Monday, October 31, 2011

Philips Airfryer Review




Bukan aku yang review...
orang yang dalam clip ni yang nak review..
barang ni soon akan ada kat Malaysia..
macam best jer kan..
goreng tanpa minyak.
Tapi cemana pulak rasanya...
sama ke tak??

Kalau harga less than RM400..akak mengidam..
kalau lebih..kim salam.


UjiAn KeNaiKaN BeNgKuNg !!


rasanya aku tak pernah cerita yang Feesa belajar silat sejak masuk darjah satu awal tahun hari tu.Dah nak akhir tahun ni malam Sabtu lepas ni ada ujian kenaikan bengkung.
Alhamdulillah, anak debab aku ni lulus ler jugak peringkat pertama.
Aku memang dah tanam azam supaya anak2 aku semuanya belajar seni silat sejak kecik lagi..Umar Zidan mungkin akan aku hantar seawal umur 4 tahun, cepat sikit dari kakak, tak ngaper budak lelaki.





Sudahnya kat umah sejak akhir2 ni aku dengar si Feesa asik cakap nak 'sepak jala' jer..haaa, ko sepak angin takpe..jangan ko sepak adik ko sudah!

HoBiN JanG HoBiN !!

walaupun takde kena mengena ngan aku..
tapi sangat kena-mengena ngan Encik Am.
Jangan tak tau laki den tu...kan orang nogori.
Kami tak pun pegi tengok game malam Sabtu lepas..tapi kami cuma pergi memeriahkan diri sendiri tengok orang berjual beli jersi kat perkarangan stadium masa tengahhari tu.






Umar dapat sehelai jersi Negeri Sembilan...malam tu tengok bola siap pakai jersi..tapi asik tak gol2 ajer.Last2 mak suruh bukak tukar baju..sebab dah kotor & dah malam.
Rupanya lepas Umar bukak baju barulah team Negeri nak score...hampeh jer tau.
Asal kau monang udah!
Kalau tak...mano lah den nak sorok baju tu nanti.

Tuesday, October 25, 2011

iNI bUdAk aLLerGic !!




so..most probably high cost maintenance la jawabnya.
Makan bukan boleh sembarangan..yang ber'susu' kena kaji dulu susu apa?
Roti2 pun tak boleh..sama jer akibatnya nanti.
Ini akibat mak beri susu Anmum...muka naik merah meruam dalam 40 minit..lama2 hilang.
Jalan mudah, perah ler susu mak sampai anak besor sikit...terpaksa la jugak.Doa semoga Allah beri susu secukupnya untuk Hamzah.InsyaAllah!

Monday, October 24, 2011

PrE-OrDeR SaLmOn Di BuKa LaGi !!

Assalam all...
dah lama tak buka order salmon..
so, kepada sesiapa yang hendak membeli dan mengorder terlebih dahulu..
sila buat deposit RM30/kg ke acct yang akan di berikan kemudian.
Di tegaskan disini...
walau di mana pun anda berada..kalau anda sanggup untuk turun ambil salmon di Shah Alam..saya amat mengalu-alukan pembelian anda semua.
Maaf seribu kali maaf..saya memang tidak membuat delivery ke mana-mana pun kecuali
Shah Alam.
Sekian terima kasih.
Harga terbaru : RM38/kg (sama kot cam yg lepas)
sila sms @ contact ammi : 012-2361090

SeMaLaM ...

birthday anak dare...
dah umur 7 tahun pun dia tahun ni..
tapi perangai..masih ngad-ngad (singkatan untuk ngade-ngade)
pening mak di buatnya..
ingat mak nak masuk gambar dia yang snap dengan kek kecik semalam
sekali yang mak bawak dalam beg..
cuma cable dan camera casing.
manalah aku sorok camera aku.???
oooo...baru ingat..kat atas lemari..
sebab la ni Umar Zidan dah pandai nak menjakun camera baru mama dia..
bebudak ni susah laa..rete aku di buat cam rete dia pulak..
kalau hok murah2 tak pe lah jugak...
ini, berjaman mak ngko nak dapat..ko senang2 jer petik sana...petik sini.
So esok je lah tampal gambar kat sini.

Friday, October 21, 2011

KoS SaRa HiDuP YaNg SeMakIn MeNiNgKaT AtaU ....

kehendak kita yang semakin memuncak?????
hhhmmmmmm...perkara ni selalu bermain dalam fikiran aku..
ramai yang cakap...harga barang semakin mahal (keperluan) tapi gaji sama jer.
Itu memang betul...tapi pada masa yang sama..kita di taburkan dengan tawaran yang menarik di sana sini..yang membuatkan duit gaji kita yang saaaammaaaa tetiap bulan tu jadi makin kecik nilainya untuk memenuhi keperluan.
MAcam mana corak perbelanjaan anda semua??
so far..langkah berjimat sambil bershopping yang aku pratikkan ni...kadang "cukup" (bagus sangat dah tu)..kadang "cukup-cukup" (haiiip) dan sesekali "sampai tak cukup"(adoi laa).
Satu lagi nak tanya.. "do you mind to buy a reduce to clear item?"
kalau aku jawapannya "i don't mind at all"
Antara langkah-langkah bila aku boleh berjimat ialah dengan membeli sesuatu dari rack "reduce to clear", selalunya kat hypermarket macam Tesco or Giant, ada rack2 ni..harga memang sangat murah dari harga asal, tapi ikut nasib jugaklah.Kadang barang2 tu memang masih ok cuma macam dah nearly expiry date atau dah lusuh packaging.
Kalau kat Giant depan ofis ni lagi best..aku dapat beli buah2an yang masih elok2 lagi tapi dia tak nak kot jual harga asal..sebab harganya mahal.Last time aku dapat beli buah pulm yg di jual dengan harga RM9.90 (6 biji) dengan harga RM2 sahaja..epal 7 biji harga asal RM8.99 pun dengan harga RM2 sahaja.
Bawak balik...2 hari anak beranak hadap dah selesai..tak sempat nak lebam pun buah tu.
Untung tau!!
Tapi kena la memilih...so far dengan harga 2 hengget..kalau ada yang lebam sebijik tu..aku pejam mata jer..balik rumah potong kasik buang...yang lain semua boleh makan.
Sometime ada jugak sayur2 yang dia orang jual murah...
ntah la..aku ni memang kaki membeli kalau yang murah..
sometime aku nak jugak yang terbaik. tapi aku berkira jugak dengan duit yang ada.Mahal sesangat aku tak beli..mahal "boleh la" aku pun on la sesekali.
Berbelanja tak boleh pakai beli jer sekarang...kena bijak memilih dan bijak berbelanja.

Belanja dapur aku setiap bulan paling lebih pun mungkin RM400..itu pun termasuk susu Umar & diapers 2 pack untuk Umar dan Hamzah. aku tak suka pegi Giant bawak anak setiap kali, kalau boleh bawak dia orang ke sana cuma 1 kali, kalau terlebih mungkin 2 kali dalam sebulan jer.Sebab setiap kali bawak anak2..belanja kasar itu ini ajer nak 20 hengget.Sangat tak menjimatkan okkey.

Langkah lain...
Menghadkan makan-makan di restoren.Kalau dulu kami mungkin pergi ke restoren keluarga dalam 4 @ 5 kali sebulan.Sekarang aku dah hadkan kepada maximum 2 kali sebulan sahaja.
Belanja barang basah..adalah semasa ke Giant atau..di pasar malam iaitu 2 kali sebulan.
Selalunya pulak...memang aku masak setiap malam...kalau malas pun..mungkin 2 malam aku tak masak la dalam seminggu.Poyo jer kan..aku bukan rajin sesangat pun, aku pun orang bekerja..tapi kalau tak letih benor, memang aku masak setiap malam..cuma tu lah..2 malam dalam seminggu mungkin tak kot.Berapa kali lah nak ulang...

Aku jugak dah start tabungan untuk shopping raya tahun depan..hahahahaha! Korang ada?? Jangan takde...aku ni bab-bab shopping kan memang tegar.Kalau ada kredit kad aku rasa lama dah kena ishtihar muflis.Selamat takde..so langkah nya ialah dengan membina sebuah "tabung shopping raya".Aku dah mula sejak 1 Oktober yang lepas...dan nilai target yang aku nak tu ialah RM1000, so start dari sekarang sehingga satu bulan sebelum raya aku nak pastikan target aku tercapai.

Ok..stop setakat ni..ada lagi beberapa kaedah pengurusan wang yang aku adapt dalam family aku supaya aku dapat penuhi semua keperluan dalam masa yang sama aku jugak dapat penuhi kehendak pompuan aku ni dengan gaji aku yang saaaaammmaaa jer setiap bulan.
Kalau you all ada tips yang nak share, silakan.

Thursday, October 20, 2011

My KiDs TaK SiHaT !!

Haaaaaa...mak depa pun dah sengal2..tajuk pun tonggang langgang bahasa rojak.
HHmmmmm......kali ni mak sedang di duga...bila anak2 tak berapa nak sihat.Macam tak biasa pulak jadik mak kan?? Iye lah bukan apa..sebab anak2 aku ni jenis jaaaarrranng sekali nak demam2...so far Umar baru demam sejak mungkin 8 bulan yang lalu, atau lebih.Tak ingat dah bila kali terakhir dia demam...ini pun bukan demam sangat..setakat demam panas sikit2...aku tak bawak pegi klinik pun..makan ubat demam Hamzah bila time pegi cucuk tu...2 malam dah elok demamnya.
Tapi......jeng jeng jeng!!
Kesian kat anak lasak aku sorang ni..2 minggu lepas kaki dia kena ekzos motor bapak dia....tapi lepas tu..dia macam kena jangkitan kuman..so kakinya cam ada kudis2..kali ni aku bawak pegi doktor...sekali doktor tu cakap dia kena scabies!!
Waaallaa....tak pernah aku tau penyakit ni..doktor cakap cam serius dan susah nak baik.
Tapi dapat mak internet ni kenalah cekap banyak..aku google dan belajar apakah penyakit ni yang sebenarnya. Dalam bahasa kita..kita panggil "kudis buta"..tapi aku tengok hat Umar punya ni tak berapa lag nak teruk..sikit jer pun..
langkah2 kebersihan yang aku buat...cuci & rendam setiap baju yang Umar pakai dengan air panas.Lepas Umar guna bilik air..memang aku akan siram dengan air panas jugak dalam bilik air tu.Lantai kat rumah lap dengan dettol.Cuci tangan budak kecik tu setiap kali dia pegang sana sini..,pegang grill ker, pegang tempat habuk2 ker.
Lepas tu letak hand sanitizer...memang aku larang dia masukkan tangan dalam mulut..ntah apa yg dia nak raba dalam mulut tu pun aku tak tau...takut gigi pelesu tanggal agaknya.


So far kesihatan dia baik..cuma kudis kat kaki tu jer belum kering...selamat dia tak berapa menggaru.Progress scabies dia pun dah macam berkurangan...setiap malam aku sapu scoboma lotion (ubat untuk scabies) untuk matikan jangkitan. Ubat ni kena sapu selama 3 malam sahaja.
Nampak gaya aku kena extra care untuk Umar ni..sementara kudis dia belum kering, sebab tu aku bawak dia pegi ofis hari Isnin & Rabu..hari Selasa aku cuti jaga dia kat rumah..kalau hantar rumah orang nanti dia dok sama2 ngan Hamzah , takut berjangkit..sebab budak kenit lagi satu tu pun...



Berkulit sensitip ya amat....budak ni allergic pada susu dan beberapa makanan lain.Nampak gaya, mak memang kena perah nenen sampai Hamzah umur 2 tahun. Dia dah dicubakan dengan susu Anmum...resultnya, muka naik birat2 merah, dalam 2 jam, lepas kita bersihkan muka dia..merah2 tu hilang.
So, mak tukar susu soya base, kali ni..lansung merah2 cam birat2 kat seluruh badan.Huwaaaaa....terpaksalah mak produce susu mak sampai anak mak 2 tahun...takpelah..dari susah payah aku nak beli susu macam2..baik aku macam2kan susu aku ni.

Alhamdulillah....anak2 dah 80% sihat..mak pun sihat sejahtera la jugak.
Yang penting time anak2 tak sihat ialah.."mak kena sihat"

Friday, October 14, 2011

AdOi Laa.....


Pening la mak ko macam ni....
ini hari bapak budak keje pagi...
Hamzah Qayyum tak lena tidur satu malam, malam tadi..
Si Umar Zidan pulak setengah malam cam mengigau ker haper...
Sudahnya mak ngkorang yang suku waras pagi ni..
Umar Zidan buat hal lagi pagi tadik...
mak nak pakai kain pun tak sempat bila tetiba dengar dia menangis kuat2 kat kereta..
ohhh my!! jari tersepiit la pulak!!!Kat pintu kereta okkey!
Selamat mak ngko pakai baju kurung labuh paras lutut...so dah lari ke depan tu takdelah half naked kaedahnya.
Tak sempat mak nak bukak pintu..dia dah tarik jari dia, selamat lah dia tutup pintu tu tak kuat..cam renggang sikit..so boleh la jari tu keluar.Tapi sakitlah kan!
Maka menangislah berjujuran air mata...aik nangis pulak..selalu cool ajer.
dia siap cakap "sakit sangat"...hahahaha nak gelak pun ada..pandai sungguh berkata-kata.
Huhuhuhu...kesian la memang kesian..tapi aku cam geram tau sebab nak panik sensorang kat umah tu..sawan mak.
Selamat Hamzah tengah tido time tu...maka pujuklah Umar elok2...sampai dia boleh diam dan terima akhirnya jari hantu tangan kirinya bengkak.

Aduhai....lasaknya anak jantan!!

Thursday, October 13, 2011

AduHai UmAr ZiDaN !!

Apa nak kata..anak ke-2 ni orang kata pelik sikit perangainya.
Aku anak no.2 sama macam Umar Zidan..
aku rasa aku tak pelik..
aku jugak rasa Umar Zidan pun tak pelik..
tapi mungkin orang lain yang akan rasa kot..
entah..simptom biasa si anak tengah.
so aku tak nak ada anak 3 orang jer..nanti Umar Zidan jadi anak tengah..dan nanti dia jadik pelik..hahahahaha!
Ini hari benornya nak cerita..
hari Isnin lepas, betis Umar kena ekzos motor...
huuhuhuhu.....masa jemput dia kat umah acik peah..acik tu kata, kaki dia kena ekzos..aikkk!!! mak macam pelik sebab pagi tu dia setengah hari ngan papa dia kat umah...
papa dia tak cakap2 apa2 pun...
mak apalagi..call la bapak dia kan..bapak dia pun tak tau ngko..
sebab budak ni jenis kalau sakit2 yang mcm ni..memang tak kasi signal apa pun..nangis pun tak la tu.sebab tu bapak dia tak perasan.
So dah 2-3 hari ni selepas kejadian..
betis dia tu cam bengkak ..sakit la kan..aku cam terasa kesakitannya..tapi Umar rileks jer..
bila cakap nak bawak jumpa doktor dia tak nak..dia cakap "takut".
So kami letak krim2 & minyak gamat je lah..
malam tadi dia cam merengek2 time tido..sakit agaknya..jalan pun cam jengket2..kenapa jalan cam tu aku pun tak tau.
Tapi takdelah merengek sentiasa, kalau Feesa..ko tahan jer lah telinga dengar dia merengek sakit, elok jer hari ni ikut aku naik komuter pagi tadi...sampai Subang Jaya dia patah balik Shah Alam ngan papanya.
Aduhai la Umar....lasak sungguh...panjat turun naik motor tu dah rutin..sebab tu kalau bapaknya ada kat rumah..motor kena parking luar pagar..kalau tak??? memang jadi tempat Umar Zidan menenggek seharian.

Tuesday, October 11, 2011

LePaS BeLi BuKu...KeNa BeLi ApA ??



Beli bookcase la pulak kan..ker beli bookcase dulu baru beli buku??
hhhmmmm lantaklah..
kat IKEA benda alah ni hat paling morah..
cuma yang paling leceh kena pasang sendiri...
itu hari beli meja tulis Feesa..
hat kaki di bawah ntah mana silap..nak masuk skrew lobangnya takde..
gasak ngko.
Asal tak roboh sudah...
dadadadada.

HaMZaH DaH 7 BuLaN !!



Ini gambar Ahad yang lepas...
nampak comot anak mama ni...pasal hidung adalah tertumus kat bekas simpan bedak minggu lepas.Maka dah lepas seminggu..dia tumbuh kerak..hahahaha!
Alhamdulillah..inilah anak pertama mama yang dapat susu ibu sepenuhnya..
walau la ni stok ala-ala kais pagi makan pagi esok..
tapi tetap lah dapat jejak sampai 7 bulan.Syukur mama!
Hamzah pun dah mula makan nestum..walau semasa mula2 diperkenalkan dengan nestum..dia cam terpelik2 mengecap makanan itu..tapi kini tidak lagi.
Maka bertubi2 suduan masuk dalam mulut dia..hari Sabtu lepas..dia makan sampai 3 kali sehari.Setiap kali tu adalah dalam 2 sudu besar.
Satu jer..merangkak tak lagi...tapi kalau meniarap tu dah laju jugak ke sana sini...
gigi jugak tak kunjung tiba lagi kat gusi..kalau ngikut spesis Umar Zidan..umur 8 bulan baru terhegeh2 nak bergigi..takpelah..sabor yer nak.
Peel baru ni...pukul 4 pagi mesti asik pusing kanan, pusing kiri tak ketahuan hala..lambat layan mau dia sihat segar bugar cam 8 pagi.
maka kena sumbat mulut dia cepat2 supaya dia kembali tidur semula..itu pun nak 40 minit jugak.
HUhuhuhuhu..semoga terus sihat yer nak..so far masih belum pernah demam!
Alhamdulillah!

MaRCo PoLo PiZZa !!

Ini cerita Sabtu yang lepas..
kami pi makan lunch kat sini..
hari tu hujan agak lebat jugakkan..kedai ni berdepan dengan stesen LRT Kelana Jaya...
kalau ikut Federal kejap jer dah sampai..
tapi laki aku bawak round the PJ ..makanya sampai jalan nak ke Bandar Utama tu dibawaknya aku..
aku pun dah sangap2 dalam kereta..
al maklum..sejuk ajer..selamat kanak2 pun cool semua..
las2t bapak depa yg hot sendiri..sebab konon nak bawak ikut jalan shortcut..
sekali terbalik cut jadiknya.
Gasak ler bang!!





Dalam kedai pun tak ramai orang..aku rasa dalam 10 orang jer kot.


Meh tengok aksi ngeri Umar Zidan...haaaa anak orang lain sure tak mampu nak buat..sembelih leher sendiri!!Ada brannn??





Mula2 kami ambik tempat duduk yang cam separuh bulat tu..sekali aku suruh Feesa rikki2 mana tau ada playground dalam tu..
sekali tu memang ada..maka pindah tempat lerr...
hai...orang kata nak makan tak baik pindah2 tempat..
habih..nanti kalau tak..lagi susah aku nak makan..si Umar dah tentu tak duduk dia dalam highchair.Mau ada yang tercekik masa makan nanti!

Kat tempat yang baru aku duduk tu...ada kaunter orang buat pizza ..
lega...semua chef pizzanya orang Melayu..
sonang hati nak melantak.Boleh tengok2 sekali depa buat pizza...
Umar siap cakap dia pun nak buat..hhhmmmmm baik tak payah!


Kami order 2 makanan ni...
pasta tu..sedap sangat!!


Ini brochette.,,yer ker eja cam ni..tapi bunyiknya "bruchette"..
gasak ler.


Yang ini Penne chicken mushroom with cheese


Budak tu hadap separuh..yang lain mak bapak dia yang berebut.

Eeehhhh..Umar pun berebut jugak..almaklum semua tangah kelaparan..sejuk2 kan.
Pizza tu namanya Marco's..kira cam signature pizza mereka lah.
Tengah2 dia ada telur..
rasanya okey sebab banyak cheese tapi aku cam rasa tak cukup perisa..kurang garam kah?? tak pasti lah.
Kalau nak cuba...boleh lah..macam aku..setahun 3 kali okey la kot.

Monday, October 10, 2011

ThIS MoNtH - KenDuRi BuKu !!

Apa nak kata..
bulan ni aku sawan buku...
semalam punyer lenjan...22 buah!!
Itu hari punyer lenjan 6 buah kot...total nak 30 buah buku aku beli ini bulan..bukan ini tahun.Ini tahun tak tahu berapa ntah.



Buku kanak2...hat kecik2 bangsa Ladybird tu 3 hengget satu.
Toy Story ada button2 cuma 8 hengget.
Baby Einstein 5 hengget
Atas 3 tu..setiap satu RM6 sahaja..giler murah & comel..dari publisher kesukaan aku..igloo!



3 atas tu buku Feesa..
buku kanan Disney tu ada berpuluh cerita dalam tu..hard cover & over 200 pages rasanya.Harga 10 hengget jer wehh...
Yang buku no.1 & no.2 tu satu RM8 jer..dalam dia ada sticker2..so nak gambar macam2 dalam mukasurat buku tu..tampal ler gambar2 tu.
BUku Toy Story 3 tu pun jenis yang sama..tampal sticker..harga pun sama.
Yang depan2 ni konon buku masak2 aku ler..buku gambar baby tu RM10
Buku desert tu RM6 & buku yang ada ring binder ni RM10..buku ni bagus loorrrr...paling best..aku rasa aku patut beli lagi..huhuhuhuhu
Interior tu magazine..satu RM5, naper ntah aku beli..poyo nak make over rumah..tapi dalam tu semua umah orang putih..aku yang hitam ni tak termasuk la dalam magazine tu.huhuhu takpe..sumber inspirasi katakan!




Tengok ajer lah gambar yang nath berapa kali aku snap..
Card Baby Eistein ni kat kedai dalam 29 ke atas..kat sana aku dapat 8 hengget jer.
Buku digger2 tu semua buku Umar Zidan..satu 5 hengget & 6 hengget.
Sawan ler dia dapat buku gambar truck & digger


Puas hati tapi macam tak puas...
nafsu manusia..
laki aku cakap..lepas ni bukan nak beli buku lagi..
pikir pulak nak beli rak buku..
aku cakap nak bukak library..poyonya lah!!
huhuhuhu!..Korang...pegi lah..aku dah habis RM180 semalam..
kalau ada ceti pinjam duit tanpa faedah..memang aku dah advance dulu dah..
kalau ada credit card pun best..
malangnya..mak tak ada..
sabar la nokk!!

ThE BiG BaD WoLf SaLe -MeeeeSSSttiii PerGi !!

Assalamualaikum semua...
okeh..tak sabar2 aku nak cerita kali ni..
sebab semalam aku pegi sale ini...The Big Bad Wolf Book Sale,
Tempat : Tapak MAHA, Serdang.
Tempoh : Sehingga 17 Okt (tapi aku tak sure la pulak)
Sale kali ni....confirmed seribu kali murah dari mana2 sale buku yang pernah aku pergi.
Aku rasa cam nak pegi lagi jer...
semalam bukan time gaji..kalau tak memang aku makan buku jer bulan ni.
Aku pergi sekeluarga ngan adik & ayah aku..adik aku lah ni..kalau adik aku tak bawak & tak rancang..rugilah hidup aku sepanjang tahun ni...hahahahahaha poyo tau!!





Dari tempat lot parking...memang jauh nak ke Hall A tu...
tapi mereka ada shuttle ni yang tak henti2 ambik orang kat tempat parking tu..
so no worry parking jauh2 walaupun panas yang teramat semalam eekkk!


Umar punyer gembira dapat tempat duduk..sementara mak ngko dengan hangkat stroller naik bas tu..selamat haku tak tercicir.





Masuk2 jer aku nampak buku ni..macam nak meloncat tengok harga dia...
makk aiiii..giler murah...cam nak ambik semua! Ini ler buku pertama yang aku nampak setibanya aku dalam hall tu.
Jangan risau kalau nak bawak budak kecik ker haper...hall ni memang sebesar-besarnya...& fully air conditioning..so takdelah korang bakal kepanasan ker haper ramai2 dalam tu.
Hamzah Qayyum pun cool ajer kat sana..so tak perlu risau cam dalam Logos Hope tu yer.




Mula2 korang terjah entrance..adalah ke kategori buku masakan..
tu yang aku cam nak loncat2 tapi malu.So aku loncat2 dalam hati jer lah..
Buku2 kat dalam gambar atas ni semua dalam RM8,RM10 & RM12..korang tengok..mana kedai ada jual?? sini ajer...
buku2 semua high quality & hard cover yang aku agak semua berharga RM70 ke atas..




Meh tengok lagi...buku ni patut aku beli...
harga cuma RM60 instead of RM320.
Tapi aku kan nak beli buku banyak jer lebih..maka aku tak ambik laaa...tapi sayang loooorr.



Waaa...so colourfull kan??? Ini paling mak suka...buku saiz gini aku kaut jer sukati haku..harganya cuma 3 hengget!!!



Ini lagi....buku cam fail2 tu buku masak2 jugak..dia cam ada combination macam2 la..Secret Recipe of Campbell la..Kitchen Aid la...walla...10 hengget jer tu.Kenapa aku tak beli eekkk???
Haduuuhhh...


HHmmmm,,,patut buku ni untuk aku...
aku tak beli la jugak..aku malas nak baca buku panjang2 takde gambar ni.Adik aku cakap, kat kedai buku ni rege RM33 tapi kat sini jual 8 hengget jer.
Sampai senget2 bahu aku beli buku...
Kita orang keluar la lepas tu..Umar Zidan dah sawan nengok buku banyak2..semua dia kaut.
Baik aku blah..peel dia semakin tak menentu..sebab tak membotol lagi sejak pagi.

Next entry..mari lihat hasil memborong kami.

Friday, October 7, 2011

PuDiNg CrOiSSaNt !!


Mendapat idea setelah melihat blog MR....
dia buat puding croissant..aku pun meleleh...
maka aku pun google resepi sana dan sini..
sonang yo rupo eeeii..
tadaaaaa...dah buat, dah jadi dan dah makan pun.

hhhmmm.....aku rasa dah keluar pun dari perut...kakakakak!




Aku letak dried cranberries ..konon2 nampak sikit cam orang barat nyer hidanganlah kan.
Benda tu ada jual kat Giant..sama2 dijual dengan kismis, carik ler...2 hengget jer sekotak kecik tu.



Aku buat kali ni dengan custrad sos sekali....sebab puding tu cam kering sikit...hujung minggu ni nak buat lagi.Tapi stok lebihan bahan yang ada kat umah tu macam susu semua telah di telan oleh anak aku.Nampak gaya kena beli barang dulu baru buat balik ler..dan selamat pulak Giant hanya selangkah monyet dari opis ni.
Tatata!

Thursday, October 6, 2011

BeLi BuKu @ LoGoS HoPe!!

Dah nama pegi tempat jualan buku..buku lah jugak yg mak belikan untuk anak2.
Mak budak ni suka sangat buku yang berwarna warni terang...
ceria rasanya.




Buku Little Lamb & Little Kitten tu untuk Umar & Hamzah..siries tu sama ngan buku yang mak belikan budak2 ni dulu, buku kanan 2 atas tu buku Feesa.Dah habis baca pun.
Buku kecik2 tu dah tentu buku Umar Zidan..minat sangat dengan "thing that go" nya tu sangat.Buku tu satu pack ada 6 buah la kot..harganya RM16.Ada bukunya yang dah terkopek2 kulitnya pun..asik usung kulu kilir, sesambil gigit sekali la tu.




Ini dalam buku Little Kitten..comelllll kan?


Nak selit sikit gambar meja belajar budak2 ni..yg besar dah tentu Feesa punyer..yang pendek ni Umar punye..bukan dia duduk pun kat situ..dia lagi suka duduk ATAS meja Feesa.
Haiiihh laa..


LoGoS HoPe - PaRt II !!


Mari melihat luar dari cermin kapal.


Tadi aku tulis..anak2 aku baik budi pekerti semua kan??sekali dah masuk dalam..si Umar Zidan tak ketahuan hala..satu yang aku terlupa...aku ingat cam jalan2 kat mall..anak biar lari sana sini..sekali manusia dalam tu punyalah ramai..sampai ada satu kali tu aku terlepas pandang si Umar..selamat ada sorang apek ni nampak Umar dah ke depan..aku pun kejor..sekali takde..sekali ada balik kat depan apek tu.
Thank you la apek tengok sama anak saya.
Bikin mak ko nebes jer!!





Buku-buka yang sesuai untuk mak-mak macam aku..tapi aku tak beli pun.



Ini namanya Barometer...fungsinya aku dah lupa untuk apa??you all google la sendiri kalau nak tau.




Si gemuk2 kesayangan aku..wakakakak!


Budak ni memang peminat buku..boleh tahan sawan gak dia nampak buku banyak2 ni..tapi yang dia nak dah tentu yang ada backhoe!


Suka sangat gambar ni..lepas bayar beli buku tu..ada cam satu lorong yang ada macam2 gambar..dia macam dinding bercerita la..mungkin kisah sebuah keluarga miskin ntah apalah..aku tak berapa nak faham sangat.Tapi wall tu sangat menarik.






Tak lama lah duduk dalam tu..dalam 40 minit gitu...lepas tu keluar..panas ler kat dalam tu.Hamzah pun dah tak mau dok dalam stroller masa kat atas..tapi bila dah turun..mak masukkan balik.tak kuasa nak mendokong.



Tataplah muka mak yang berkerut ni..panas la jugak..tapi tak terik.

Masa kami nak balik..ramai yang berpusu-pusu baru datang..
harga buku..boleh tahan la..murah la jugak kot..
okey lepas ni kita share pulak kita beli apa..
bye!!




Popular Posts