sikit2...aku tak bawak pegi klinik pun..makan ubat demam Hamzah bila time pegi cucuk tu...2 malam dah elok demamnya.
Tapi......jeng jeng jeng!!
Kesian kat anak lasak aku sorang ni..2 minggu lepas kaki dia kena ekzos motor bapak dia....tapi lepas tu..dia macam kena jangkitan kuman..so kakinya cam ada kudis2..kali ni aku bawak pegi doktor...sekali doktor tu cakap dia kena scabies!!
Waaallaa....tak pernah aku tau penyakit ni..doktor cakap cam serius dan susah nak baik.
Tapi dapat mak internet ni kenalah cekap banyak..aku google dan belajar apakah penyakit ni yang sebenarnya. Dalam bahasa kita..kita panggil "kudis buta"..tapi aku tengok hat Umar punya ni tak berapa lag nak teruk..sikit jer pun..
langkah2 kebersihan yang aku buat...cuci & rendam setiap baju yang Umar pakai dengan air panas.Lepas Umar guna bilik air..memang aku akan siram dengan air panas jugak dalam bilik air tu.Lantai kat rumah lap dengan dettol.Cuci tangan budak kecik tu setiap kali dia pegang sana sini..,pegang grill ker, pegang tempat habuk2 ker.
Lepas tu letak hand sanitizer...memang aku larang dia masukkan tangan dalam mulut..ntah apa yg dia nak raba dalam mulut tu pun aku tak tau...takut gigi pelesu tanggal agaknya.


So far kesihatan dia baik..cuma kudis kat kaki tu jer belum kering...selamat dia tak berapa menggaru.Progress scabies dia pun dah macam berkurangan...setiap malam aku sapu scoboma lotion (ubat untuk scabies) untuk matikan jangkitan. Ubat ni kena sapu selama 3 malam sahaja.
Nampak gaya aku kena extra care untuk Umar ni..sementara kudis dia belum kering, sebab tu aku bawak dia pegi ofis hari Isnin & Rabu..hari Selasa aku cuti jaga dia kat rumah..kalau hantar rumah orang nanti dia dok sama2 ngan Hamzah , takut berjangkit..sebab budak kenit lagi satu tu pun...



Berkulit sensitip ya amat....budak ni allergic pada susu dan beberapa makanan lain.Nampak gaya, mak memang kena perah nenen sampai Hamzah umur 2 tahun. Dia dah dicubakan dengan susu Anmum...resultnya, muka naik birat2 merah, dalam 2 jam, lepas kita bersihkan muka dia..merah2 tu hilang.
So, mak tukar susu soya base, kali ni..lansung merah2 cam birat2 kat seluruh badan.Huwaaaaa....terpaksalah mak produce susu mak sampai anak mak 2 tahun...takpelah..dari susah payah aku nak beli susu macam2..baik aku macam2kan susu aku ni.

Alhamdulillah....anak2 dah 80% sihat..mak pun sihat sejahtera la jugak.
Yang penting time anak2 tak sihat ialah.."mak kena sihat"

1 comment:

Unknown said...

Slm akk..nk tny ank akk kena scabies no elok da ke?ank sy kena la..da msuk 4bln xelok2..mcm2 da buh ubt.pakaian smua da rebus air pns tp xjugak elok2..huhuhu..

Popular Posts