Wednesday, January 13, 2010

HaRI Ni SaYa Nak NaIk BaS .....

kononnya......
hari ni Am mula kursus kat KL sampai satu bulan..makanya saya terpaksa naik kenderaan awam untuk ke tempat kerja. Masalahnya, saya ni memang dah lama tak naik kenderaan awam..terutamanya bas. Dari rumah..punyalah payah nak naik bas terus ke destinasi yang kita nak pegi...
saya nak naik komuter ke Subang Jaya, so saya ingat nak naik bas ke Komuter Seksyen 19 atau Komuter Padang Jawa. Malangnya takde bas (ker tunggu2 tak sampai) selama 35 minit saya menebeng kat bus stop itu.

Hahahahaa..langkah cepat dan pantas..bawak je kereta...kan senang. Dengan minyak yang almost E! Saya terus berpoyo poyo menuju ke highway...cadangnya akan mengisi minyak di Shell Batu 3, alangkah malangnya bila saya terlepas simpang nak masuk stesen tu gara2 menyanyi lagu Yuna dengan suara yang gerenti sedap sendiri tu!!

HHhmmmm.....lepas tu dalam hati berdoa semoga di toll Batu 3 tu tak jammed macam semalam. Alhamdulillah...tak jem pun..saya terus memandu dengan girang sampai menuju ke Shell di SS15 dan kemudian terus ke office. Bayar parking RM1.30 untuk sampai pukul 11.30..lepas tu..kalau rajin baru isi parking lagi..selamat sampai awal dan parking masih available yang dekat2 office..kalau lewat sikit..haaaa....berebutlah dengan kaki2 peramal nombor. Sebab hari ni biasanya ialah hari cabutan nombor ramalan (kot lah). Huhuhuhuh kena semakin tahu pasal aktiviti meramal nombor ni..bukan apa....untuk senang keluar masuk parking!!


Saya rasa..saya kena beli basikal lipat atau beli motor je lah senang. Naik scooter kan..sungguh comel ku rasa!

Daaaaa....

3 comments:

eynda said...

Tengah bayang mi naik scooter...

ammi said...

lepas tu pakai helmet comel tu..kikikiki!!

Sofiya said...

Teringat Ofis lama ku itew..hu..hu

Popular Posts