Friday, October 21, 2011

KoS SaRa HiDuP YaNg SeMakIn MeNiNgKaT AtaU ....

kehendak kita yang semakin memuncak?????
hhhmmmmmm...perkara ni selalu bermain dalam fikiran aku..
ramai yang cakap...harga barang semakin mahal (keperluan) tapi gaji sama jer.
Itu memang betul...tapi pada masa yang sama..kita di taburkan dengan tawaran yang menarik di sana sini..yang membuatkan duit gaji kita yang saaaammaaaa tetiap bulan tu jadi makin kecik nilainya untuk memenuhi keperluan.
MAcam mana corak perbelanjaan anda semua??
so far..langkah berjimat sambil bershopping yang aku pratikkan ni...kadang "cukup" (bagus sangat dah tu)..kadang "cukup-cukup" (haiiip) dan sesekali "sampai tak cukup"(adoi laa).
Satu lagi nak tanya.. "do you mind to buy a reduce to clear item?"
kalau aku jawapannya "i don't mind at all"
Antara langkah-langkah bila aku boleh berjimat ialah dengan membeli sesuatu dari rack "reduce to clear", selalunya kat hypermarket macam Tesco or Giant, ada rack2 ni..harga memang sangat murah dari harga asal, tapi ikut nasib jugaklah.Kadang barang2 tu memang masih ok cuma macam dah nearly expiry date atau dah lusuh packaging.
Kalau kat Giant depan ofis ni lagi best..aku dapat beli buah2an yang masih elok2 lagi tapi dia tak nak kot jual harga asal..sebab harganya mahal.Last time aku dapat beli buah pulm yg di jual dengan harga RM9.90 (6 biji) dengan harga RM2 sahaja..epal 7 biji harga asal RM8.99 pun dengan harga RM2 sahaja.
Bawak balik...2 hari anak beranak hadap dah selesai..tak sempat nak lebam pun buah tu.
Untung tau!!
Tapi kena la memilih...so far dengan harga 2 hengget..kalau ada yang lebam sebijik tu..aku pejam mata jer..balik rumah potong kasik buang...yang lain semua boleh makan.
Sometime ada jugak sayur2 yang dia orang jual murah...
ntah la..aku ni memang kaki membeli kalau yang murah..
sometime aku nak jugak yang terbaik. tapi aku berkira jugak dengan duit yang ada.Mahal sesangat aku tak beli..mahal "boleh la" aku pun on la sesekali.
Berbelanja tak boleh pakai beli jer sekarang...kena bijak memilih dan bijak berbelanja.

Belanja dapur aku setiap bulan paling lebih pun mungkin RM400..itu pun termasuk susu Umar & diapers 2 pack untuk Umar dan Hamzah. aku tak suka pegi Giant bawak anak setiap kali, kalau boleh bawak dia orang ke sana cuma 1 kali, kalau terlebih mungkin 2 kali dalam sebulan jer.Sebab setiap kali bawak anak2..belanja kasar itu ini ajer nak 20 hengget.Sangat tak menjimatkan okkey.

Langkah lain...
Menghadkan makan-makan di restoren.Kalau dulu kami mungkin pergi ke restoren keluarga dalam 4 @ 5 kali sebulan.Sekarang aku dah hadkan kepada maximum 2 kali sebulan sahaja.
Belanja barang basah..adalah semasa ke Giant atau..di pasar malam iaitu 2 kali sebulan.
Selalunya pulak...memang aku masak setiap malam...kalau malas pun..mungkin 2 malam aku tak masak la dalam seminggu.Poyo jer kan..aku bukan rajin sesangat pun, aku pun orang bekerja..tapi kalau tak letih benor, memang aku masak setiap malam..cuma tu lah..2 malam dalam seminggu mungkin tak kot.Berapa kali lah nak ulang...

Aku jugak dah start tabungan untuk shopping raya tahun depan..hahahahaha! Korang ada?? Jangan takde...aku ni bab-bab shopping kan memang tegar.Kalau ada kredit kad aku rasa lama dah kena ishtihar muflis.Selamat takde..so langkah nya ialah dengan membina sebuah "tabung shopping raya".Aku dah mula sejak 1 Oktober yang lepas...dan nilai target yang aku nak tu ialah RM1000, so start dari sekarang sehingga satu bulan sebelum raya aku nak pastikan target aku tercapai.

Ok..stop setakat ni..ada lagi beberapa kaedah pengurusan wang yang aku adapt dalam family aku supaya aku dapat penuhi semua keperluan dalam masa yang sama aku jugak dapat penuhi kehendak pompuan aku ni dengan gaji aku yang saaaaammmaaa jer setiap bulan.
Kalau you all ada tips yang nak share, silakan.

No comments:

Popular Posts